PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Showing posts with label CERITA CIKGU. Show all posts
Showing posts with label CERITA CIKGU. Show all posts

Wednesday, 5 December 2012

DILEMA BAKAL GURU-POSTING



(Ihsan: Google *Ehh..ada Adam Adli)


Haaa.. post kali ni atas permintaan eh. Bukan saja-saja nak reka. ( Permintaan anda termakbul) hahaha. 

For info, aku adalah salah seorang mahasiswa yang masih belum posting atau dapat penempatan untuk mengajar. Tapi aku bukan keluaran ISMP atau IPG. Aku adalah salah seorang bekas DPLI yang ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dijadikan cikgu bagi subjek-subjek tertentu. Post sebelum ni aku dah bagitau yang aku dah hampir 5 bulan menganggur dan menunggu posting. Dilema memang dilema. Kepala ni 24jam terbayang bila nak posting, hati ni pun dah puas aku tenangkan suruh bersabar. Tapi manusia kan. Sabar sabar pun ada had. Tapi terpaksa muhasabah diri bila dengar ex ISMP dan IPG yang lain pun masih x posting. Lagi lama dari aku ni pun ada. Ada tu dah setahun. Bayangkan lah.


Kadang-kadang aku pelik jugak kenapa kerajaan masih tawarkan tawaran menjadi cikgu ni sedangkan pengeluaran melebihi permintaan.

[ PENGELUARAN > PERMINTAAN ]

Dah macam belajar ekonomi ke marketing dah ni kan. Ni macam kes orang jual pisang goreng berlambak-lambak tapi yang beli tu 3 orang je. Paham kan maksud aku?


Yang pelik lagi kenapa jawatan awam lain macam polis ke askar xde pulak masalah macam ni. Dorang sedap je habis training 6 bulan- 1tahun pastu terus posting on the dot. Xde nya dorang sempat nak makan-makan angin macam aku ni. Seronok kan macam tu? Pelik lah kenapa bab pengambilan cikgu ni amik sampai berpuluh-puluh ribu tapi pastu biarkan tersadai macam tu. Kalau dah rasa cukup lah cikgu-cikgu sedia ada ni kenapa mesti nak offer Ijazah or diploma pendidikan ni. Kan? Ni kepelikan yang aku rasa. Tengok macam polis or askar. Dorang cuma amik untuk kuota yang sepatutnya je. Xde tamak amik ramai-ramai pastu biarkan jadi penganggur. Xde kan?


Ye. Memang orang kata nak jadi cikgu standardlah tunggu. Paling cepat pun 3 bulan. Paling cepat ok. Tu pun masalah besar jugak. Lagi-lagi kalau keluarga nya yang kurang berada, mana nak tanggung adik-adik sekolah lagi, belum lagi kes yang dah kawin nak tanggung anak bini. Kesian kan. 


Orang selalu benci tengok DPLI ni. Padahal dorang tak tau susah payah kami yang DPLI ni. Kami pun dulu belajar 4-5 tahun sebelum amik DPLI. Bukan shortcut gitu-gitu je kami ni. Xde beza pun dengan student ISMP atau IPG. Bezanya kami memegang ijazah dari course yang lain. Macam aku sendiri. 5 tahun kumpul diploma dan ijazah dari course lain, aku sanggup pertaruhkan kerja aku sebelum ni hanya nak dapatkan DPLI tu. Kedudukan aku before DPLI tu dah stabil tapi bila dapat DPLI ni aku anggap tu kepuasan dan kemuncak dalam kerjaya aku. Sapa xnak jadi cikgu atau dengan kata lain kerja kerajaan kan. Dengan benefit yang kerajaan bagi ni aku rasa xde sapa pun nak menolak. Kadang-kadang cita-cita pun orang tolak tepi sebab benefit macamni. 


Tu belum lagi kau tengok perit jerih kawan-kawan aku yang dah kawin kena tinggalkan laki bini anak-anak semua. Boleh tenang ke hati ibu-ibu nak belajar? Tak weh. Walaupun aku xde laki dan anak-anak tapi kita paham perasaan orang-orang gini. Sampai ada yang hampir give up nak keluar DPLI. See? Tu pengorbanan kami. Kalau yang ISMP ni jarang-jarang ada yang dah kawin kan. Ada pun 1 nisbah 20. Tapi DPLI ni dah kawin almost 60% dalam 1 kelas. Bayangkan? Ibu-ibu dan ayah-ayah menuntut ilmu untuk kesenangan dan kesempurnaan keluarga.Tapi... macamni pulak jadinya


Ni kat bawah gambar kes student mogok kat depan UPSI. Mogok pasal posting. Betapa ktitikalnya masalah nak posting or jadi cikgu ni. Tengoklah apa jadi. Ada nampak polis ke askar mogok gini? Xde weh. Cikgu-cikgu yang nak mengajar anak bangsa yang sanggup buat macamni. Sebab? Darurat. Memang cara dorang ni nampak kurang waras tapi disebaliknya tu ada sebab kenapa dorang buat macamni. Kadang-kadang please la kerajaan, kaji masalah ni. Aku x paham kenapa sampai sekarang pun still lagi ada intake untuk bahagian pendidikan ni. 


 ( Ihsan: Google * Eh, Adam Adli lagi ke? )


Bukan aku kata x boleh Ijazah dan Diploma Pendidikan ni diteruskan but risikonya kat pelajar tu jugak nanti. Ok. Fine kalau xde penempatan tapi kerajaan perlu kaji jugak, sektor-sektor pekerjaan kalau dia nampak je sijil "PENDIDIKAN" ni pasti dia susah nak terima kita kerja terutamanya sektor swasta. 15 kali orang pikir nak amik or tak student berkelayakan sijil pendidikan ni. Sebab? Sebab dia tau student ni akan chalo bete dari company dia jugak lambat laun lagi-lagi bila dah dapat posting atau dia tau student dengan sijil pendidikan ni hanya nak kerja sementara tunggu posting. So, dalam pikiran sektor-sektor pekerjaan ni, dia dah set... ~ budak ni akan kerja kejap je, pastu akan kerja atas angin ( kurang bagi komitmen), dan paling besar tenaga nak train pekerja tu.~ bukan senang nak train orang baru. Tenaga, masa, duit semua kena labur. Paham semua? Ok good! 


Oleh itu (macam karangan SPM betul dah ni), bakal-bakal guru janganlah nak tuding jari pada mana-mana pihak. Kita x posting bukan sebab KPM dahulukan anak emas dia macam DPLI ni. Takde pun. Kami pun merasa benda-benda ni. Bahkan makin perit dari ISMP dan IPG. Berkorban segala bagai. 


Sekarang ni isu posting bukan salah sapa-sapa. Lambat memang lambat tapi aku pasti lambat laun pasti ada rezeki masing-masing. Walaupun ni bukan rezeki kita maybe rezeki kita kat tempat lain kan. Sapa tau. So,  marilah bersabar wahai hatiku dan hati bakal-bakal guru sekalian. Think positif je. Ni Year End Sales nak mula. Apalagi, yang pompuan-pompuan sekalian boleh tenangkan hati anda yang gundah gulana ngan window shopping JE tau. Sebab poket habuk pun tarak. Hahaha. Window shopping pun 1 terapi jugak tau. Jangan x tau. Hahah. 



(Ihsan: Google)


Rasa macam matang pulak post kali ni. Boleh jadi rujukan menulis esei untuk pelajar-pelajar SPM ni.


CHALO BETE :) 



Lots of Love,
~ Suzzanne ~





Saturday, 19 May 2012

TIPS MENGELAK PELAJAR MENIRU SEMASA EXAM...

** Peringatan: Kepada sesiapa yang sensitif tentang post ini anda boleh tinggalkan komen di bawah atau tekan tanda X di atas. Segala isi di dalam adalah ikhlas dari saya tanpa bertujuan menyakiti mana-mana pihak. Sekian. -Admin-


Hai Ouls...

Selamat bermalam minggu. Banyak benda betol kan aktiviti malam ni. Huargh.. so concern I tau.
Wokeh. Ni biasa la. Cerita sekolah lagi okeh. Nak cerita benda lain tapi macam kurang idea je.

Sekarang ni kan musim periksa pertengahan tahun kan. Dan mungkin ada separuh sekolah tu dah habis exam. Cabaran jugak kan nak jaga exam. Aku dah macam singa betina nak telan buaya je bila jaga exam ni. Kalau dapat kelas yang first tu untunglah. sunyi sepi macam takde orang dalam kelas. Last-last aku lak mengantuk sorang2 kat meja sebab dekat 40 minit tak bercakap kan. ahaha.. tapi kalau rezeki tak kemana, dapat la jaga kelas hujong2 tu, lagi kalau menengah atas form 3, 4 dan 5 tu. dia punya tebiat nak meniru memang melampaui batas-batas kehidopan aku. aku pun meniru gak time belajar dulu. dari sekolah sampaila ke universitas aku meniru je kalau time ujian jela. kalau exam besar tu aku jadi baik. heeeeeeee.. ni pengakuan exclusive ni. hamponnnnnnnn cikgu-cikgu saya dan pensyarah-pensyarah saya sekalian. hahahampon...

tapi

tapi

nak meniru tu beradab gakla. jangan la sampai ketara sangat nampaknya. ni tak, segala mak bapak bunyik budak-budak dok keluarkan. bunyi burung la cicak la ayam la..macam aku taktau bunyi2 tu stand for apa kan. bunyi ayam tu kan A, burung (B), cicak (C).. hek eleh..student2 sekalian simpan je taktik2 meniru.

meniru dah satu bab, ni yang jenis tak boleh duduk diam. pandang sana, pandang sini, goyang sana, goyang sini, mengeliat macam baby.. kinestetik betol kan kau budak.

Oleh sebab aku rasa bukan aku je ada masalah nak handle budak2 meniru + budak tak boleh senyap + budak2 kacau time exam ni, aku pun pegi la korek rahsia cikgu pembimbing aku camne nak handle kan. sebab aku tengok budak2 takot je ngan dia kalau dia jaga exam. ni kira share petua la ni. ahaks!



PETUANYA...

contoh la kan,  budak empunya kertas ni aku reka je (tengok gambo kat bawah ni). kata contoh. cer teka nama sapa tu? huahuahua..kompem scha alyahya marah.

Okeh, contoh la budak nama dibawah ni tak habis2 buat hal time exam sampaikan suara kita nak tegor pon hilang. daya tahan kesabaran pun habis dah. so, kita guna je cara psikologi. takde buang masa, buang tenaga dan sakit hati.






CARANYA

caranya, before exam kan kita dah terang segala mak nenek peraturan jangan meniru, jangan cuba meniru, jangan buat kacau dan jangan kacau orang lain kan. tu wajibla masa kita dah edar kertas before dorang start menjawab tu.

tapi si budak ni tetap jugak ikut kepala dia takmo dengar cakap kan. dia tetap  nak langgar peraturan. so, kita yang cikgu ni jangan la buang masa nak marah2 jerit2 naikkan darah tinggi. kita pergi je kat meja dia bawak pen merah pastu kau tulis la tolak (-) 10 % kat kertas dia. jangan lupa initial pastu letak tarikh. kasi cam real la kau nak tolak markah dia. so, ni namanya ugot secara halus. tengok le contoh kat bawah tu



pastu dia bising ke buat hal lagi. kau pegi lagi kat meja dia pastu kau letak lagi tolak 10% tu..so total dah jadi -20% kan..masa ni mesti budak tu pun kata " apa ni cikgu, nanti saya dapat berapa je nanti"... kau pon remind dia balik "kan cikgu pesan tadi jangan bising, jangan meniru, jangan kacau kawan".. pastu, kau akan nampak la muka tak puas hati dia. takpe2. memang dia akan melawan cakap kau. so, kau biarkan je dia ngan emosi tak stabil dia tu lalu kau tinggalkan dia melayan emosi emo tu dan kau akan tengok kawan-kawan dia yang lain dah mula cuak nak buat bising takot dapat nasib malang macam si budak ni.





dan kalau dia bising lagi buat hal lagi, kau pon kasi markup le tolak2 kau tu..paling maximum pon budak tu kompem bising sampai tolak 40% je sebab dia dah takut dia tak dapat ape2 markah nanti. budak2 ni kan nak dapatkan 100% pon bukan main susah apetah lagi 40%.. so, kalau dah asyik kena tolak je berapa je la tinggal kan. saiko dorang sikit.




Cikgu2 sekalian, lakonan kita tak terhenti sampai situ eh. bila nak dekat abes masa tu kau pon pegi balik kat meja budak2 yang kau tolak markah tadi berserta kertas kosong dan pen.


kau buat macam kat bawah ni. ni kira kau punya simpanan nak bagi kat cikgu dia..konon2 je ni tau tapi kau mesti buat macam real depan budak2 ni. kalau kau takat letak kat kertas dia je memang dia takot tapi takla 100% punya takot sebab dia boleh padam je markah yang kau tolak tu. tula sebabnya kau bawak kertas dan salin nama dia berserta berapa markah budak tu kena tolak. kau konon2 cakapla kat budak tu "cikgu nak bagi kat cikgu kamu"..dorang wat muka kan? kau abaikan je. biarkan dia ngan labunya. tapi kan kau boleh tengok hasil kerja kau untuk sorang budak ni boleh membuatkan seisi kelas jadi taat kat arahan kau sebab budak2 lain dah mula takot tengok kau tolak markah kawan dia.








okeh, ni satu je aku nak share. banyak lagi cara lain kan. marilah share kalau ada. kalau boleh takmo la yang buat kita sakit hati or jerit2..cukop 2 tahun ngajar ada kang suara pon hilang. takmo aku.


owh lupa pulak nak bagitau. kau mesti takot kan nak tulis pakai pen merah tu.nevermind2, kau buat je. nanti kau jumpa cikgu empunya kertas tu dan kau bagitau la reason kau buat benda tu. cikgu tu tak marah punya sebab benda tu untuk kebaikan dan tak datangkan kemudaratan yang negatif pon kan.

p/s: Cara ni bagi aku sesuai dipratikkan kat budak2 form 3, 4 dan 5 je. Form 1 dan 2 ni kita just ugot rampas kertas ke marah2 sikit dia dah takot.  ok?



Okeh la..sampai sini jela eh. nanti kita cerita-cerita lagi.



( kepada student yang baca blog cikgu ni, cikgu tau kamu baik dan takkan meniru kan. so, mintak kerjasama jangan bocorkan rahsia cikgu ni kat kawan-kawan kamu tu lagi2 masa cikgu yang jaga exam kelas kamu ok? Good gurls and boys!)



" Seronok jumpa kawan sekolah rendah tau"




Hak Cipta Terpelihara,
-Suzzanne-







Sunday, 22 April 2012

CERITA BAUCER BUKU 1 MALAYSIA...

** Peringatan: Kepada sesiapa yang sensitif tentang post ini anda boleh tinggalkan komen di bawah atau tekan tanda X di atas. Segala isi di dalam adalah ikhlas dari saya tanpa bertujuan menyakiti mana-mana pihak. Sekian. 

-Admin-




Hai oulss...

semangat betol nak citer pasal BB1M ni eh.baru dapat terus langsaikan kat kedai buku, terus nak cerita-cerita kat blog.mesti ada orang kata "macam kau sorang je dapat" ..aha..peduli apa kan... ingat senang ke nak dapat RM200 free2 macam ni..mestilah nak berlagak citer... 



Susah payah ooo nak dapatkan baucer ni. Sungguh banyak cerita-cerita tragis dan diskriminasi pasal baucer BB1M ni. Patutnya sebelum praktikal lagi dah dapat tapi UPSI dengki. Sori upsi. kena citer kebenarannya. kata UPSI, budak2 DPLI (diploma pendidikan lanjutan ijazah) macam kami ni tak layak dapat sebab kami ada elaun sendiri. siap ada kawan bertikam lidah nak pertahankan hak kami DPLI ni dapat baucer. kesian kami. sangat di anak tiri. kawan2 DPLI kat UiTM dapat je, kami kat UPSI tak dapat le pulak. lalu angan2 kami nak beli buku guna BB1M pon melayang2 la masa tu.

Tup-tup dengar junior DPLI kami dapat baucer ni. WTH??? sunggoh tidak adil. maybe pas ada kawan2 dah gi mogok2 tido kat jalanan UPSI tu baru la dapat baucer ni kot..huhuhu. tu pon ada jugak kawan2 tak dapat amik sebab jauh kan. kami dah keluar dari UPSI tu barulah nak bagi. abes tu kawan kelate, ganu, sabah sarawak maupon saya yang dekat melaka ni bilernya la nak datang tanjung malim semata-mata nak amik baucer ni sedangkan kos tambang pegi balik je dah lebih RM200 tu.. sangat tak berbaloi. simpati kat kawan2 yang jauh tu :(

Okeh..dah abes meluahkan perasaan. ni nak citer hasil tangkapan tadi. siap melebih2 RM200 kau. rasa macam sikit je tapi dah RM214 eh..uit..tu pon ada tak terbeli lagi. hahahaha..sepanjang kaut benda2 ni sibok je tangan sebelah lagi dok kira2 guna calculator hp tu. takot over bajet. pastu dah macam serabut je tolak tambah, tolak tambah sebab kejap jadi amik kejap tak jadi amik pastu aha lantakla..lebih pon lebih la..malas nak kira. dahla sorang2 je shopping... bawak adik2 semua kaki malas nak jalan. 


ni hasil tangkapan kat kedai buku Popular tu... 


stationery ni je aku beli ke?? sikit betol. jangan ditanya ape motif beli stamp pad tu. aku pon blur je masa beli. main amik je. pen ke pensil memang takde beli. penoh dalam pencil case pen2 dapat masa expo ke fair tu.. dalam goody bag kat fair2 mesti ade pen percuma kan. so jimat dah kat situ. hahaha :)



ni pon stamp pad jugak. ni namanye encouragement and recognition stamps.. ala, ni aku nak cop kat buku budak2..ayat2 perangsang la kunun2 tu..nak tulis malas kan. so kita cop2 jela buku budak tu..heheheh



aha..atas ni contoh2 nya..dah rasmi awal2..abes buku adik aku, aku dok cop2 benda ni..hahah..try harder! chayok2! 




Fail pon nak tunjuk ke? 




ni pulak sarung lappy aku. selama ni bogel je lappy aku tu..ni baru nak belikan dia baju. sementara ada duit free ni kan..kalau pakai duit sendiri memang sampai bile2 la lappy tu bogel..



beli buku-buku rujukan ngan buku teks. senang ngajar nanti takyah kecoh2 beli. semua dah prepare awal2..tu pon kalau ajar subjek tu. kalau tak mana nak letak daa buku2 ni...


ni citer buku rujukan jugak.. senang beli macam kat atas ni.. ni siap sisipkan note. takyahla aku susah2 buat note untuk budak2 tu nanti. semua dah ada dalam tu siap latihan lagi. 





dah alang-alang tu, aku pegi la rembat 2 buku ni..haha..baru nak layan MAID tu sedangkan orang lain dah 2 3 kali baca kan.. pastu beli la nobel akak fauziah ashari tu. taktaula besh ke tak citer tu. beli sebab pengarang dia kan glamer ombak rindu tu...bile ntah nak baca. takde masa sebenarnya nak baca. tunggu masa menganggur nanti la kan baru ngadap nobel2 ni...




ahahahah..jangan tak caya okeh.. memang ada dalam senarai bajet aku buku nak belajar jahit ni. aku ni nama je cikgu ert tapi nak jahit habuk pon tak reti..nak belajar malas. aku mengantok tengok jarum2, kain2, mesin jahit semua tu..bukan jiwa aku la jahit2 ni kesimpulannya... tapi buku ni besh pulak aku tengok..murah je RM 17.. siap warna warni tau..tertarik terus aku nak..ada je buku2 lain tapi banyak tulis2 je.. aku nak gambar2 banyak..hehehe...ni last tu... takde lagi kat kedai tu..


buku ni ajar step by step cara nak buat baju kurung..okeh..baju kurung aje..memang aku fokus kat baju kurung je. sebab2 lain beli buku ni kan sebab nanti bole la prektis jahit baju kurung sendiri. takyah tempah2 kat tailor lagi. mahal nau. selai je dah RM40. mahaiiiiiiii mak ai.... baik aku bertatih2 belajar jahit kan. so, nanti sapa2 nak tempah baju sila la..hahahah.. (risiko baju tak jadi tanggong sendiri)




hahaha..aku nak gelak biler tengok tack it ni.. saja je amik gambar asing sebab dia ade citer tersendiri..huhu..masa mula2 pakai ni tercenggang budak2 kelas aku tengok. dorang ingat aku pakai chew gum tampal kertas mahjung tu... huhu..







ni nak guna time kelas relief. tu yang beli tu. cari yang kata silang kata tapi tak jumpa. word  search je banyak. so amik jela kan. dah buat teka teki kat kelas relief tapi bising weh..tak bole diprektikkan sangat kecuali kelas tu semua budaknya bisu. so, aku beli jela buku word search ni, biar dia buat dok senyap2..senang citer.. beli 1 je..pastu potostet je banyak2..senang kan.




botol air ngan komik tu aku beli untuk adik aku yang last. tanya adik2 lain dia kata takmo apa2 sebab dorang pon dah joli sakan ngan RM200 dia tu.. buku komik tu bukan komik doraemon pikacu tu eh..ni buku komik ilmiah..dalam dia citer2 pasal sains tapi versi komik bagi menarik budak2 nak baca. kalau bagi dia buku cerita biasa2 tu, takde nya dia nak layan. nak beli buku origami ke silap mata dia sendiri dah ada..


okehla..cukup sudah ba..esok sekolah. 

BYE2...


"BB1M"


Lots of Love,
-Suzzanne-





Wednesday, 28 March 2012

Bingkisan Kerja Kursus untuk Bakal Guru dan Guru



Hai Ouls..



Dulu kan ada janji nak uploadkan kerja kursus saya sepanjang ambik DPLI kat UPSI tu kan. saja nak share sebab tau mesti ada yang mencari. niat nak tolong. ingat dulu masa buat assignment sakit kepala sebab takde rujukan dan bahan. apa yang diupload ni bukanlah yang terbaik. ni apa yang adoooo je. huhu. macam dah mention sebelum ni, benda-benda ni boleh tengok tapi tak boleh download. kalau yang dapat download tu nasib masing-masing la eh. macik halalkan je. ngeeeeeeeee...

Ada sikit adalah hasil kerja kawan saya ye yang saya letak. ada lagi sebenarnya. sesapa bakal guru, yang ambik pendidikan, guru-guru dan pelajar UPSI yang nak silalah letak pesanan anda kat komen bawah dan email anda. nanti saya send kat korang secara private okeh.

Nah! ambik.. ada banyak. taktau macamane nak namakan. pandai-pandailah korang godak sendiri...klik je kat tajuk tu.


  1. Ulasan Jurnal KPR 4063
  2. Ulasan Jurnal KPR 4063 (Slide PPT)
  3. Jurnal- An Action Research The Effect of Computer- Based Mathematisc on Problem Solving Contact Information
  4. Jurnal- Kajian Keberkesanan Penggunaan TV Pendidikan Melalui Astro Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  5. Laporan Kajian Tindakan- Penggunaan Akronim Untuk Meningkatkan Pengingatan Fakta Sejarah Pelajar Tingkatan Dua
  6. Slide Pembentangan- Laporan Kajian Tindakan- Penggunaan Akronim Untuk Meningkatkan Pengingatan Fakta Sejarah Pelajar Tingkatan Dua
  7. Pemilihan dan Penyimpanan Makanan Kering -ERT Tingkatan 4 (Pembentangan)
  8. Laporan Penuh Aktiviti Pengurusan dan Kokurikulum Persatuan ERT
  9. Rasional Kod Etika Perguruan Direalisasikan- Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia
  10. Rancangan Pengajaran Harian Kokurikulum -Persatuan ERT
  11. Sekolah dan Masyaraat- Kajian Buli Dikalangan Pelajar Sekolah Menengah
  12. Jawapan untuk latihan buku Sekolah dan Masyarakat Prof Madya Dr Amir Hasan Dawi
  13. Soalan Topik Interaksi dalam Pendidikan
  14. Guru dan Sekolah -Slide PPT
  15. Interaksi Dalam Pendidikan
  16. KPT 4033- Inovasi tentang penggunaan teknologi ICT dalam P&P
  17. Persatuan ERT- Nutrisi dan Amalan Pemakanan yang Sihat
  18. Psikologi dalam Pendidikan
  19. KPN 4053- Kerja kursus Pentafsiran Pembelajaran- Mentafsir Skor Markah, Ogif, Pangkat Persentil, Indeks Kesukaran, Indeks Diskriminasi
  20. Analisis dan Penilaian Buku Teks ERT Tingkatan 4
  21. Rancangan Pengajaran Harian ERT- Pemilihan dan Penyimpanan Makanan
  22. Rancangan Pengajaran Tahunan ERT 2012
  23. Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
  24. ERT Tingkatan 2: Pemakanan dan Pengurusan Sajian
  25. Rancangan Pengajaran Harian (Teori)
  26. Rancangan Pengajaran Harian (Amali)
  27. Peralatan Jahitan (ERT)- Slide PPT
  28. Jadual Penentu Kandungan
  29. Pemilihan Stail Pakaian - ERT
  30. RPH Pendekatan Pengajaran Berasaskan Kecerdasan Pelbagai
  31. Pemikiran Kritis dan Kreatif- Teori Otak Triune dan Teori Split Brain
  32. Tugasan Pemikiran Kritis dan Kreatif- Permainan dalam Pembelajaran
  33. VET 4093- Pengurusan Stor, Harta Modal dan Inventori
  34. KPN 4043- Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan NOTA
  35. Carta FILA
  36. Jadual Penentu Kandungan 2
  37. Jadual Penentu Ujian (JPU)
  38. Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah - Slide PPT
  39. Laporan Lawatan Sambil Belajar VET 4093 ke Kolej Komuniti Selayang
  40. JPU dan Pembinaan Item (Soalan Objektif dan Esei)
  41. RPH ERT- Peralatan Jahitan
  42. Pemilihan dan Penyimpanan Makanan Segar- Sayur-sayuran (ERT Tingkatan 4)- Slide PPT
  43. Carta FILA 2
  44. Kepelbagaian Pelajar- Peta konsep, Aras taksanomi Bloom, JPK, RPH, Model Hunter dan Huraian
  45. Rancangan Pengajaran Harian Kepelbagaian Pelajar- Pendekatan Pengajaran Berasaskan Masalah (PBL)
  46. Rancangan Pengajaran Harian Kepelbagaian Pelajar- Kecerdasan Pelbagai (Linguistik)
  47. Rancangan Pengajaran Harian Kepelbagaian Pelajar- Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah
  48. Kepelbagaian Pelajar- Soalan dan jawapan aras sintesis, JPK
  49. Kepelbagaian Pelajar- Jadual Banding Beza
  50. Kepelbagaian Pelajar- RPH Model Hunter- Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)
  51. Kepelbagaian Pelajar- Huraian RPH Model Hunter- Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)
  52. Kepelbagaian Pelajar- RPH Model Hunter- Kecerdasan Pelbagai
  53. Kepelbagaian Pelajar- Huraian RPH Model Hunter- Kecerdasan Pelbagai
  54. Kepelbagaian Pelajar- RPH Model Hunter- Pelajar Cemerlang dan Lemah
  55. Kepelbagaian Pelajar- Huraian RPH Model Hunter- Pelajar Cemerlang dan Lemah
  56. RPH Informal, Soalan dan Jawapan Aras Sintesis
  57. Rancangan Pengajaran Harian Informal
  58. Huraian RPH Informal
  59. Nota Guru- RPH Kepelbagaian Pelajar
  60. ABBM- RPH Kepelbagaian Pelajar
  61. Soalan Tafsiran- RPH Kepelbagaian Pelajar
  62. Nota Guru- RPH Informal Kepelbagaian Pelajar
  63. ABBM- RPH Informal Kepelbagaian Pelajar
  64. Soalan Tafsiran- RPH Informal Kepelbagaian Pelajar

okeh..kot-kot ada lagi nanti saya upload lagi okehh.



" bai bai bai..."



Lots of Love, 
-Suzzanne-








Thursday, 22 March 2012

BUDAK SEKOLAH MISTERI TUMPANG KERETA KU...


** Peringatan: Kepada sesiapa yang sensitif tentang post ini anda boleh tinggalkan komen di bawah atau tekan tanda X di atas. Segala isi di dalam adalah ikhlas dari saya tanpa bertujuan menyakiti mana-mana pihak. Sekian. 

-Admin-


Hai Oulsss..

Macik ni lagi kan.huhuhu. ni kompem citer sekolah lagi kan.huhuh..sori la ye. lately ni semua citer-citer sekolah je. nak buat macamne. tiap hari ada je pengalaman baru aku rasa. Ingatkan harini takmo la post apa-apa sebab harini aku free. takde kelas. cuma ada 1 kelas relief je. pastu aku tolong-tolong cikgu penyelia aku set up untuk jamuan perpisahan esok. so, citer biasa-biasa la kan TAPI....

masa nak balik tadi...(harini saja balik lambat sebab sibok buat rancangan pengajaran plus nak tengok my prektikel partner ngajar tadi) masa tu around 3.30pm. kebanyakkan budak-budak dah balik. berapa kerat je tinggal sebab tunggu bas kot.heeeee..taktaula. aku pon bersaing sama-sama ngan my prektikel partner pegi kat car park. masa turun tangga tu ada perasan sorang budak pompuan tu tengah dudok kat depan tangga tu. tapi idakla kami tanya sebab kami dah tak sabar nak balik. huhu.kat belakang ada sorang cikgu sekolah tu sendiri. dengar-dengar macam ada gak cikgu tu tanya budak tu nama sapa and napa tak balik tapi tak pulak dengar budak tu punya suara. okeh..masuklah kami dalam kereta masing-masing. TETIBE aku nampak dari my car punya side mirror budak tu tadi laju-laju datang kat my car. GULPS!!...apakah? cepat-cepat aku lock keta aku.  tetibe budak tu ketuk tingkap keta aku, aku ni was-was nak bukak. berat hati bukak takot punya pasal kan. mana ada orang kat sekeliling. ada my partner kat dalam keretanya je kan. last-last lepas think positif aku pon bukak. dia kata nak tumpang keta aku. GULPS!!...apakah? aku pon tanya rumah dia kat mana. dia kata tanjung bidara (okeh, memang laluan aku balik tu). pelik sebenarnya. camne budak tu boleh ke keta aku dan macam tau je aku nak balik ikut laluan tu dan bukan pegi ketuk dan tumpang keta my partner. GULPS!!...apakah?

aku pon kata ok..naik la sambil rasa takot. yela.budak-budak sekarang ni menakutkan. dahlah suka main gunting. mana tau budak ni pon suka main gunting gak. nanti tetibe dia tikam aku sia-sia je mati katak. huh! lalu bergerak la kami sambil pesan kat my partner kot-kot apa-apa berlaku kat aku nanti dia tau puncanya. emmm..

dalam kereta budak tu senyap je. dia tak pandang aku.pandang tingkap sebelah dia je. ok. aku yang cuak ni pon mulakan langkah bertanya..

aku: Kenapa balik lambat?
budak tu: Mak saya tak datang ambik
aku: Ayah awak?
budak tu: Ayah saya keja
aku: Keja apa?
budak itu: Nelayan
aku: Tanjung Bidara kat mana rumah awak tu?
budak tu: kat tepi laut (sepanjang tanjung bidara tu semua rumah tepi laut la adik oi) 
aku: nama awak apa?
budak tu: Noramira
aku: Tingkatan berapa?
budak tu: 2E (kelas hujong)
aku: anak ke berapa?
budak tu: ke-2
aku: berapa orang adik beradik?
budak tu: 5
aku: kenapa tak naik bas?
budak tu: takde bas lalu

pastu senyap sampai la nak sampai kawasan rumah dia.
berpatah-patah aku tanya sepatah dua je dia jawab. langsung tak pandang aku. suara pon slow sangat. muka dia macam budak yang takot sangat.

akhirnya sampai gak kat kawasan rumah dia. memang jauh weh. tapi kan, dia suruh aku dropkan dia kat tepi jalan je, maknanya tak sampai rumah dia. biler aku tanya mana rumah, dia kata rumah dia dalam sana. tunjuk merapu-rapu.aku tak nampak apa-apa melainkan ada 1 rumah tu je. tapi dia tak tunjuk rumah tu. okeh. aku pon drop dia. cepat-cepat dia keluar from my car tanpa pandang muka aku dan say "terima kasih cikgu" tanpa pandang my muka jugak dan cepat-cepat jalan macam taknak aku tengok mana arah dia. ok fine.

aku pon balik ngan penuh misteri dan tanda tanya kenapa dia nak tumpang aku dan bukan cikgu yang tanya dia tadi dan kenapa taknak tumpang my partner dan kenapa dia macam takot-takot macam aku gak (tapi aku cover takot) dan kenapa dia berani je nak tumpang cikgu sekolah sebab aku dulu takot je nak tumpang cikgu.kalo cikgu offer pon aku taknak.huh. dan kenapa dia macam taknak aku hantar dia depan rumah dan nak taknak tunjuk arah rumah dia yang betul.

emmm..pastu kan, taktau la nak kata keta aku rosak tu memang rosak. tapi tak sekerap tadi. tadi lepas hantar je budak tu 4 kali aku berenti tepi jalan sebab keta aku sempot tak boleh gerak. memang selama ni selalu gak sempot2 tapi tak sekerap tadi dan dah lama tak sempot pon. okeh2..jangan pikir negatif kan..emm

CITER LAIN
takde kena mengena ngan tajuk diatas pon. ni kisah masa relief tadi. aku jaga kelas tingkatan 3 tadi.kelas sederhana. bukan kelas hujong. masok-masok je aku tengok dorang tengah bezi buat kerja sekolah barangkali. heheh. aku pon tak prektikkan lagi apa-apa games yang aku suggest tu sebab dorang nampak macam bezi ngan keja masing-masing. senang nak handle. warning jangan bising sekali dua je. lega tekak dari menjadi tarzan arini.

biler budak tak nakai aku ni start la jadi bosan pulak. pulak dah kau ni suzan. macam-macam. nakai kau mengomel, bising pon kau mengomel. hadoiiii. penat aku tahan menguap supaya budak-budak tu tak nampak. malu weh menguap budak nampak. ntah apa-apa je cikgu ni kalo menguap depan student kan.

tetiba, datanglah sorang budak pompuan tu ngan kertas dia.aku dah cuak dah. ni mesti nak tanya. jangan soalan aku taktau jawab sudah. mati aku...cakap dalam hati je masa tu sambil buat muka sangat berwibawa (konon).

budak tu: cikgu, ni macamane?
soalannya, 
apakah proses yang berlaku di a) ovari ...b) uterus...c) tiub fallapio...
GULPS!!!.... soklan sains. serius aku tak ingat weh. aku bukan ajar sains pon. mana ada ERT ke KH tu keluar citer sistem pembiakan ni..heeee.. aku tetap buat muka macam hebat dan berwibawa walaupon tak ingat. lama dah tinggalkan alam sekolah dan sains ni.amik degree dulu pon bukan belajar benda-benda ni lagi.

aku yang masih menunjukan muka berwibawa dan serba tahu tu mintak dia amik buku teks dia. aku pon stadi kejap benda tu. takkan aku nak kata cikgu taktau. malu weh. bagi dorang, sorang cikgu tu tahu segala benda. kau ajar salah pon aku rasa dia anggap betul. so, berhati-hati ajela kan. kalau mengaku tak reti tak tau sure student pandang rendah. dan bila dia pandang rendah, dia susah nak hormat kita. maka mulalah kes anak murid perlekehkan cikgu nanti. kan..

okeh..tu je. nak rumus macamne ni? hahaha..aku dah blur. okeh2. cukop la tu kan. asyik aku je nak bercerita hal sekolah ni. macam aku je cikgu yang ada kat dunia ni. heeeeeeee...aku peduli hape kan.

okbai!



"Misteri Nusantara"


Lots of Love,
-Suzzanne-






Wednesday, 21 March 2012

TIPS HANDLE KELAS RELIEF..


** Peringatan: Kepada sesiapa yang sensitif tentang post ini anda boleh tinggalkan komen di bawah atau tekan tanda X di atas. Segala isi di dalam adalah ikhlas dari saya tanpa bertujuan menyakiti mana-mana pihak. Sekian.

 -Admin-



huhu. saja nak share kan. sekarang ni ngajar 10 waktu je tapi kelas relief lebih dari tu. hampir setiap hari kena. nak elak pon tak boleh. masuk jela kelas tu kan. paling besh asal relief je kelas tu nun di atas sana.lalu melangkahlah kite ni naik tangga tu sambil tercungap-cungap berpeloh-peloh ketiak bagai. start esok no more heels okeh. pakai kasut flat2 je. patah kaki weh nak panjat gunung tiap2 hari.

harini kelas mengajar satu je. kelas tingkatan 4. 50% aktif, 50% senyap menguap2 tido ngan selamber..hadoiiiii...dahlah tengahari. ngan aku sekali pon menguap.tapi tu la suzan..dulu kau kat kelas pon tido suka-suka hati tak pikir hati lecturer/ cikgu kau kan..hambik! so, ni nak buat kajian tindakan macamne nak bagi budak tak ngantuk dalam kelas.

aku rasa aku dah tau minor aku apa. KELAS RELIEF is my minor ye.hahaha...memandangkan hampir setiap hari melayan kelas relief aku pikir ni tak boleh jadi. asal masuk kelas je aku jadi huru hara. budak-budak pulak dari first day sampai la ni aku jaga mesti ada main gunting ngan jangka lukis yang tajam tu. pehhh.ni ada mati kes bunoh anak orang ni abes aku. so, pas pikir-pikir macamne nak solve ni problem aku dapat la idea walaupon belom prektikkan lagi. so baru aku buat. harap menjadi la kan.tapi kalo kelas under control, kelas bijak2 yang suka mengadap buku, buat keja sekolah tu rase biarlah mereka ngan dunia mereka kan. ni untuk kelas-kelas hiperaktif tu.bagi dorang senyap sikit.

cara pertama nak senyapkan budak-budak dalam kelas...


TEKA TEKI




bagi TEKA TEKI..korang search la kat internet ni. banyak teka teki ada. cari yang mudah-mudah. jangan yang susah tu korang tanya kat budak tingkatan 1. lagi haru biru kelas. so, ikut kesesuaian teka teki tu. tak relate ngan P& P pon takpe. janji kelas tu under control kan.
boleh jugak klik kat SINI ada pantun teka teki.

ihsan dari adik aku. untong gak ade adik kecik ni. so, aku angkot je buku-buku die ni gi sekolah.setel!



BUAT ORIGAMI


aha. ni jangan soh budak tingkatan 3-5 buat. dorang kutok kau balik kang. ni bagi kat budak-budak kelas hujong je. bagi kertas sorang satu pastu buat la origami. kalo rasa nak lebih-lebih gunakan je kertas recycle balance2 korang buat assignment dulu tu..tapi make sure jangan sampai kelas bersepah. kang kau kena bertanggungjawab pulak.


MAIN SILAP MATA



hahaha..sekali sekala marilah kite jadi ahli silap mata. panggil budak-budak dok depan. biau je dorang bersila kat bawah tu. ko guna je meja kecik dorang tu lalu buat silap mata. tak reti? aku pon tak reti. tapi kan nak belajar tu semua kat hujong jari. so, search saja la. takpon tengok je fuyoo magic kat astro tu.macam aku ni sebab ada adik kecik so ada la buku tu. jadi, aku try menjadi ahli silap mata pasni..huhuhu


CARI PERBEZAAN ANTARA 2 GAMBAR


ni aku kutip dari surat kabar metro. setiap isnin sampai sabtu ada. nasib seisi umah aku pembaca metro ni. so, banyak la jugak aku dapat. cukup untuk 1 kelas je pon :( nak lebih kena cari sendiri kat tenet ni pastu kena kuar budget sendiri macam print color banyak untuk 4 bulan terus.hehehe..


CARI PERKATAAN TERSEMBUNYI


ni pon dapat kat surat kabar metro tu. ni potostet , 1 muka tu boleh bagi 4. so jimat. pastu guna duit elaun yang ado tu pegi la potostet banyak-banyak.


SILANG KATA

dalam metro pon ade tapi susah nau. aku sendiri pon tak reti nak jawab. kalo nak macam biasa bukak je tenet macam-macam ada. yang mudah-mudah senang-senang tu banyak ade.



ok. ni jela aku bole share kat kawan-kawan seperjuangan ni. ni sekadar idea aku yang aku nak share sebab aku paham masalah korang. susah kan nak control kelas. kalo nak terjerit2 tu bole. tapi 4 bulan mampu ke? hilang suara weh. jadi bisu pulak nanti sebab anak tekak tertanggal.hehe..

UPDATE:
ni pendapat aku je. aku gunakan cara yang mudah dan murah dan free cost je untuk student aku .  yang simple2 je untuk dorang. kalo bagi chess takot dorang buat baling2 je benda tu. korang boleh je buat ape2 games depends on your students. . macam2 games boleh buat. bak kata cikgu zila, buat sudoku. kat surat kabar The Star bahagian karton2 tu ada sudoku. potong je pastu bagi student anda. jimat kan?




"sharing is caring"


Lots of Love,
-Suzzanne-






Tuesday, 20 March 2012

TIPS MENGENALI PELAJAR ANDA


** Peringatan: Kepada sesiapa yang sensitif tentang post ini anda boleh tinggalkan komen di bawah atau tekan tanda X di atas. Segala isi di dalam adalah ikhlas dari saya tanpa bertujuan menyakiti mana-mana pihak. Sekian. 

-Admin-



huhhhh..citer cikgu lagi ke? aha la. dah ni je keja aku sekarang. balik rumah pun tak ke mana tak buat ape2 yang besh nak citer.

harini my second day dah sekolah kan. good2. datang lewat lagi :( . dah hampir seiring ngan budak datang lewat. nasib tak kena rotan ngan cikgu disiplin je tadi.huhuhu


harini jugak I dah dapat timetable. selasa bezi nauuuu..aha la. today la selasa tu. khamis ngan jumaat je free tapi idakle boleh goyang kaki. ada gak masuk kelas relief.

harini jugak aku berkenalan ngan anak murid aku. ajar tingkatan 2 ngan 4. total ada 3 kelas under saya ye.so far, mereka ni tak macam budak tingkatan 1 semalam. ni kira ok dah.aku takde jerit2 terlolong. semua under control. hehe. cuma my student sangat aktif bertanya. ada je nak tanya. 3-3 kelas aku masuk 3-3 kelas la request nak masak. minat nau ko masak kan. nanti la weh.kite belajar elektronik dulu. huarhhhh... aku dulu pon fail nak pasang benda2 elektronik ni apetah lagi nak ajar. nak belajar balik katod anod perintang led suis pateri semua tu. nasib la. jadila cikgu multipepes kan.

harini gak hari pertama anak murid aku buat hal. daripada 13 orang 5 je masuk kelas. cam nak nangis je aku. lain semua ponteng. takpe2. Sabar Suzan sabar.....

harini jugak aku rasa bersyukur ngan kehidupan dan keluarga aku. biarpun kami tak kaya tapi mak pak aku tetap sayang kami semua dan keluarga kami bahagia walaupun mak saya kuat merajuk. hahaha..

harini jugak aku berkenalan dan memahami student aku. aku tau famili dorang ni kebanyakkan orang susah. aku nak jugak tau latar belakang keluarga dorang. so, untuk tak buat dorang segan, rendah diri dan malu nak citer aku pon amik alternatif ngan berkenalan pakai kertas. so, aku mintakla dorang tulis kat kertas biasa2 je nama penuh dorang, nama makpak dia, keja makpak dia, anak keberapa dan kawasan tempat tinggal. bagi aku tu je cara aku nak kenal pelajar aku secara dekat.

( ni biodata student-student aku)

kesimpulannya, hampir keseluruhan pelajar aku dari golongan makpak berpendapatan rendah. ada keja kilang, ada buruh. ada petani, ada mak pak dah meninggal, ada mak pak tak keja sebab dah tua. pastu majoriti adik beradik ramai dan kecik-kecik lagi. ada sorang tu baru je dapat adik 3 hari lepas. how sweet kan...

dan bukan niat aku nak mempersendakan anak murid aku tapi aku rasa better aku share apa yang aku rasa dan alami ni. tak semua lahir kat dunia ni perfect kehidupannya kan. emm. masa aku mintak semua pulangkan kertas biodata dorang tu (dorang kata tulis biodata) , ada sorang budak tu dok belakang aku. lama.... pas semua kawan dia dah setel pass kertas kat aku, dia pon slow-slow cakap.. 
"cikgu, saya punya lain" sambil was-was nak bagi kertas. aku pon ingat budak ni main2 ke hape kan.nak hangin sebentar dah tadi. pastu dia kata 
"ayah saya yang jaga saya sekarang tak sama ngan yang binti tu cikgu".aku pon cakap kenapa dan dalam pikiran aku aku assume mak dia kawin lain je. still lagi dia berdolak dalih nak bagi kertas tu.
" ayah ngan mak saya buang saya cikgu..." aku terus terkedu..
"mak ayah saya buang saya 2 tahun lepas cikgu.dorang kata taknak bela saya lagi.dia buang saya dan tak suruh saya cari dorang" serius aku nak nangis. tapi aku tahan weh. dalam hati terpikir sampainya hati makpak dia ni. sekarang dia tinggal ngan orang yang sudi nak jaga dia. takde talian darah pon ngan dia. see..how kejam makpak dia. aku tengok budak tu taklah nakal sangat pon.dan aku taknak runsingkan dia ngan soalan2 aku. jadi aku takde la tanya kenapa dia dibuang. maybe one day aku akan tau puncanya sendiri tanpa perlu tanya dia kan. emmm.still lagi terngiang2 suara budak tu cakap saya anak terbuang cikgu...

ada sorang anak murid ni jugak, aku taktau la kan sebab aku taknak pakse dia or tanya dia soalan2 sensitif ni. kisahnya, namanya contohnya je tau SITI BINTI ABDULLAH. ok fine. NAMA AYAH : SULAIMAN BIN ABU. erk???nama ayah dia tak sama tapi if penjaga dorang akan letak NAMA PENJAGA BUKAN NAMA AYAH. emm... aku nak tanya tapi aku rasa korang tau kenapa aku tak tanya kan..emmm..aku taknak assume benda yang buruk-buruk tapi aku takut kalo aku judge dia ngan benda yang tak sepatutnya, aku kejam sangat kan. emmm. budak ni tingkatan 2 semuanya. tingkatan 4 tak sempat nak berkenalan sebab 5 orang je masuk kelas aku tadi.

emmm..satu hari cukup membuatkan aku bukak mata besar-besar bahawa tak semua sempurna kehidupannya dan buatkan aku bersyukur ngan apa aku ada. hope aku ikhlas to be a teacher.

p/s: takde niat nak memperkotak katik kan sape-sape.. just nak share saja....



" I LOVE TO BE A TEACHER"



Lots of Love,
-Suzzanne-

Sunday, 18 March 2012

ESOK HARINYA...


** Peringatan: Kepada sesiapa yang sensitif tentang post ini anda boleh tinggalkan komen di bawah atau tekan tanda X di atas. Segala isi di dalam adalah ikhlas dari saya tanpa bertujuan menyakiti mana-mana pihak. Sekian. 

-Admin-




hai ouls

ahad eh hari ni? esok isnin eh? uittttttttt..mak nebes u. esok dah masok sekolah. takot nak mengadap cikgu-cikgu dan murid-murid nya..takot dapat yang superaktif ni pening kepala aku nak handle nanti. kena praktis jadi CIKGU SINGA nampaknye.kalau tak memang budak-budak yang ragging aku nanti. 

preparation macam biasa korang tengok cikgu-cikgu gi sekolah..secara mental je belum betul-betul sedia sebab   first time ngajar anak orang. plus lama nau dah tak dok kat sekolah. last masa tingkatan 5  8/9tahun lepas. betol tidak aku kire ni. tu pon time-time jadi student je. takde kisah dah ape berlaku kat sekelilng melainkan bersuka ria ngan kawan-kawan sekelas.

Buku Rancangan Mengajar Harian. ingat lagi dulu cikgu suka je pukol budak-budak pakai buku ni. selalu je tengok cikgu dok jinjing buku ni ke hulu ke hilir. dah le berat. memang berat pon weh. tu yang sedap cikgu nak balun budak pakai buku ni.takyah buang duit beli rotan. huhh. buku ni macam diari weh. hilangnya tiada ganti. tapi kosong lagi.belom tulis apa-apa lagi.heeeeeeee :)

nampak atas tu apa. kaki sapa la buruk tu..siap ade selulit.hahaha. abaikan selulit yang berlingkau tu. (malu). saja nak tunjuk urat tu. takdenya orang kata putih melepak sampai nampak urat. karut je. ni urat belakang lutut tu.keluar kau urat time pakai heels kat bawah ni. 2 inch je kot. die punya timbul takot aku nak pakai. tapi nak buat macamne kan. ni je kasut uniform aku gi sekolah esok. 

satu masalah bila pakai kasut tumit plus bertutup ni kaki melecet. tapi masa mula-mula pakai la. selama ni pakai yang jenis kain je kasut. takde pakai kulit.tu pon bukan heel gitu. so ni first time. harap kaki macik ni ok la. risau gak melecet. tak minat pakai stokin ni.rimas u. 

so, nak elakkan melecet kat bahagian belakang tu, aku pon amik inisiatif sendiri. first time pakai. ni namanya heel grips. murah je benda ni. kat gurdian baru RM6 lebih-lebih. tapi kalo kat tesco dia mahai sikit. RM13++ tak silap la. bole je kasut lelaki pakai benda ni. 
dah biler keluar je dari plastik dapat la bendanya macam kat bawah ni. gambar ori lupa nak amik tapi sama je ngan kat bawah ni. jenis leather.
Pastu tampal je kat belakang kasut macam kat bawah tu. siap. pas 8 jam bole pakai. selesa dari biasa. hehe..macam duta scholl pulak dah ni. ngeeeeeeeee.. :)


abes citer kasut. ni citer barang nak bawak esok pulak. pencil box tu semua ada. macam kedai stationery dah. tak pernah aku dok angkut benda-benda banyak macamni. selalu gi kelas ke sekolah sekadar pensil dan pen je. pastu angkut buku mengajar, buku teks, buku rujukan, sukatan pelajaran, buku note..hambik! pastu jangan ada kes takde barang. malas nak patah balik kat umah. huhuhu

  baju pon done! iron untuk 5 hari terus. puas hati. ni pon dah susun ikot hari. takot terulang pakai. biarlah rotate kan. dulu time belajar ada aku kisah nak ulang baju. tapi ni kat sekolah payah nak buat keja macam tu. nanti anak murid kata cikgu takde baju pulak. bukan dia sedar pon cikgu dia ni miskin takde duit beli baju. hehehe. 


okeh. citer biasa-biasa je. dah kena tido. awal u. kol 10.30 dah tido. belom pernah dibuat aku. dulu keja pon kol 12 gak jengah bilik tido. ni bahana nak kena bangun awal. mekap je dah berapa lama. hantar adik gi sekolah lagi (menjadi tanggungjawab aku sebagai bas sekolah  setiap pagi okeh).nak drive lagi. banyak aspek kena pikir ni..huahuahua. bye!


" tido awal,bgn awal"


Lots of Love,
-Suzzanne-