PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Monday 3 December 2012

PERUT BUNCIT



Hai. Saya lagi. 

Post kali ni panjang, panjang sangat-sangat. Pastikan anda mendapat rehat mata yang cukup untuk membaca. Eh. Gurau jela. Tu pun nak terkecik hati ke. Kalau rasa kecik hati sila email ayat-ayat kecik hati anda pada saya. Pemenang akan mendapat sebuah hati yang besar dari saya. Sekian iklan sekali lalu ni. Meh cerita betul-betul.

Pernah dengar orang kata "Perut buncit senang hati" ? Pernah? Xpernah? Aha. Xkisah la kan. Malas nak ajar peribahasa tu. Belajar sendiri.

Aku adalah sejenis spesis yang berperut buncit tapi bukan boroi. Badan aku kurus macamana pun perut pasti buncit. Xde kurang. Aku berangan jugak nak perut macam Halle Berry tu. Flat macam flat Mentari Court tu. Macamana eh nak dapat perut macam tu?

Jangan lah cadang benda-benda gini ye:-

Nombor 1: 
Pakai bengkung (mak belum beranak apatah berlaki lagi )

Nombor 2: 
Girdle ( Mak bukan cinderella nak bergirdle2 ni. Mak juga bukan peminat girdle sebab mak x nak makanan mak makan nanti tersekat kat esofagus mak eh)

Nombor 3:
Sedut lemak.( Mak sedut lemak sup lembu je. Nak suruh mak pergi sedut lemak gila apa. Mak rela perut buncit pregnant 9 bulan dari mak sakitkan badan mak)

Nombor 4: 
Minum SD II Alpha Lipid. (Heeee...mentang-mentang sana sini orang dok cerita pasal Alpha Lipid ni laju je mak nak taip sini kan. Mak tak minum susu. Sekian. Jangan tanya lebih)

Nombor 5:
Exercise Sit Up.( Ni mak nak habaq mai. Mak kalau boleh nak sihat tanpa ada senaman ke sukan-sukan ni. Mak x minat nak sukan-sukan ni. Rimas. Dulu masa sekolah pun mak paling benci kelas PJK tu. Mak cuba sakitkan diri mak walaupun mak sihat sebab mak benci sukan. Sit up pun sukan jugak bagi mak. Nasib lah)

Nombor 6:
Suplemen macam-macam brand. (Sekarang ni macam cendawan tumbuh lepas hujan lebat siap guruh orang-orang jual ubat kempis perut. Mudah begitu je orang produce ubat-ubat kempis perut. Euuwww.. Tak takut ke makan benda-benda tu. )

Nombor 7: 
Slim World. ( Amboi. Slim World pun nak masuk dalam senarai ke? Banyak duit cik kak? Kau kerja pun tak. Hahaha. Baibai Slim World. Next..! )

Nombor 8: 
Cubit-cubit perut. ( Ingat ni ayam kfc ke nak main cubit-cubit makan pastu habis tinggal tulang. Xde makna. Buat lebam badan je)


Oke. Tu la antara-antara kaji selidik aku buat kalau bab buncit perut ni diutarakan. Balik-balik benda sama. Macam xde modal. Kalau kau baca kat Majalah Wanita tu kan benda dia keluarkan tu 1 year  lepas pun cerita yang sama tapi gambar lain cara ayat lain la. * Aha la. aku dah 26. Xkan nak baca majalah Remaja tengok zodiak tu. Tipu tu semua lagi-lagi bab cinta. Eeee... dusta sungguh dusta. Xde pun happy ending macam zodiak tu kata. Karut!

Meh kau tengok gambar bawah tu. Ni gambar 2 hari lepas sebelum tarikh post ni dikeluarkan.




Ni kalau orang x tau aku belum kahwin mesti orang kata aku mengandung 3 bulan. Padahal yang mengandung tu kawan aku yang pakai tudung tu tapi yang buncit bagai aku pulak. Hampeh... Kau tengok la perut aku tu. Hadoi. Malu sebenarnya nak tayang gambar ni. Tapi tula perut aku. Tu sebab aku suka pakai baju yang loose je. Biar perut tu dapat disorok. Kalau pakai kebaya-kebaya ni aku memang risau habis. Mesti aku pakai spender ketat-ketat kalau pakai baju gitu. Biar dia kasi kempis perut buncit tu. Haaa. Pecah rahsia mak! 

Betul ke orang kata perut buncit sebab makan bersulam air? Ke? Tapi tu memang tebiat aku. Asal makan je bersulam air. 2 3 gelas jugak aku tambah air. Padahal nasi 1 senduk je. Betul la kot. Tu la sebab perut macam perut ibu mengandung. Tak boleh buang tebiat ni lagi-lagi kalau makan pedas. Tak reti la nak tunggu nasi habis. Rasa macam makanan tu tersekat kat trakea je kalau x minum air ni.

Pastu ada orang kata jangan mandi lepas makan. Betul ke? Kenapa? Kembung perut macam baby ke kalau mandi lepas makan? Tapi tu pun cara aku jugak. Aku akan makan dulu pastu baru mandi. Tak reti aku nak mandi dulu baru makan. Sebab aku lepas makan aku kenduri basuh pinggan kaum kerabat aku, kenduri sental kuali periuk semua. Takkan la dah mandi nak buat semua tu. Habis lencun baju aku, ketiak pun berpeluh-peluh padahal dah mandi kan. Lain la pemalas lepas makan letak pinggan suruh orang basuh kan. Aku akan mandi sebelum makan bila ada bibik tolong basuh pinggan je. Celah bila la nak berbibik2 ni kan. Sudah cukup sudah. Basuh pinggan sepanjang hayat, jangan berangan nak bibik eh suzan.

Aku pernah je cek perut kat klinik. Hahaha. Sebab aku takut kot-kot ada ketumbuhan ke apa kan. Over sangat buncit tu. Maunye x takot. Tapi doktor kata xde apa-apa. Perut sihat. Chewahhh...! Macam cek perut ibu mengandong pulak tu. Dia tekan-tekan perut aku pastu dia kata perut aku keras. Aku dah dup dap dup dap dia kata macam tu. Pastu dia boleh pulak buat kesimpulan kat hipotesis dia tu kata mungkin keras sebab aku x berak pagi tadi *sebab aku jumpa doktor tu petang*. WTH pulak perut keras sebab x berak. Aku berak kot pagi tadi. Aku pun cakap la aku berak pagi tadi.  (Apa citer pasal berak pulak ni). Pastu dia pun buat kesimpulan kedua kata " U mungkin berak sikit ni." MUNGKIN??? Dalam hati aku kata "x mungkin doktor. Saya berak banyak pagi tadi". Haaa. Sudah. Ni betol ke x doktor ni. Aku nak cek perut tapi dia dok amik *teleskop* hahaha.. nak cek bulan apa.(ape eh nama yang doktor letak kat telinga nak dengar dup-dup jantong kita tu? lupa la. Haaa..! Benda tu la. Dia cek jantong aku. Apa kejadahnya jantung ber adik beradik ngan perut buncit. Haa.. Ada doktor kat sini? Meh explain kat aku. Kot-kot aku salah tafsir pulak.


Tapi kan awak...orang kata kalau perut buncit mak mentua sayang.. hakhakhak. TIPU JE!! 


Oke bai


Lots of  Love,
-Suzzanne-







4 comments:

  1. ada hati nak perut mcm helle berry.. tapi hari2 ddk tgk tv n laptop.. hahahhaa.. dream on girl!! dream on.. hahahha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambil mengadap tv sambil naik treadmill pe..

      Delete
  2. Kalau lelaki perut buncit ape benda pulak tu

    ReplyDelete

Kalau rasa nak komen sila komen.
Kalau rasa taknak komen tak payah komen.
Yang pasti aku tapis komen kau.
Boleh?