PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Sunday 22 April 2012

CERITA BAUCER BUKU 1 MALAYSIA...

** Peringatan: Kepada sesiapa yang sensitif tentang post ini anda boleh tinggalkan komen di bawah atau tekan tanda X di atas. Segala isi di dalam adalah ikhlas dari saya tanpa bertujuan menyakiti mana-mana pihak. Sekian. 

-Admin-




Hai oulss...

semangat betol nak citer pasal BB1M ni eh.baru dapat terus langsaikan kat kedai buku, terus nak cerita-cerita kat blog.mesti ada orang kata "macam kau sorang je dapat" ..aha..peduli apa kan... ingat senang ke nak dapat RM200 free2 macam ni..mestilah nak berlagak citer... 



Susah payah ooo nak dapatkan baucer ni. Sungguh banyak cerita-cerita tragis dan diskriminasi pasal baucer BB1M ni. Patutnya sebelum praktikal lagi dah dapat tapi UPSI dengki. Sori upsi. kena citer kebenarannya. kata UPSI, budak2 DPLI (diploma pendidikan lanjutan ijazah) macam kami ni tak layak dapat sebab kami ada elaun sendiri. siap ada kawan bertikam lidah nak pertahankan hak kami DPLI ni dapat baucer. kesian kami. sangat di anak tiri. kawan2 DPLI kat UiTM dapat je, kami kat UPSI tak dapat le pulak. lalu angan2 kami nak beli buku guna BB1M pon melayang2 la masa tu.

Tup-tup dengar junior DPLI kami dapat baucer ni. WTH??? sunggoh tidak adil. maybe pas ada kawan2 dah gi mogok2 tido kat jalanan UPSI tu baru la dapat baucer ni kot..huhuhu. tu pon ada jugak kawan2 tak dapat amik sebab jauh kan. kami dah keluar dari UPSI tu barulah nak bagi. abes tu kawan kelate, ganu, sabah sarawak maupon saya yang dekat melaka ni bilernya la nak datang tanjung malim semata-mata nak amik baucer ni sedangkan kos tambang pegi balik je dah lebih RM200 tu.. sangat tak berbaloi. simpati kat kawan2 yang jauh tu :(

Okeh..dah abes meluahkan perasaan. ni nak citer hasil tangkapan tadi. siap melebih2 RM200 kau. rasa macam sikit je tapi dah RM214 eh..uit..tu pon ada tak terbeli lagi. hahahaha..sepanjang kaut benda2 ni sibok je tangan sebelah lagi dok kira2 guna calculator hp tu. takot over bajet. pastu dah macam serabut je tolak tambah, tolak tambah sebab kejap jadi amik kejap tak jadi amik pastu aha lantakla..lebih pon lebih la..malas nak kira. dahla sorang2 je shopping... bawak adik2 semua kaki malas nak jalan. 


ni hasil tangkapan kat kedai buku Popular tu... 


stationery ni je aku beli ke?? sikit betol. jangan ditanya ape motif beli stamp pad tu. aku pon blur je masa beli. main amik je. pen ke pensil memang takde beli. penoh dalam pencil case pen2 dapat masa expo ke fair tu.. dalam goody bag kat fair2 mesti ade pen percuma kan. so jimat dah kat situ. hahaha :)



ni pon stamp pad jugak. ni namanye encouragement and recognition stamps.. ala, ni aku nak cop kat buku budak2..ayat2 perangsang la kunun2 tu..nak tulis malas kan. so kita cop2 jela buku budak tu..heheheh



aha..atas ni contoh2 nya..dah rasmi awal2..abes buku adik aku, aku dok cop2 benda ni..hahah..try harder! chayok2! 




Fail pon nak tunjuk ke? 




ni pulak sarung lappy aku. selama ni bogel je lappy aku tu..ni baru nak belikan dia baju. sementara ada duit free ni kan..kalau pakai duit sendiri memang sampai bile2 la lappy tu bogel..



beli buku-buku rujukan ngan buku teks. senang ngajar nanti takyah kecoh2 beli. semua dah prepare awal2..tu pon kalau ajar subjek tu. kalau tak mana nak letak daa buku2 ni...


ni citer buku rujukan jugak.. senang beli macam kat atas ni.. ni siap sisipkan note. takyahla aku susah2 buat note untuk budak2 tu nanti. semua dah ada dalam tu siap latihan lagi. 





dah alang-alang tu, aku pegi la rembat 2 buku ni..haha..baru nak layan MAID tu sedangkan orang lain dah 2 3 kali baca kan.. pastu beli la nobel akak fauziah ashari tu. taktaula besh ke tak citer tu. beli sebab pengarang dia kan glamer ombak rindu tu...bile ntah nak baca. takde masa sebenarnya nak baca. tunggu masa menganggur nanti la kan baru ngadap nobel2 ni...




ahahahah..jangan tak caya okeh.. memang ada dalam senarai bajet aku buku nak belajar jahit ni. aku ni nama je cikgu ert tapi nak jahit habuk pon tak reti..nak belajar malas. aku mengantok tengok jarum2, kain2, mesin jahit semua tu..bukan jiwa aku la jahit2 ni kesimpulannya... tapi buku ni besh pulak aku tengok..murah je RM 17.. siap warna warni tau..tertarik terus aku nak..ada je buku2 lain tapi banyak tulis2 je.. aku nak gambar2 banyak..hehehe...ni last tu... takde lagi kat kedai tu..


buku ni ajar step by step cara nak buat baju kurung..okeh..baju kurung aje..memang aku fokus kat baju kurung je. sebab2 lain beli buku ni kan sebab nanti bole la prektis jahit baju kurung sendiri. takyah tempah2 kat tailor lagi. mahal nau. selai je dah RM40. mahaiiiiiiii mak ai.... baik aku bertatih2 belajar jahit kan. so, nanti sapa2 nak tempah baju sila la..hahahah.. (risiko baju tak jadi tanggong sendiri)




hahaha..aku nak gelak biler tengok tack it ni.. saja je amik gambar asing sebab dia ade citer tersendiri..huhu..masa mula2 pakai ni tercenggang budak2 kelas aku tengok. dorang ingat aku pakai chew gum tampal kertas mahjung tu... huhu..







ni nak guna time kelas relief. tu yang beli tu. cari yang kata silang kata tapi tak jumpa. word  search je banyak. so amik jela kan. dah buat teka teki kat kelas relief tapi bising weh..tak bole diprektikkan sangat kecuali kelas tu semua budaknya bisu. so, aku beli jela buku word search ni, biar dia buat dok senyap2..senang citer.. beli 1 je..pastu potostet je banyak2..senang kan.




botol air ngan komik tu aku beli untuk adik aku yang last. tanya adik2 lain dia kata takmo apa2 sebab dorang pon dah joli sakan ngan RM200 dia tu.. buku komik tu bukan komik doraemon pikacu tu eh..ni buku komik ilmiah..dalam dia citer2 pasal sains tapi versi komik bagi menarik budak2 nak baca. kalau bagi dia buku cerita biasa2 tu, takde nya dia nak layan. nak beli buku origami ke silap mata dia sendiri dah ada..


okehla..cukup sudah ba..esok sekolah. 

BYE2...


"BB1M"


Lots of Love,
-Suzzanne-