PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Wednesday 28 March 2012

Bingkisan Kerja Kursus untuk Bakal Guru dan Guru



Hai Ouls..



Dulu kan ada janji nak uploadkan kerja kursus saya sepanjang ambik DPLI kat UPSI tu kan. saja nak share sebab tau mesti ada yang mencari. niat nak tolong. ingat dulu masa buat assignment sakit kepala sebab takde rujukan dan bahan. apa yang diupload ni bukanlah yang terbaik. ni apa yang adoooo je. huhu. macam dah mention sebelum ni, benda-benda ni boleh tengok tapi tak boleh download. kalau yang dapat download tu nasib masing-masing la eh. macik halalkan je. ngeeeeeeeee...

Ada sikit adalah hasil kerja kawan saya ye yang saya letak. ada lagi sebenarnya. sesapa bakal guru, yang ambik pendidikan, guru-guru dan pelajar UPSI yang nak silalah letak pesanan anda kat komen bawah dan email anda. nanti saya send kat korang secara private okeh.

Nah! ambik.. ada banyak. taktau macamane nak namakan. pandai-pandailah korang godak sendiri...klik je kat tajuk tu.


  1. Ulasan Jurnal KPR 4063
  2. Ulasan Jurnal KPR 4063 (Slide PPT)
  3. Jurnal- An Action Research The Effect of Computer- Based Mathematisc on Problem Solving Contact Information
  4. Jurnal- Kajian Keberkesanan Penggunaan TV Pendidikan Melalui Astro Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  5. Laporan Kajian Tindakan- Penggunaan Akronim Untuk Meningkatkan Pengingatan Fakta Sejarah Pelajar Tingkatan Dua
  6. Slide Pembentangan- Laporan Kajian Tindakan- Penggunaan Akronim Untuk Meningkatkan Pengingatan Fakta Sejarah Pelajar Tingkatan Dua
  7. Pemilihan dan Penyimpanan Makanan Kering -ERT Tingkatan 4 (Pembentangan)
  8. Laporan Penuh Aktiviti Pengurusan dan Kokurikulum Persatuan ERT
  9. Rasional Kod Etika Perguruan Direalisasikan- Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia
  10. Rancangan Pengajaran Harian Kokurikulum -Persatuan ERT
  11. Sekolah dan Masyaraat- Kajian Buli Dikalangan Pelajar Sekolah Menengah
  12. Jawapan untuk latihan buku Sekolah dan Masyarakat Prof Madya Dr Amir Hasan Dawi
  13. Soalan Topik Interaksi dalam Pendidikan
  14. Guru dan Sekolah -Slide PPT
  15. Interaksi Dalam Pendidikan
  16. KPT 4033- Inovasi tentang penggunaan teknologi ICT dalam P&P
  17. Persatuan ERT- Nutrisi dan Amalan Pemakanan yang Sihat
  18. Psikologi dalam Pendidikan
  19. KPN 4053- Kerja kursus Pentafsiran Pembelajaran- Mentafsir Skor Markah, Ogif, Pangkat Persentil, Indeks Kesukaran, Indeks Diskriminasi
  20. Analisis dan Penilaian Buku Teks ERT Tingkatan 4
  21. Rancangan Pengajaran Harian ERT- Pemilihan dan Penyimpanan Makanan
  22. Rancangan Pengajaran Tahunan ERT 2012
  23. Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
  24. ERT Tingkatan 2: Pemakanan dan Pengurusan Sajian
  25. Rancangan Pengajaran Harian (Teori)
  26. Rancangan Pengajaran Harian (Amali)
  27. Peralatan Jahitan (ERT)- Slide PPT
  28. Jadual Penentu Kandungan
  29. Pemilihan Stail Pakaian - ERT
  30. RPH Pendekatan Pengajaran Berasaskan Kecerdasan Pelbagai
  31. Pemikiran Kritis dan Kreatif- Teori Otak Triune dan Teori Split Brain
  32. Tugasan Pemikiran Kritis dan Kreatif- Permainan dalam Pembelajaran
  33. VET 4093- Pengurusan Stor, Harta Modal dan Inventori
  34. KPN 4043- Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan NOTA
  35. Carta FILA
  36. Jadual Penentu Kandungan 2
  37. Jadual Penentu Ujian (JPU)
  38. Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah - Slide PPT
  39. Laporan Lawatan Sambil Belajar VET 4093 ke Kolej Komuniti Selayang
  40. JPU dan Pembinaan Item (Soalan Objektif dan Esei)
  41. RPH ERT- Peralatan Jahitan
  42. Pemilihan dan Penyimpanan Makanan Segar- Sayur-sayuran (ERT Tingkatan 4)- Slide PPT
  43. Carta FILA 2
  44. Kepelbagaian Pelajar- Peta konsep, Aras taksanomi Bloom, JPK, RPH, Model Hunter dan Huraian
  45. Rancangan Pengajaran Harian Kepelbagaian Pelajar- Pendekatan Pengajaran Berasaskan Masalah (PBL)
  46. Rancangan Pengajaran Harian Kepelbagaian Pelajar- Kecerdasan Pelbagai (Linguistik)
  47. Rancangan Pengajaran Harian Kepelbagaian Pelajar- Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah
  48. Kepelbagaian Pelajar- Soalan dan jawapan aras sintesis, JPK
  49. Kepelbagaian Pelajar- Jadual Banding Beza
  50. Kepelbagaian Pelajar- RPH Model Hunter- Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)
  51. Kepelbagaian Pelajar- Huraian RPH Model Hunter- Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)
  52. Kepelbagaian Pelajar- RPH Model Hunter- Kecerdasan Pelbagai
  53. Kepelbagaian Pelajar- Huraian RPH Model Hunter- Kecerdasan Pelbagai
  54. Kepelbagaian Pelajar- RPH Model Hunter- Pelajar Cemerlang dan Lemah
  55. Kepelbagaian Pelajar- Huraian RPH Model Hunter- Pelajar Cemerlang dan Lemah
  56. RPH Informal, Soalan dan Jawapan Aras Sintesis
  57. Rancangan Pengajaran Harian Informal
  58. Huraian RPH Informal
  59. Nota Guru- RPH Kepelbagaian Pelajar
  60. ABBM- RPH Kepelbagaian Pelajar
  61. Soalan Tafsiran- RPH Kepelbagaian Pelajar
  62. Nota Guru- RPH Informal Kepelbagaian Pelajar
  63. ABBM- RPH Informal Kepelbagaian Pelajar
  64. Soalan Tafsiran- RPH Informal Kepelbagaian Pelajar

okeh..kot-kot ada lagi nanti saya upload lagi okehh.



" bai bai bai..."



Lots of Love, 
-Suzzanne-








Thursday 22 March 2012

BUDAK SEKOLAH MISTERI TUMPANG KERETA KU...


** Peringatan: Kepada sesiapa yang sensitif tentang post ini anda boleh tinggalkan komen di bawah atau tekan tanda X di atas. Segala isi di dalam adalah ikhlas dari saya tanpa bertujuan menyakiti mana-mana pihak. Sekian. 

-Admin-


Hai Oulsss..

Macik ni lagi kan.huhuhu. ni kompem citer sekolah lagi kan.huhuh..sori la ye. lately ni semua citer-citer sekolah je. nak buat macamne. tiap hari ada je pengalaman baru aku rasa. Ingatkan harini takmo la post apa-apa sebab harini aku free. takde kelas. cuma ada 1 kelas relief je. pastu aku tolong-tolong cikgu penyelia aku set up untuk jamuan perpisahan esok. so, citer biasa-biasa la kan TAPI....

masa nak balik tadi...(harini saja balik lambat sebab sibok buat rancangan pengajaran plus nak tengok my prektikel partner ngajar tadi) masa tu around 3.30pm. kebanyakkan budak-budak dah balik. berapa kerat je tinggal sebab tunggu bas kot.heeeee..taktaula. aku pon bersaing sama-sama ngan my prektikel partner pegi kat car park. masa turun tangga tu ada perasan sorang budak pompuan tu tengah dudok kat depan tangga tu. tapi idakla kami tanya sebab kami dah tak sabar nak balik. huhu.kat belakang ada sorang cikgu sekolah tu sendiri. dengar-dengar macam ada gak cikgu tu tanya budak tu nama sapa and napa tak balik tapi tak pulak dengar budak tu punya suara. okeh..masuklah kami dalam kereta masing-masing. TETIBE aku nampak dari my car punya side mirror budak tu tadi laju-laju datang kat my car. GULPS!!...apakah? cepat-cepat aku lock keta aku.  tetibe budak tu ketuk tingkap keta aku, aku ni was-was nak bukak. berat hati bukak takot punya pasal kan. mana ada orang kat sekeliling. ada my partner kat dalam keretanya je kan. last-last lepas think positif aku pon bukak. dia kata nak tumpang keta aku. GULPS!!...apakah? aku pon tanya rumah dia kat mana. dia kata tanjung bidara (okeh, memang laluan aku balik tu). pelik sebenarnya. camne budak tu boleh ke keta aku dan macam tau je aku nak balik ikut laluan tu dan bukan pegi ketuk dan tumpang keta my partner. GULPS!!...apakah?

aku pon kata ok..naik la sambil rasa takot. yela.budak-budak sekarang ni menakutkan. dahlah suka main gunting. mana tau budak ni pon suka main gunting gak. nanti tetibe dia tikam aku sia-sia je mati katak. huh! lalu bergerak la kami sambil pesan kat my partner kot-kot apa-apa berlaku kat aku nanti dia tau puncanya. emmm..

dalam kereta budak tu senyap je. dia tak pandang aku.pandang tingkap sebelah dia je. ok. aku yang cuak ni pon mulakan langkah bertanya..

aku: Kenapa balik lambat?
budak tu: Mak saya tak datang ambik
aku: Ayah awak?
budak tu: Ayah saya keja
aku: Keja apa?
budak itu: Nelayan
aku: Tanjung Bidara kat mana rumah awak tu?
budak tu: kat tepi laut (sepanjang tanjung bidara tu semua rumah tepi laut la adik oi) 
aku: nama awak apa?
budak tu: Noramira
aku: Tingkatan berapa?
budak tu: 2E (kelas hujong)
aku: anak ke berapa?
budak tu: ke-2
aku: berapa orang adik beradik?
budak tu: 5
aku: kenapa tak naik bas?
budak tu: takde bas lalu

pastu senyap sampai la nak sampai kawasan rumah dia.
berpatah-patah aku tanya sepatah dua je dia jawab. langsung tak pandang aku. suara pon slow sangat. muka dia macam budak yang takot sangat.

akhirnya sampai gak kat kawasan rumah dia. memang jauh weh. tapi kan, dia suruh aku dropkan dia kat tepi jalan je, maknanya tak sampai rumah dia. biler aku tanya mana rumah, dia kata rumah dia dalam sana. tunjuk merapu-rapu.aku tak nampak apa-apa melainkan ada 1 rumah tu je. tapi dia tak tunjuk rumah tu. okeh. aku pon drop dia. cepat-cepat dia keluar from my car tanpa pandang muka aku dan say "terima kasih cikgu" tanpa pandang my muka jugak dan cepat-cepat jalan macam taknak aku tengok mana arah dia. ok fine.

aku pon balik ngan penuh misteri dan tanda tanya kenapa dia nak tumpang aku dan bukan cikgu yang tanya dia tadi dan kenapa taknak tumpang my partner dan kenapa dia macam takot-takot macam aku gak (tapi aku cover takot) dan kenapa dia berani je nak tumpang cikgu sekolah sebab aku dulu takot je nak tumpang cikgu.kalo cikgu offer pon aku taknak.huh. dan kenapa dia macam taknak aku hantar dia depan rumah dan nak taknak tunjuk arah rumah dia yang betul.

emmm..pastu kan, taktau la nak kata keta aku rosak tu memang rosak. tapi tak sekerap tadi. tadi lepas hantar je budak tu 4 kali aku berenti tepi jalan sebab keta aku sempot tak boleh gerak. memang selama ni selalu gak sempot2 tapi tak sekerap tadi dan dah lama tak sempot pon. okeh2..jangan pikir negatif kan..emm

CITER LAIN
takde kena mengena ngan tajuk diatas pon. ni kisah masa relief tadi. aku jaga kelas tingkatan 3 tadi.kelas sederhana. bukan kelas hujong. masok-masok je aku tengok dorang tengah bezi buat kerja sekolah barangkali. heheh. aku pon tak prektikkan lagi apa-apa games yang aku suggest tu sebab dorang nampak macam bezi ngan keja masing-masing. senang nak handle. warning jangan bising sekali dua je. lega tekak dari menjadi tarzan arini.

biler budak tak nakai aku ni start la jadi bosan pulak. pulak dah kau ni suzan. macam-macam. nakai kau mengomel, bising pon kau mengomel. hadoiiii. penat aku tahan menguap supaya budak-budak tu tak nampak. malu weh menguap budak nampak. ntah apa-apa je cikgu ni kalo menguap depan student kan.

tetiba, datanglah sorang budak pompuan tu ngan kertas dia.aku dah cuak dah. ni mesti nak tanya. jangan soalan aku taktau jawab sudah. mati aku...cakap dalam hati je masa tu sambil buat muka sangat berwibawa (konon).

budak tu: cikgu, ni macamane?
soalannya, 
apakah proses yang berlaku di a) ovari ...b) uterus...c) tiub fallapio...
GULPS!!!.... soklan sains. serius aku tak ingat weh. aku bukan ajar sains pon. mana ada ERT ke KH tu keluar citer sistem pembiakan ni..heeee.. aku tetap buat muka macam hebat dan berwibawa walaupon tak ingat. lama dah tinggalkan alam sekolah dan sains ni.amik degree dulu pon bukan belajar benda-benda ni lagi.

aku yang masih menunjukan muka berwibawa dan serba tahu tu mintak dia amik buku teks dia. aku pon stadi kejap benda tu. takkan aku nak kata cikgu taktau. malu weh. bagi dorang, sorang cikgu tu tahu segala benda. kau ajar salah pon aku rasa dia anggap betul. so, berhati-hati ajela kan. kalau mengaku tak reti tak tau sure student pandang rendah. dan bila dia pandang rendah, dia susah nak hormat kita. maka mulalah kes anak murid perlekehkan cikgu nanti. kan..

okeh..tu je. nak rumus macamne ni? hahaha..aku dah blur. okeh2. cukop la tu kan. asyik aku je nak bercerita hal sekolah ni. macam aku je cikgu yang ada kat dunia ni. heeeeeeee...aku peduli hape kan.

okbai!



"Misteri Nusantara"


Lots of Love,
-Suzzanne-






Wednesday 21 March 2012

TIPS HANDLE KELAS RELIEF..


** Peringatan: Kepada sesiapa yang sensitif tentang post ini anda boleh tinggalkan komen di bawah atau tekan tanda X di atas. Segala isi di dalam adalah ikhlas dari saya tanpa bertujuan menyakiti mana-mana pihak. Sekian.

 -Admin-



huhu. saja nak share kan. sekarang ni ngajar 10 waktu je tapi kelas relief lebih dari tu. hampir setiap hari kena. nak elak pon tak boleh. masuk jela kelas tu kan. paling besh asal relief je kelas tu nun di atas sana.lalu melangkahlah kite ni naik tangga tu sambil tercungap-cungap berpeloh-peloh ketiak bagai. start esok no more heels okeh. pakai kasut flat2 je. patah kaki weh nak panjat gunung tiap2 hari.

harini kelas mengajar satu je. kelas tingkatan 4. 50% aktif, 50% senyap menguap2 tido ngan selamber..hadoiiiii...dahlah tengahari. ngan aku sekali pon menguap.tapi tu la suzan..dulu kau kat kelas pon tido suka-suka hati tak pikir hati lecturer/ cikgu kau kan..hambik! so, ni nak buat kajian tindakan macamne nak bagi budak tak ngantuk dalam kelas.

aku rasa aku dah tau minor aku apa. KELAS RELIEF is my minor ye.hahaha...memandangkan hampir setiap hari melayan kelas relief aku pikir ni tak boleh jadi. asal masuk kelas je aku jadi huru hara. budak-budak pulak dari first day sampai la ni aku jaga mesti ada main gunting ngan jangka lukis yang tajam tu. pehhh.ni ada mati kes bunoh anak orang ni abes aku. so, pas pikir-pikir macamne nak solve ni problem aku dapat la idea walaupon belom prektikkan lagi. so baru aku buat. harap menjadi la kan.tapi kalo kelas under control, kelas bijak2 yang suka mengadap buku, buat keja sekolah tu rase biarlah mereka ngan dunia mereka kan. ni untuk kelas-kelas hiperaktif tu.bagi dorang senyap sikit.

cara pertama nak senyapkan budak-budak dalam kelas...


TEKA TEKI




bagi TEKA TEKI..korang search la kat internet ni. banyak teka teki ada. cari yang mudah-mudah. jangan yang susah tu korang tanya kat budak tingkatan 1. lagi haru biru kelas. so, ikut kesesuaian teka teki tu. tak relate ngan P& P pon takpe. janji kelas tu under control kan.
boleh jugak klik kat SINI ada pantun teka teki.

ihsan dari adik aku. untong gak ade adik kecik ni. so, aku angkot je buku-buku die ni gi sekolah.setel!



BUAT ORIGAMI


aha. ni jangan soh budak tingkatan 3-5 buat. dorang kutok kau balik kang. ni bagi kat budak-budak kelas hujong je. bagi kertas sorang satu pastu buat la origami. kalo rasa nak lebih-lebih gunakan je kertas recycle balance2 korang buat assignment dulu tu..tapi make sure jangan sampai kelas bersepah. kang kau kena bertanggungjawab pulak.


MAIN SILAP MATA



hahaha..sekali sekala marilah kite jadi ahli silap mata. panggil budak-budak dok depan. biau je dorang bersila kat bawah tu. ko guna je meja kecik dorang tu lalu buat silap mata. tak reti? aku pon tak reti. tapi kan nak belajar tu semua kat hujong jari. so, search saja la. takpon tengok je fuyoo magic kat astro tu.macam aku ni sebab ada adik kecik so ada la buku tu. jadi, aku try menjadi ahli silap mata pasni..huhuhu


CARI PERBEZAAN ANTARA 2 GAMBAR


ni aku kutip dari surat kabar metro. setiap isnin sampai sabtu ada. nasib seisi umah aku pembaca metro ni. so, banyak la jugak aku dapat. cukup untuk 1 kelas je pon :( nak lebih kena cari sendiri kat tenet ni pastu kena kuar budget sendiri macam print color banyak untuk 4 bulan terus.hehehe..


CARI PERKATAAN TERSEMBUNYI


ni pon dapat kat surat kabar metro tu. ni potostet , 1 muka tu boleh bagi 4. so jimat. pastu guna duit elaun yang ado tu pegi la potostet banyak-banyak.


SILANG KATA

dalam metro pon ade tapi susah nau. aku sendiri pon tak reti nak jawab. kalo nak macam biasa bukak je tenet macam-macam ada. yang mudah-mudah senang-senang tu banyak ade.



ok. ni jela aku bole share kat kawan-kawan seperjuangan ni. ni sekadar idea aku yang aku nak share sebab aku paham masalah korang. susah kan nak control kelas. kalo nak terjerit2 tu bole. tapi 4 bulan mampu ke? hilang suara weh. jadi bisu pulak nanti sebab anak tekak tertanggal.hehe..

UPDATE:
ni pendapat aku je. aku gunakan cara yang mudah dan murah dan free cost je untuk student aku .  yang simple2 je untuk dorang. kalo bagi chess takot dorang buat baling2 je benda tu. korang boleh je buat ape2 games depends on your students. . macam2 games boleh buat. bak kata cikgu zila, buat sudoku. kat surat kabar The Star bahagian karton2 tu ada sudoku. potong je pastu bagi student anda. jimat kan?




"sharing is caring"


Lots of Love,
-Suzzanne-






Tuesday 20 March 2012

TIPS MENGENALI PELAJAR ANDA


** Peringatan: Kepada sesiapa yang sensitif tentang post ini anda boleh tinggalkan komen di bawah atau tekan tanda X di atas. Segala isi di dalam adalah ikhlas dari saya tanpa bertujuan menyakiti mana-mana pihak. Sekian. 

-Admin-



huhhhh..citer cikgu lagi ke? aha la. dah ni je keja aku sekarang. balik rumah pun tak ke mana tak buat ape2 yang besh nak citer.

harini my second day dah sekolah kan. good2. datang lewat lagi :( . dah hampir seiring ngan budak datang lewat. nasib tak kena rotan ngan cikgu disiplin je tadi.huhuhu


harini jugak I dah dapat timetable. selasa bezi nauuuu..aha la. today la selasa tu. khamis ngan jumaat je free tapi idakle boleh goyang kaki. ada gak masuk kelas relief.

harini jugak aku berkenalan ngan anak murid aku. ajar tingkatan 2 ngan 4. total ada 3 kelas under saya ye.so far, mereka ni tak macam budak tingkatan 1 semalam. ni kira ok dah.aku takde jerit2 terlolong. semua under control. hehe. cuma my student sangat aktif bertanya. ada je nak tanya. 3-3 kelas aku masuk 3-3 kelas la request nak masak. minat nau ko masak kan. nanti la weh.kite belajar elektronik dulu. huarhhhh... aku dulu pon fail nak pasang benda2 elektronik ni apetah lagi nak ajar. nak belajar balik katod anod perintang led suis pateri semua tu. nasib la. jadila cikgu multipepes kan.

harini gak hari pertama anak murid aku buat hal. daripada 13 orang 5 je masuk kelas. cam nak nangis je aku. lain semua ponteng. takpe2. Sabar Suzan sabar.....

harini jugak aku rasa bersyukur ngan kehidupan dan keluarga aku. biarpun kami tak kaya tapi mak pak aku tetap sayang kami semua dan keluarga kami bahagia walaupun mak saya kuat merajuk. hahaha..

harini jugak aku berkenalan dan memahami student aku. aku tau famili dorang ni kebanyakkan orang susah. aku nak jugak tau latar belakang keluarga dorang. so, untuk tak buat dorang segan, rendah diri dan malu nak citer aku pon amik alternatif ngan berkenalan pakai kertas. so, aku mintakla dorang tulis kat kertas biasa2 je nama penuh dorang, nama makpak dia, keja makpak dia, anak keberapa dan kawasan tempat tinggal. bagi aku tu je cara aku nak kenal pelajar aku secara dekat.

( ni biodata student-student aku)

kesimpulannya, hampir keseluruhan pelajar aku dari golongan makpak berpendapatan rendah. ada keja kilang, ada buruh. ada petani, ada mak pak dah meninggal, ada mak pak tak keja sebab dah tua. pastu majoriti adik beradik ramai dan kecik-kecik lagi. ada sorang tu baru je dapat adik 3 hari lepas. how sweet kan...

dan bukan niat aku nak mempersendakan anak murid aku tapi aku rasa better aku share apa yang aku rasa dan alami ni. tak semua lahir kat dunia ni perfect kehidupannya kan. emm. masa aku mintak semua pulangkan kertas biodata dorang tu (dorang kata tulis biodata) , ada sorang budak tu dok belakang aku. lama.... pas semua kawan dia dah setel pass kertas kat aku, dia pon slow-slow cakap.. 
"cikgu, saya punya lain" sambil was-was nak bagi kertas. aku pon ingat budak ni main2 ke hape kan.nak hangin sebentar dah tadi. pastu dia kata 
"ayah saya yang jaga saya sekarang tak sama ngan yang binti tu cikgu".aku pon cakap kenapa dan dalam pikiran aku aku assume mak dia kawin lain je. still lagi dia berdolak dalih nak bagi kertas tu.
" ayah ngan mak saya buang saya cikgu..." aku terus terkedu..
"mak ayah saya buang saya 2 tahun lepas cikgu.dorang kata taknak bela saya lagi.dia buang saya dan tak suruh saya cari dorang" serius aku nak nangis. tapi aku tahan weh. dalam hati terpikir sampainya hati makpak dia ni. sekarang dia tinggal ngan orang yang sudi nak jaga dia. takde talian darah pon ngan dia. see..how kejam makpak dia. aku tengok budak tu taklah nakal sangat pon.dan aku taknak runsingkan dia ngan soalan2 aku. jadi aku takde la tanya kenapa dia dibuang. maybe one day aku akan tau puncanya sendiri tanpa perlu tanya dia kan. emmm.still lagi terngiang2 suara budak tu cakap saya anak terbuang cikgu...

ada sorang anak murid ni jugak, aku taktau la kan sebab aku taknak pakse dia or tanya dia soalan2 sensitif ni. kisahnya, namanya contohnya je tau SITI BINTI ABDULLAH. ok fine. NAMA AYAH : SULAIMAN BIN ABU. erk???nama ayah dia tak sama tapi if penjaga dorang akan letak NAMA PENJAGA BUKAN NAMA AYAH. emm... aku nak tanya tapi aku rasa korang tau kenapa aku tak tanya kan..emmm..aku taknak assume benda yang buruk-buruk tapi aku takut kalo aku judge dia ngan benda yang tak sepatutnya, aku kejam sangat kan. emmm. budak ni tingkatan 2 semuanya. tingkatan 4 tak sempat nak berkenalan sebab 5 orang je masuk kelas aku tadi.

emmm..satu hari cukup membuatkan aku bukak mata besar-besar bahawa tak semua sempurna kehidupannya dan buatkan aku bersyukur ngan apa aku ada. hope aku ikhlas to be a teacher.

p/s: takde niat nak memperkotak katik kan sape-sape.. just nak share saja....



" I LOVE TO BE A TEACHER"



Lots of Love,
-Suzzanne-

Sunday 18 March 2012

ESOK HARINYA...


** Peringatan: Kepada sesiapa yang sensitif tentang post ini anda boleh tinggalkan komen di bawah atau tekan tanda X di atas. Segala isi di dalam adalah ikhlas dari saya tanpa bertujuan menyakiti mana-mana pihak. Sekian. 

-Admin-




hai ouls

ahad eh hari ni? esok isnin eh? uittttttttt..mak nebes u. esok dah masok sekolah. takot nak mengadap cikgu-cikgu dan murid-murid nya..takot dapat yang superaktif ni pening kepala aku nak handle nanti. kena praktis jadi CIKGU SINGA nampaknye.kalau tak memang budak-budak yang ragging aku nanti. 

preparation macam biasa korang tengok cikgu-cikgu gi sekolah..secara mental je belum betul-betul sedia sebab   first time ngajar anak orang. plus lama nau dah tak dok kat sekolah. last masa tingkatan 5  8/9tahun lepas. betol tidak aku kire ni. tu pon time-time jadi student je. takde kisah dah ape berlaku kat sekelilng melainkan bersuka ria ngan kawan-kawan sekelas.

Buku Rancangan Mengajar Harian. ingat lagi dulu cikgu suka je pukol budak-budak pakai buku ni. selalu je tengok cikgu dok jinjing buku ni ke hulu ke hilir. dah le berat. memang berat pon weh. tu yang sedap cikgu nak balun budak pakai buku ni.takyah buang duit beli rotan. huhh. buku ni macam diari weh. hilangnya tiada ganti. tapi kosong lagi.belom tulis apa-apa lagi.heeeeeeee :)

nampak atas tu apa. kaki sapa la buruk tu..siap ade selulit.hahaha. abaikan selulit yang berlingkau tu. (malu). saja nak tunjuk urat tu. takdenya orang kata putih melepak sampai nampak urat. karut je. ni urat belakang lutut tu.keluar kau urat time pakai heels kat bawah ni. 2 inch je kot. die punya timbul takot aku nak pakai. tapi nak buat macamne kan. ni je kasut uniform aku gi sekolah esok. 

satu masalah bila pakai kasut tumit plus bertutup ni kaki melecet. tapi masa mula-mula pakai la. selama ni pakai yang jenis kain je kasut. takde pakai kulit.tu pon bukan heel gitu. so ni first time. harap kaki macik ni ok la. risau gak melecet. tak minat pakai stokin ni.rimas u. 

so, nak elakkan melecet kat bahagian belakang tu, aku pon amik inisiatif sendiri. first time pakai. ni namanya heel grips. murah je benda ni. kat gurdian baru RM6 lebih-lebih. tapi kalo kat tesco dia mahai sikit. RM13++ tak silap la. bole je kasut lelaki pakai benda ni. 
dah biler keluar je dari plastik dapat la bendanya macam kat bawah ni. gambar ori lupa nak amik tapi sama je ngan kat bawah ni. jenis leather.
Pastu tampal je kat belakang kasut macam kat bawah tu. siap. pas 8 jam bole pakai. selesa dari biasa. hehe..macam duta scholl pulak dah ni. ngeeeeeeeee.. :)


abes citer kasut. ni citer barang nak bawak esok pulak. pencil box tu semua ada. macam kedai stationery dah. tak pernah aku dok angkut benda-benda banyak macamni. selalu gi kelas ke sekolah sekadar pensil dan pen je. pastu angkut buku mengajar, buku teks, buku rujukan, sukatan pelajaran, buku note..hambik! pastu jangan ada kes takde barang. malas nak patah balik kat umah. huhuhu

  baju pon done! iron untuk 5 hari terus. puas hati. ni pon dah susun ikot hari. takot terulang pakai. biarlah rotate kan. dulu time belajar ada aku kisah nak ulang baju. tapi ni kat sekolah payah nak buat keja macam tu. nanti anak murid kata cikgu takde baju pulak. bukan dia sedar pon cikgu dia ni miskin takde duit beli baju. hehehe. 


okeh. citer biasa-biasa je. dah kena tido. awal u. kol 10.30 dah tido. belom pernah dibuat aku. dulu keja pon kol 12 gak jengah bilik tido. ni bahana nak kena bangun awal. mekap je dah berapa lama. hantar adik gi sekolah lagi (menjadi tanggungjawab aku sebagai bas sekolah  setiap pagi okeh).nak drive lagi. banyak aspek kena pikir ni..huahuahua. bye!


" tido awal,bgn awal"


Lots of Love,
-Suzzanne-





Tuesday 13 March 2012

HUBUNGAN ITU MENJADI RETAK


** Peringatan: Kepada sesiapa yang sensitif tentang post ini anda boleh tinggalkan komen di bawah atau tekan tanda X di atas. Segala isi di dalam adalah ikhlas dari saya tanpa bertujuan menyakiti mana-mana pihak. Sekian. 

-Admin-


HAI OULSSS...


harini kita jadi serius sikit eh.selalu macam suka-suka riang-riang ribena je. ngeeeeeee..okeh!

kita tak pernah mengharapkan setiap hubungan itu akan berakhir dengan begitu saja bermaksud putus di tengah jalan. Kadang-kadang pelbagai usaha kita dah buat untuk selamatkan hubungan itu tapi benar seperti dikata, jodoh pertemuan, perpisahahan di tangan takdir. sekuat mana kita cuba melawan takdir itu tapi kalau tetap bukan milik kita, maka bukan milik kita la ye.



Menipu adalah pembunuh utama dalam perhubungan. ye! sangat betul. tetapi pernah tak kita selidik kenapa pasangan kita tu menipu. kadang-kadang si dia menipu kerana taknak pasangan dia terlalu memikirkan hal yang bukan-bukan mahupun perkara yang kecil menjadi besar. dengan maksud kata lain menipu adalah untuk menyelamatkan hubungan itu kerana tidak mahu pasangan itu terasa hati atau terluka. tapi ya memang sesetengah orang tak mampu menerima penipuan daripada pasangan.

Inginkan kebebasan juga salah satu mengapa hubungan itu menjadi retak. memang semua orang mahukan kebebasan. sedangkan dalam nilai-nilai moral sendiri ada mengatakan salah satu nilainya adalah kebebasan. tapi sekiranya kebebasan yang kita cipta hanya untuk menyakitkan hati pasangan kita, kenapa perlu diwujudkan lagi hubungan itu. putus lalu bebasla sebebas-bebasnya agar semua impian dan cita-cita itu tercapai.

Taksub dengan duit dan kerjaya. Ni juga salah satu pembunuh hebat dalam hubungan. sedar tak sedar bahawa duit bukan jaminan sesuatu hubungan itu akan kekal. kenapa perlu mengumpul harta yang banyak sedangkan ada hati yang terluka di sana. kerana terlalu taksub untuk mengejar kekayaan, sedarkah kamu yang si dia terabai dan ditinggalkan begitu sahaja. ya. tiada duit juga masalah besar dalam hubungan tapi cukuplah sekadar mampu menampung keperluan hidup bukannya kehendak hidup. (boleh rujuk teori maslow term2 ni eh)

Hormat menghormati. Tidak perlu kamu menjadi hebat, menjadi orang kaya, menjadi orang pandai, tua dari si dia semata-mata hendakkan penghormatan daripada si dia. si dia sedia menghormati kamu sekiranya kamu juga mampu menghormati si dia. tapi kerana sikap dan keegoaan yang memang tercipta dalam hidup kamu, kamu ingin setiap orang di sekeliling menghormati kamu sedangkan kamu tidak tahu bahawa si dia sangat terluka dan berkecil hati sehingga sampai satu saat terpikir oleh si dia " benarkah aku ni terlalu bodoh sehingga tiada sekelumit rasa hormat dia padaku?" . sedarkah kamu bahawa si dia juga sedaya upaya mengharapkan penghormatan dari kamu. dia menjadi kekasih yang terbaik, orang yang terpuji, belajar dan mencari kerja yang dipandang mulia agar dia mampu berdiri sama tinggi supaya kamu tidak berasa malu untuk mengakuinya " ya! dia kekasihku" di khalayak ramai termasuk rakan-rakan kamu.

Egoistik. Tidak salah egoistik itu menjadi sebatian dalam diri kita tapi berpada-padalah tahap ego kamu itu supaya si dia tidak berasa kecil hati dengan cara egoistik kamu itu. mengalahlah kamu sekali sekala supaya hubungan yang sedia ada itu bahagia selamanya. sebesar-besar tahap ego kamu sebenarnya hanya kan memakan diri.

Bosan. emm. benar seperti dikata. habis madu sepah dibuang. biler sudah puas bermadu kasih (jangan bersalah sangka ye) lalu ditinggalkan si dia yang masih terlalu cintakan kamu. kenapa istilah kebosanan itu perlu wujud sekiranya kamu menjalinkan hubungan itu atas nama cinta. ingatkah kamu moment-moment indah dulu yang membuatkan kamu sedikitpun tidak berasa bosan bersama si dia. ingatkah kamu hampir setiap hari setiap masa kamu bersama si dia. ingatkah kamu hampir 24jam kamu bersamanya walaupun tidak ada perkara yang ingin dikatakan. tidak bosan! itulah ertinya pada masa dulu. tapi sekarang, kenapa begitu pantas kamu mengelakkan diri daripadanya? pernahkah kamu terpikir bahawa si dia tidak pernah sedikit pun berasa bosan bersama kamu dan buktinya sehingga kini si dia masih di setia menanti kamu meskipun si dia tahu kamu cuba menjauhi diri daripadanya. masih setia menanti panggilan dan pesanan dari kamu yang mengukir segala kata-kata cinta, sayang dan rindu itu. ye2! si dia tahu bahawa si dia hanya bermimpi untuk menjejaki moment, panggilan dan mesej itu.

Perlukah kamu mengungkit hal lalu tentang si dia? sedarkah kamu kehidupan lalu kamu juga tidak begitu sempurna tapi si dia tetap menerima kamu seadanya kamu tanpa mengungkit sisi-sisi hitam kamu kerana si dia pasti kamu telah berubah menjadi yang terbaik untuk dirinya sekarang. tidak perlulah kamu mengungkit segala hal-hal si dia yang bukan milik kamu hanya sekadar menjadi punca pergaduhan yang tiada kesudahan itu.

Menjaga tutur bahasa kamu supaya kamu disayangi dan dihormati. tetapi mengapa biler si dia dari hari ke hari menjaga tutur bahasanya tidak pulak bagi kamu menyedarinya. "otak kau!", "bengong!", " bodoh" mengapa itu menjadi ayat rutin kamu sekiranya berselisihan faham dengan si dia. bodoh sangatkah si dia sehingga setiap perlakuannya dilabel sebegitu rupa. kamu tidak pernah sedar dah lihat betapa si dia cuba menjadi si pandai supaya kamu tidak akan menghinanya sebegitu rupa lagi. apa lagi mampu si dia balas sekiranya perkataan itu dilabelkan kepadanya melainkan hanya menelan dengan airmata yang kecewa.

Agama dan keluarga. semua orang tahu jangan ditolak tepi agama itu, jangan dibuang jauh keluarga itu. kerana 2 perkara itu adalah mercu utama yang perlu kita hadapi. halangan agama dan keluarga dalam hubungan kamu dan si dia memungkinkan kamu untuk berpikir banyak kali untuk menerimanya dalam hidup kamu. tapi kamu juga perlu sedar bahawa si dia juga sudah mampu menerima semua itu. mengapa perlu menjadi pengecut dan penakut untuk menyimpan hubungan itu. adakah kerana kamu malu dan takut diketawakan oleh orang sekeliling kamu jika kamu memiliki dia. bukalah mata kamu. intan dan berlian mungkin bukan pada si dia tapi hati yang tulus murni mencintai kamu itu yang perlu kamu lihat. bersedialah menghadapi kemungkinan dan jadilah orang yang sekuat-kuatnya untuk berada di sisi si dia kerana si dia sangat memerlukan kamu saat agama dan keluarga menjadi persoalan besar dalam hidupnya.


Sekian saja. tak boleh taip banyak-banyak lagi.  sebak -sebak. okeh. harap menjadi teladan dan sempadan kepada hubungan yang hampir retak itu.


" si dia rindukan cinta yang dulu"


Lots of Love,
-Suzzanne-





Saturday 10 March 2012

MELAKA PUN ADA RAPID


tu nampak tu..bas rapid tu. penat dok main kejar-kejar bas tu sampai kereta mati tengah jalan . padan muka. nak sangat amik gambo bas kan. bas pon ko nak amik gambo apekehalnya oi...

huhuhu. ni bukan kat kl ke penang okeh. ni rapid kat melaka. masa mula-mula aku nampak aku ingat aku ada kat kl ke penang. sekali kat melaka daaa..

hebat! speechless masa mula-mula nampak. aha. aku lambat sikit update benda-benda baru kat melaka ni. selalu naik keta zasss ke simpang ampat je sebab nak balik tanjung malim. takpon naik bas jebat kat masjid tanah pastu duduk pastu zzzzZZZzz...ngehehehe...takde lalu-lalu bandar melaka tu. lama dah tak jejak. ahad ni baru jejak eh. shopping time! hahaha






tapi kan nama nye bukan rapid melaka. cis! tak glamer la..hehe..ampon2. nama diberi PANORAMA MELAKA tapi aku rasa macam tak cun je namanya. letak la bas patt hup part 2 ke kan (hanya orang melaka tengah dan masjid tanah je kenal patt hup part 1) hahaha..

okeh dokeh..citer sikit-sikit je. nak layan citer my hero my boss. memang sakit perot beb layan citer ni. made in jepun.search je kat you tube tu. pastu gue mau tido esok nak tengok orang kahwin bawah pedang. 




" saya nak jadi duta perlancongan melaka boleh"
cc: Datuk Seri Ali Rustam



Lots of   Love,
-Suzzanne-




Wednesday 7 March 2012

IA MEMBUATKAN KU DALAM DILEMA



hai oulsss..


ni nak update lagi tau. tengah rajin ni. nanti dah malas tahun depan lah baru nampak updatenya. nampak tajuk atas? biase la. mesti klise selalu. huhu





ni dah 2 hari semenjak UPSI hantar sms suruh update status penempatan (posting). pening sangat-sangat nak buat keputusan walaupun benda nya idak le susah nau. kecoh je lebih kan. tapi kat orang lain senang beb.kat aku benda ni susah.

after dah pikir2 baik punya pikir, ni la shortlistnya....

Tangga Juara : MELAKA 
Reason 1: 
sebab dah lama dok melaka kot. lagipun semua celah-celah nak melepak kat melaka aku dah tau.so senang wiken ke cuti sekolah panjang2 dok melepak je cikgu ko ni. hehehehe.paling senang bawak anak murid pegi buat lawatan. banyak tempat boleh pegi. takyah gi jaoh2 pastu naik bas lama2 kat highway tu. bahaya ooo. macam excident kat behrang hari tu cikgu2 bawak budak2 nak gi kl. ape la yang ada sangat kat kl tu sampai cikgu tu nak bawak pon aku tak paham la. nampak sangat cikgu dia ni kaki shopping kat Jalan TAR. takpon kat KLCC. kalo kat melaka senang kan..boleh melawat  kat zoo melaka ke, hutan simpan sungai udang ke, mandi manda kat pantai tanjung bidara ke, melawat makam hang tuah ke. takpon lepak kat muzium. setel!

Reason 2:
Jiwa i dah sebati ngan melaka. famili memang dok melaka tapi 2 ke 3 tahun lagi makpak dah pencen nak zasss ke sarawak pulak. kawan-kawan pon ramai kat melaka walaupon semua dah keja jauh2. tapi biler cuti ke raya ke ada wedding ke kawan-kawan semua kumpul kat melaka. senang. reunion ke apa pon kat melaka.

Reason 3:
Kos hidup agak murah. aku tau celah mana nak cari tempat murah kalo nak shopping, makan ke beli baju ke. Kalo tempat lain aku agak berhati-hati nak keluar duit sebab aku sangat2 sure kat melaka lagi murah daaaa...


Reason 4: 
untuk 2 3 tahun ni boleh dok umah free2 je sebab makpak ada lagi kat melaka ni..yeahehehe...



Tangga Naib Juara: NEGERI 9

tak terlintas pon aku nak pilih negeri ni. tapi aku rase tak dapat melaka pon takpe janji dapat N9. Reason? sebab melaka ngan N9 kan sebelah-sebelah je kalo korang tengok kat peta. bukan jauh sangat kalo nak ke melaka. nak ke kl pon dekat. lokasi strategik walaupun amat jarang jarang sangat pegi masuk N9 ni walaupon kat PD tu. okeh!


Tangga Ketiga: PUTRAJAYA

ni lagi la tak pernah terlintas langsung. serius! kenapa ntah nak pilih. maybe sebab dah dengar member (cikgu ira) dok citer putrajaya ni banyak bas, senang nak kemana-mana, sunyi bole tido puas2. mungkinkah itu sebabnye? hohoho.


Tangga Keempat: SELANGOR

selangor ye. bukan kl.kl tak mampu eh nak redah jem. kos living pulak tinggi nau-nau. huisshhh..tak berapa gemar.selangor sebab ada ramai kawan kat situ. boleh lepaking ngan sherhana ke kan? hahaha.


Antara sebab lain kan aku masih dalam di lema sebab benda ni aku tak citer kat makpak aku lagi.senyap2 je aku pikir benda ni sorang-sorang. dapat dek makpak aku sgt pasti 2 je pilihan dorang
1. SARAWAK
2. SABAH


bukan nak kata aku tak kenang tempat sendiri. paham2. aku ni lama dah dok ikut makpak aku kat semenanjung ni. lahir je kat sana. cuba diletaknye aku kat sarawak tu, sesat agaknye. biarlah sarawak hanya kampung dan bila cuti saya bole kata " aku nak balik kampung" ko ada? hahaha.

lagi 1 sebab pak aku dah plan nak pencen 2 3 tahun lagi. so, memang la dorang kat sarawak tapi aku pikir sampai bila aku nak ikot dorang je kan. nak juga berdikari sorang-sorang. kalau aku ada kat semenanjung senang dorang nak jalan-jalan kat sini. kereta penginapan semua aku boleh sediakan. dorang datang free2 je coti2 malaysia nanti. sebab tu jugak aku pilih N9, putrajaya ngan selangor. senang nak pickup dorang kat airport tu. kalo nun jaoh kat kedah pening pala ceq nak pikiaq lagu mana nak pickup depa.

Kalo aku letak sabah ke sarawak memang semudah makan kuih koci je aku dapat. tapi cer ko bayangkan kalo aku nak mintak semenanjung pastu.kompem sangat takkan semudah yang disangka. sebab tu biar aku kat semenanjung dulu.nanti dah rasa2 nak balik dok bawak ketiak makpak aku mintaklah transfer sebab semenanjung ke sabah/ sarawak semudah makan kuih koci TAPI sarawak/ sabah ke semenanjung sesusah makan   ketam pakai sudu.


Cer klik kat picture tu. korang tengok jela die punye syarat yang color merah tu. sikit je tapi pengertiannya sangat mendalam. malas nak explain lebih-lebih. sapa2 pun boleh paham syarat dia tu. bertuah benau aku tak kahwin lagi. kalo tak sian laki aku ikot aku berhijrah. tapi dah kahwin pon senang.takyah dilema2 buat keputusan ke pilihan.

So, until now aku still tak buat keputusan. semua shortlist kat atas tu belom muktamad lagi tu. Isnin ni baru decide. masih berkira-kira pros n cons nye. aku rase melaka pon belom tentu aku dapat sebab subjek aku ajar ni yang ade kat kolej vokasional, kat kl, langkawi, sarawak, sabah. bayangkan.... kalau subjek biasa2 tu takpe la jugak. besar potensi dapat melaka kan. tapi pilihan tu semua aku rasa 60-70 % je kena tepat ke hatinya sebab aku tau KPM mesti campak je kat mana dia rasa dia nak campak. so, pesanan pada diri sendiri "sudah sudahlah ko mengenang nasib"..peace!

p/s: ni picture taken by camera je. sebab print screen laptop ni dah bengong.outdated betol.

UPDATE:
heeeeee...dah pilih negeri posting. mana? eh ehe rahsia...nanti dah posting ai bagitau eh.lalalala

"tak tahu yang mana satu-juliana banos"


Lots of Love,
-Suzzanne-



Tuesday 6 March 2012

KRONOLOGI DPLI


Hello gurls and guys...


Wah..rase teruja sungguh nak update blog malam ni..lama tu dah tak update. Ade je citer tapi jari jemari ni tak kesampaian nak menaip. Terlalu bezi. Mana nak taip assigment yang tak pernah putus-putus menerjah + taip status kat fb sampai orang rasa menyampah awat la pompuan ni sorang je dok memenuhkan news feed. ngahaha..rileks2..tenang2 aje. kat fb tak boleh citer banyak-banyak. Tu yang tak sabo sgt nak dok mengadap lappy sambil berblogging.

Tajuk atas memang klise but so signifikan kat saya ( kata ganti diri aku mungkin akan digunakan juga kadang-kadang bergantung pada emosi diri). Ni nak citer dari mana ni. Dah tamak sangat pulak. Aiyak!

Lets start reading (maknanye korangla yang bace)..


24 Jun 2011
Ntah macamne gatai nak cek status DPLI dapat ke tak..tetibe cek... "TAHNIAH" adalah benda pertama yang aku nampak selain tarikh dan tempat dan lain2. Peh. Nangis wa cakap lu. Akhirnya ape yang aku nak tercapai gak. Dapat gak nak tebus rasa bersalah kat ayah aku
sebab gagal masuk polis tu. huhu.



25 Jun 2011
Kepala dah serabut macamne nak berenti keja ni. ADUSSS... dalam perjanjian kata mesti 1 month resign letter atau bayar..mane 1 idaman kalbu.sah-sah bayar bukan pilihan terbaik sebab duit sangat diperlukan untuk pegi tanjung malim tu+ sewa umah+ buku2+ minyak keta + makan. Lantas dengan menggunakan kebijaksanaan untuk berbicara, berjaya jugak lepaskan diri dari perjanjian tu. Malas citer panjang macamne la. Tapi berjaya la..lalala...


5 Julai 2011
Selamat tinggal Avillion Hotel.. Selamat tinggal kawan-kawan.. sedih2 tapi dalam hati sangat suka akhirnye keluar jugak aku dari tempat panas tu.. yahuuuuuuuu...


( ni gambar hari terakhir kat tempat kerja ngan kawan-kawan 1 department)


10 Julai 2011
Mulakan perjalanan dengan rasa tak sabar ( suke nau ko nak pegi kan..nanti ko tau la tinggi rendah langit tu)..mcm biase la..first day ofkos la kena gi daftar bagai semua. Ayat yang paling aku ingat sekali masa mula2 melangkah kat dewan daftar ialah "Selamat Datang CIKGU"..uhuksss..gigil kepala lutut tangan badan semua dengar perkataan tu. Cikgu ke aku? aih..belom lagi..ni apesal dah nebes.rilex sudah. last2 sampai ke sudah aku dok gigil sebab every station nak daftar tu dok panggil cikgu. adoi dik oit.akak ni dahle first time dengar orang panggil cikgu. ko lak makin beria panggil cikgu nye. saya awak sudah..hahaha..lepas register terus larik2 (larik2 sopan) jumpa mak pastu per lagi..repot la.."mak, rase gigil la, nebes la, takot la.." mak aku gelak aje la..wokeh!setel..

petang tu start la orientasi (benda paling* kuase 4000 aku tak suka.last orientasi pon mase diploma tahun 2004 (ke 2003? lupe dahhhhhh) mase degree pon takde bende2 ni..tragis betol..terima jela ngan ati terbuka dan mata pastikan terbuka.

lalu jalani la aku kehidupan dunia orientasi selama seminggu.penat toksah cakap la. tapi nasib baik dapat member group yang sporting. ponteng orientasi pon pernah (wajib dilakukan). sedap je tido last2 malam tak boleh tido.



Ni gambar sebelum persembahan. akak nebes u (diculik daripada hasil kerja tangan cikgu dayah yaacob).Mak ayah hantar gi UPSI soh belajar tapi anak dia bole lak wat fashion show kat atas pentas. siap kena gelek2 M. Daud Kilau lagi. Ingat lagi partner gelek mase tu Cikgu Patli kata "kalau mak aku tau aku buat benda macamni mati aku" hahah..tau takpe.nasib la labu.kita buat je apa orang soh buat. ni pun dah all out sangat dah. ok la dapat nombor 3 persembahan.kenyang makan hamper seminggu.





ni gambar lepas dah gelek2, dah dapat hadiah hamper besauuu giler. kenyang akak makan u. n I LOVE THIS PICTURE SO SO SO SO MUCH...comey kan..hahaha..puji sendiri..





ni pulak masa nak gi angkat sumpah.comel kan kami..haha. terpaksa tu pakai baju sekolah.nak tergelak guling-guling masa mula2 tengok. rase diriku muda pulak..



18 Julai 2011
KULIAH, ASSIGNMENT
Bermulalah kembali aktiviti student yang dah lama aku tinggalkan. Ada la dalam 2 tahun. pehhh. bayangkan
otak dah tepu. dapat pulak endless assignment. tak pernah stop assignment pagi ke petang malam ke siang dok mengadap assigment sampai terpikir dek kepala ni aku tengah amik diploma ke master ni. ish. Nextweek nak exam pon boleh lagi dok mengadap assignment. bayangkan mana biler nak stadi. jawabnye memang takde. cuti stadi week? maap la.ni DPLI takde stadi week.ko redah je exam tu macam naik motor bot kuase halilintar.

Citer pasal assignment. kot-kot ada budak-budak UPSI ke DPLI UPSI yang ngah baca blog ni sambil2 nak usha assignment, korang boleh dapatkan kat link aku bagi sat lagi. semua assignment akak ko ni dah upload. korang boleh amik je kat situ. tapi kejam sikit.boleh tengok tapi tak boleh download eh.akak ko ni pun buat ngan begitu payahnye takkan mudah2 nak bagi kat korang kan. Proses upload akan dilakukan peringkat demi peringkat ek. sila klik kat SINI



apebenda atas tu? nak jadi cikgu sangat kan. hambek ko. buat le benda 3D tu .konon2 boleh dipraktik time mengajar nanti. tajuk 3D patut siratan makanan tapi pegi letak rantai makanan. selambe sudah. 


ni masa present 3D atas tu ha. ni ala-ala ngajar la. ketaq memang wajib la menghantui diriku. gigil 1 badan. macamne nak hilangkan gigil2 nebes2 ni ek? any suggestion or tip or ubat?



ni pulak masa pertandingan pingpong. ofkos aku KALAH. tumpuan gua takde beb. melilau-lilau pukul angin. main badminton pun gua fail apetah lagi pingpong yang ringan tu.


ni pulak masa jadi juri untuk pertandingan masak dapur tak berasap. ni main2 masak takde guna kayu api ke dapor gas ek. ni semua instant je. besh ooo..kenyang dapat makan free. nasib tak cirit birit je.



  gambar di atas pulak lastday masa semester 1 tak silap aku la kan. aku pon mane nak ingat sebijik2 benda ni. pastu nextweek start la exam start la cuti seminggu startlah sem 2. takde rehat panjang.terus menerus je. (sile cari saya..lalalala....)


BIG ( PROGRAM BINA INSAN GURU)
Selain dari orientasi, benda lain yang aku tak suka adalah aktiviti perkhemahan ngan program ceramah2 yang makan masa yang lama. Kali ni penat toksah cakap. Marathon akak ko ni. Pas dengar ceramah 3 hari, masuk lak hutan 3 hari. Adus. Penat sangat2 penat. Tido tak cukup oit. Malam pertama kat hutan mana ade tido. Sibok dok main burung hantu sampai ke pagi ( aktiviti burung hantu ni memang acara wajb ke?) rase macam banyak bintang bulan ikot pastu. bengong sebentar kepala.


masa ni belom masok hutan. ni namanye jalan2 makan debu tanjung malim sambil minom kopi tepi jalan sambil beli stokin banyak2 sebab sebelum tu hujan kaw2 punya sampai basah lencun kasut siap stokin boleh perah air dapat la semangkuk besar. hahaha

 "bagus" atau thumbs up bukan bermakna besh.. hahah..baru pas tubing tu..sedap mandi sungai.


lawa dok picture atas nuh? kan..seni bangat..tenkiu kepada yang amikkan gambau tu. tapi kenapa air sungai macam milo cair je tu.


ni sebelum nak gi tubing. semua tak mandi lagi tu. rilex je ngaku. ade ape hal kan. baguih lagi...

 hambek ko! jangan ko dok gelak tengok muka aku buruk mcm nak berak tu. aku pun taktau biler gambau ni di amik. yang aku pikir time tu jangan la pelampung ni terbalik. kalo tak mati lemas aku. dahle air deras, batu banyak, dengan aku tak pandai berenangnye..memang terbaik.cukup perisa. so far selamat.hihih

 ni nak berlagak sikit. nampak khemah comey kat belakang tu? eh2..bukan.kami tak tido kat khemah comey tu. jangan salah anggap. kami ada la juara khemah terbaik masa tu.hahaha..celah mana terbaik pon aku tak paham. 



(woit kimi, biler ko nak langsai hutang)



EXAM
Salah satu masalah atau benda yang buat kepala aku serabut amik DPLI kat UPSI je ni ialah exam dia memang takde gap. ade 10 papers pon aku rase 10 hari berderet la papernye. peh..jiwa kaco beb. ngan stadi week pon takde.cer korang bayangkan..tapi so far, resultnye okeh walaupun bace buku pon tak menyempat weh. kite tunggu je result part 2 ni nanti okeh.


KISAH DISEBALIK TABIR
Alkisahnya masa nak tamat je semester 1 ni, aku dapat pulak offer jadi lecturer kat Politeknik JB. pehhhhh..time ni lak ko nak sampai kan. masa aku dok terkial-kial nak keja masa tu takde lak. tapi nak buat macamne. aku tabahkan hati je tolak offer tu memandangkan aku dah jatuh cinta nak gi sekolah plus ada agreement 80k ngan KPM. huhu.

Citer semester 2 sama je gamaknye cuma takde la BIG tu lagi. tapi semester 2 ni buat aku rasa nak give up sangat2. penat aku tabahkan hati aku lagi. masa sem 2 ni la aku rasa menyesal tak terima je offer SPP as a lecturer tu. kalau tak dah selamat makan gaji dah aku daripada dok terkial-kial belajar ni kan. takpe la. jangan tamak pengajarannye. nanti 1 benda pon tak dapat. dan akhirnya dapat gak aku tamatkan sesi pengeraman aku kat UPSI tu. pasni dah boleh gi prektikel dan selami jiwa-jiwa budak sekolah. wahhh..dapat lak budak nakal macam cikgu ko ni mati la aku nak handle.

Aku rase sudah2 la aku dok citer ni kan. nanti orang kata macam kau sorang je nak jadi cikgu. macam kau sorang je amik DPLI. macam kau sorang je masuk UPSI tu. kan?

nanti kite update citer lain pulak eh..goodnite oulsss


"endless story"



lots of love, 
-suzzanne-