Saturday, 19 May 2012

TIP MENGELAK PELAJAR MENIRU SEMASA EXAM...



Hai Ouls...

Selamat bermalam minggu. Banyak benda betol kan aktiviti malam ni. Huargh.. so concern I tau.
Wokeh. Ni biasa la. Cerita sekolah lagi okeh. Nak cerita benda lain tapi macam kurang idea je.

Sekarang ni kan musim periksa pertengahan tahun kan. Dan mungkin ada separuh sekolah tu dah habis exam. Cabaran jugak kan nak jaga exam. Aku dah macam singa betina nak telan buaya je bila jaga exam ni. Kalau dapat kelas yang first tu untunglah. sunyi sepi macam takde orang dalam kelas. Last-last aku lak mengantuk sorang2 kat meja sebab dekat 40 minit tak bercakap kan. ahaha.. tapi kalau rezeki tak kemana, dapat la jaga kelas hujong2 tu, lagi kalau menengah atas form 3, 4 dan 5 tu. dia punya tebiat nak meniru memang melampaui batas-batas kehidopan aku. aku pun meniru gak time belajar dulu. dari sekolah sampaila ke universitas aku meniru je kalau time ujian jela. kalau exam besar tu aku jadi baik. heeeeeeee.. ni pengakuan exclusive ni. hamponnnnnnnn cikgu-cikgu saya dan pensyarah-pensyarah saya sekalian. hahahampon...

tapi

tapi

nak meniru tu beradab gakla. jangan la sampai ketara sangat nampaknya. ni tak, segala mak bapak bunyik budak-budak dok keluarkan. bunyi burung la cicak la ayam la..macam aku taktau bunyi2 tu stand for apa kan. bunyi ayam tu kan A, burung (B), cicak (C).. hek eleh..student2 sekalian simpan je taktik2 meniru.

meniru dah satu bab, ni yang jenis tak boleh duduk diam. pandang sana, pandang sini, goyang sana, goyang sini, mengeliat macam baby.. kinestetik betol kan kau budak.

Oleh sebab aku rasa bukan aku je ada masalah nak handle budak2 meniru + budak tak boleh senyap + budak2 kacau time exam ni, aku pun pegi la korek rahsia cikgu pembimbing aku camne nak handle kan. sebab aku tengok budak2 takot je ngan dia kalau dia jaga exam. ni kira share petua la ni. ahaks!



PETUANYA...

contoh la kan,  budak empunya kertas ni aku reka je (tengok gambo kat bawah ni). kata contoh. cer teka nama sapa tu? huahuahua..kompem scha alyahya marah.

Okeh, contoh la budak nama dibawah ni tak habis2 buat hal time exam sampaikan suara kita nak tegor pon hilang. daya tahan kesabaran pun habis dah. so, kita guna je cara psikologi. takde buang masa, buang tenaga dan sakit hati.






CARANYA

caranya, before exam kan kita dah terang segala mak nenek peraturan jangan meniru, jangan cuba meniru, jangan buat kacau dan jangan kacau orang lain kan. tu wajibla masa kita dah edar kertas before dorang start menjawab tu.

tapi si budak ni tetap jugak ikut kepala dia takmo dengar cakap kan. dia tetap  nak langgar peraturan. so, kita yang cikgu ni jangan la buang masa nak marah2 jerit2 naikkan darah tinggi. kita pergi je kat meja dia bawak pen merah pastu kau tulis la tolak (-) 10 % kat kertas dia. jangan lupa initial pastu letak tarikh. kasi cam real la kau nak tolak markah dia. so, ni namanya ugot secara halus. tengok le contoh kat bawah tu



pastu dia bising ke buat hal lagi. kau pegi lagi kat meja dia pastu kau letak lagi tolak 10% tu..so total dah jadi -20% kan..masa ni mesti budak tu pun kata " apa ni cikgu, nanti saya dapat berapa je nanti"... kau pon remain dia balik "kan cikgu pesan tadi jangan bising, jangan meniru, jangan kacau kawan".. pastu, kau akan nampak la muka tak puas hati dia. takpe2. memang dia akan melawan cakap kau. so, kau biarkan je dia ngan emosi tak stabil dia tu lalu kau tinggalkan dia melayan emosi emo tu dan kau akan tengok kawan-kawan dia yang lain dah mula cuak nak buat bising takot dapat nasib malang macam si budak ni.





dan kalau dia bising lagi buat hal lagi, kau pon kasi markup le tolak2 kau tu..paling maximum pon budak tu kompem bising sampai tolak 40% je sebab dia dah takut dia tak dapat ape2 markah nanti. budak2 ni kan nak dapatkan 100% pon bukan main susah apetah lagi 40%.. so, kalau dah asyik kena tolak je berapa je la tinggal kan. saiko dorang sikit.




Cikgu2 sekalian, lakonan kita tak terhenti sampai situ eh. bila nak dekat abes masa tu kau pon pegi balik kat meja budak2 yang kau tolak markah tadi berserta kertas kosong dan pen.


kau buat macam kat bawah ni. ni kira kau punya simpanan nak bagi kat cikgu dia..konon2 je ni tau tapi kau mesti buat macam real depan budak2 ni. kalau kau takat letak kat kertas dia je memang dia takot tapi takla 100% punya takot sebab dia boleh padam je markah yang kau tolak tu. tula sebabnya kau bawak kertas dan salin nama dia berserta berapa markah budak tu kena tolak. kau konon2 cakapla kat budak tu "cikgu nak bagi kat cikgu kamu"..dorang wat muka kan? kau abaikan je. biarkan dia ngan labunya. tapi kan kau boleh tengok hasil kerja kau untuk sorang budak ni boleh membuatkan seisi kelas jadi taat kat arahan kau sebab budak2 lain dah mula takot tengok kau tolak markah kawan dia.








okeh, ni satu je aku nak share. banyak lagi cara lain kan. marilah share kalau ada. kalau boleh takmo la yang buat kita sakit hati or jerit2..cukop 2 tahun ngajar ada kang suara pon hilang. takmo aku.


owh lupa pulak nak bagitau. kau mesti takot kan nak tulis pakai pen merah tu.nevermind2, kau buat je. nanti kau jumpa cikgu empunya kertas tu dan kau bagitau la reason kau buat benda tu. cikgu tu tak marah punya sebab benda tu untuk kebaikan dan tak datangkan kemudaratan yang negatif pon kan.

p/s: Cara ni bagi aku sesuai dipratikkan kat budak2 form 3, 4 dan 5 je. Form 1 dan 2 ni kita just ugot rampas kertas ke marah2 sikit dia dah takot. senang uros melainkan budak2 tu memang spesis kurang ajar. setakat nakal tu mudah2 gitu je nak urus. ok?



Okeh la..sampai sini jela eh. nanti kita cerita-cerita lagi.



( kepada student yang baca blog cikgu ni, cikgu tau kamu baik dan takkan meniru kan. so, mintak kerjasama jangan bocorkan rahsia cikgu ni kat kawan-kawan kamu tu lagi2 masa cikgu yang jaga exam kelas kamu ok? Good gurls and boys!)



" Seronok jumpa kawan sekolah rendah tau"




Hak Cipta Terpelihara,
-Suzzanne-







Friday, 18 May 2012

BANYAK BENDA NAK CERITA..



Hai Oulssssss...

Banyak benda nak cerita story mory tapi tengah cari mood and masa... sat lagi cheq cerita na..


Bye bye bye...



Hak Cipta Terpelihara,
-Suzzanne-

Monday, 30 April 2012

CERITA 1001 MALAM...



Hai Ouls...

Propa kan tajuk..taktau nak letak tajuk ape lagi dah.. heeeee :)
walaupon tajuk macam hikayat maharajamerong ke apa, tapi isipati sama je. citer sekolah. bosan? rileks le. tak suka boleh tekan pangkah kat atas nun sana. hehe..takde paksaan nak baca. kejam tak? hahaha

ada benda nak cerita tapi taktau camne nak susun cerita. so, kita mulakan dengan layan gambar kat bawah tu na.








gambar masak dan makan-makan sekali ngan anak murid (bukan anak murid kelas saya ). ramai dah komplen-komplen kata " kau pegi sekolah ni ngajar ke masak" dan setiap tula aku explain. mengajar la weh.. seminggu 10 waktu ngajar. kalau tak ngajar, kena pulak jaga kelas relief (kelas yang cikgu dia mc ke cuti ke ponteng ke). Aku kan cikgu ERT (Ekonomi rumahtangga) dan guru pembimbing aku memang cikgu katering dan penyajian yang sangat rajin buat eksperimen masak-masak lalu kami la jugak makan. contohnya buat pau, kuih apam gula hangus, dan agar-agar (semua gambar dah tepek kat fesbuk akak kau ni)..ok.reason, bile ade majlis ke ape, kami bolehlah hidang makanan yang kami dah prektis buat. dan kadang2 tu masak-masak makan sebab ada nasi lebih jamuan semalam ke, ada sayur-sayur lebih ke..so dari dibiar busuk dan rosak, adalah lebih baik dimasak dan dimakan kan. hehehe. biasela duniawi guru ert dan katering ni. dapur adalah medan utama kami. hehehe



Mesti ramai geng-geng fesbuk dah tau cerita kat atas ni kan... huhuhu.. aku paling fobia biler dapat kelas relief ni. lagi-lagi la kalo dapat jaga kelas Tingkatan 1E. huh. siap mention kelas sekali tu. kalau ada berminat sila la mai kelas 1E ni. die punya halabaunya memang tak terkata. budak2 dia nakal memang tak ingat dunia. hati aku memang panas kalau dapat relief kelas ni. 40 minit ibarat 40 tahun. tak terungkap nakal dia.dan disebabkan selalu dapat kelas tu, aku dah boleh hafal semua nama budak-budak nakal dalam kelas tu. 

sambung citer atas tu, ingat tak entri aku cara-cara handle kelas relief tu, aku dah try dah. teka teki tolonglah jangan diamalkan kat kelas budak2 kecik tingkatan 1. macam tsunami melanda weh. siap cikgu sebelah mai datang kelas tegoq kata bising. okeh. fine. pasni buat kat kelas budak2 bisu je. hehehe. 

pastu try buat cari benda sama tapi tak serupa tu. menjadi sikit je. bising tetap bising. dia pi gado ngan kawan-kawan dok berebot sebab aku kata sapa cepat cikgu belanje ice blended (nanti aku citer pasal ice blended okeh). macam ribut budak2 buat benda tu sebab ada habuan kan. last-last aku pilih 12 orang je. takkan nak 1 kelas tu, boleh benkrup aku weh. dahle ice blended tu singgit satu. kalo 12 kan dah RM12. kalo 1 kelas dah RM40 agaknye. aku ni dahle cikgu tak bergaji. duit pon dok jimat2 simpan. heeeeeee... pastu aku dok pikir-pikir tak boleh jadi ni bagi ice blended.. melampau nau. so, aku bawak le bapak aku gi tesco tu beli air kotak. setel! haha. esoknya budak2 datang cari aku menuntut ice blended tapi dapat air kotak pulak. pandai weh. siap komplen " cikgu kata ice blended, air kotak buat ape" hamboi..cam nak cubit je mulot tu. 

pas dah pikir akan benkrup kalo prektikkan benda tu, aku pon pikir-pikir lagi. aha! idea! ahahah..sila buat intonasi anda sendiri semasa membace ye. aku pon download citer ntah apa-apa citer kat laptop pastu aku hangkot budak2 ni pegi bilik tayang. heyaaa! kite tengok wayang ye. keputusannya: MENJADI DAN BERJAYA! senyap budak2 tengok movie tu. aku halau balik pon takmo. hahaha. nextime boleh try lagi tapi kan tapi tapi cikgu2 yang tua ni malas nak panjat kelas tinggi tu suka amik bilik tayang. pemalas punya cikgu2 tau. asyik dia je pakai. aku dah book bilik pon dia boleh padam nama aku tau. jahat nau kau semata-mata nak guna bilik tu.


citer anak murid aku pulak. aku kan ada 2 kelas tingkatan 2 dan 1 kelas tingkatan 4. tingkatan dua ni kelasnya kategori  budak nak dekat2 pandai ngan budak yang separuh pandai separuh tak dan yang tingkatan 4 tu budaknya kunun2 dah besar so die berlagak dan kurang ajau banyak. takde istilah sikit kat sini. kurang ajar dan nakal 2 benda yang memang akan menghantui cikgu2 sekolah. dan kedua-dua benda ni aku tak berapa nak suka sangat. heeeeeeee... 

semenjak aku datang mengajar kat sekolah ni until la ni, cuma sekali je kedatangan  tu full. tu pon pas aku gi round2 sekolah kutip budak2 ni. dia punya berani ponteng tak macam kita dulu. aku dulu pon ponteng kelas gak tapi bukannya gi sorok kat celah2 hutan ke apa. aku dulu ponteng kelas secara bermaruah. haha. jumpa la mana2 cikgu pastu tanya ade keja nak buat ke tak semata-mata takmo masok kelas cikgu sekian2 tu sebab tak minat. hehehe.

korang tengok jela kat bawah tu..ada je telur itik kat setiap kolum kedatangan tu. ni aku buat sendiri sebab aku nak kenalpasti muka2 dan nama2 yang malas masok kelas aku tu. so, secara otomatik yang kaki monteng tu jadi mangsa setiap kali aku tanya soklan. nasib kau la kan. sapa soh monteng




budak-budak ni pandai walaupun tak pandai. aha.pandai2la korang paham maksud aku tu. selain dia memilih cikgu dia minat baru dia masuk kelas, dorang ni pon pilih topik. ni yang aku perasan. macam form 2 sekarang aku ngah ajar tajuk lukisan taknik. budak2 ni lagi2 tang yang laki memang minat kelas lukisan teknik nak dibandingkan ngan topik elektronik yang aku sendiri pon tak minat tu. hehe. budak2 ni jadi sangat aktif pulak biler kelas lukisan teknik. rajin bertanya, rajin menjawab soklan walaupon aku tak suruh. rajin mencuba..sangat2 good gurls n good boys.. tapi bagi yang tak "nampak" lukisan teknik ni, dia memang takmo masok kelas aku. keja tak siap. so, aku cuma fokus kat budak2 ni je. yang dah pandai dan minat tu aku biaq dia belajaq ngan kawan-kawan dia je. kalo ikot malas memang aku lepas tangan je. biaq pi depa paham ke tak kan. tapi aku tau dorang ni sebenarnya nak belajar. sebab aku tengok dia jadi jeles bile aku panggil kawan-kawan dia arkitek la, engineer la. so, aku pon tarik depa ni slow2 sampai depa paham apa aku ajaq dan resultnya dorang yang lemah ni dah jadi hebat.. well done suzan! hehehe.. puji diri sendiri sebab objektif dan matlamat tercapai. heeeeeeeee

lagi satu, apa yang aku perhati kan (aku kan rajin memerhati), budak2 ni suka dan bagi kerjasama bila kita kata camni..

kelas lukisan teknik form 2:

AKU::: ada tak arkitek2 nak jawab soklan ni ...

berebut-rebut nak jawab soklan aku ni walaupun bile yang jawab tu mengarot ke laut semua..tapi good try kan. sekurang-kurangnya dorang ni ada usaha dan semangat nak jadi bakal arkitek :) 




"selamat hari pekerja pada yang bercuti esok dan selamat mengumpul double gaji pada sesiapa yang keja pada hari pekerja"





Lots of Love,
-Suzzanne-






Sunday, 22 April 2012

CERITA BAUCER BUKU 1 MALAYSIA...





Hai oulss...

semangat betol nak citer pasal BB1M ni eh.baru dapat terus langsaikan kat kedai buku, terus nak cerita-cerita kat blog.mesti ada orang kata "macam kau sorang je dapat" ..aha..peduli apa kan... ingat senang ke nak dapat RM200 free2 macam ni..mestilah nak berlagak citer... 



susah payah ooo nak dapatkan baucer ni. sunggoh banyak cerita-cerita tragis dan diskriminasi pasal baucer BB1M ni. patutnya sebelum prektikal lagi dah dapat tapi UPSI dengki. sori upsi. kena citer kebenarannya. kata UPSI, budak2 DPLI (diploma pendidikan lanjutan ijazah) macam kami ni tak layak dapat sebab kami ada elaun sendiri. siap ada kawan bertikam lidah nak pertahankan hak kami DPLI ni dapat baucer. kesian kami. sangat di anak tiri. kawan2 DPLI kat UiTM dapat je, kami kat UPSI tak dapat le pulak. lalu angan2 kami nak beli buku guna BB1M pon melayang2 la masa tu.

Tup-tup dengar junior DPLI kami dapat baucer ni. WTH??? sunggoh tidak adil. maybe pas ada kawan2 dah gi mogok2 tido kat jalanan UPSI tu baru la dapat baucer ni kot..huhuhu. tu pon ada jugak kawan2 tak dapat amik sebab jauh kan. kami dah keluar dari UPSI tu barulah nak bagi. abes tu kawan kelate, ganu, sabah sarawak maupon saya yang dekat melaka ni bilernya la nak datang tanjung malim semata-mata nak amik baucer ni sedangkan kos tambang pegi balik je dah lebih RM200 tu.. sangat tak berbaloi. simpati kat kawan2 yang jauh tu :(

Okeh..dah abes meluahkan perasaan. ni nak citer hasil tangkapan tadi. siap melebih2 RM200 kau. rasa macam sikit je tapi dah RM214 eh..uit..tu pon ada tak terbeli lagi. hahahaha..sepanjang kaut benda2 ni sibok je tangan sebelah lagi dok kira2 guna calculator hp tu. takot over bajet. pastu dah macam serabut je tolak tambah, tolak tambah sebab kejap jadi amik kejap tak jadi amik pastu aha lantakla..lebih pon lebih la..malas nak kira. dahla sorang2 je shopping... bawak adik2 semua kaki malas nak jalan. 


ni hasil tangkapan kat kedai buku Popular tu... 


stationery ni je aku beli ke?? sikit betol. jangan ditanya ape motif beli stamp pad tu. aku pon blur je masa beli. main amik je. pen ke pensil memang takde beli. penoh dalam pencil case pen2 dapat masa expo ke fair tu.. dalam goody bag kat fair2 mesti ade pen percuma kan. so jimat dah kat situ. hahaha :)



ni pon stamp pad jugak. ni namanye encouragement and recognition stamps.. ala, ni aku nak cop kat buku budak2..ayat2 perangsang la kunun2 tu..nak tulis malas kan. so kita cop2 jela buku budak tu..heheheh



aha..atas ni contoh2 nya..dah rasmi awal2..abes buku adik aku, aku dok cop2 benda ni..hahah..try harder! chayok2! 




Fail pon nak tunjuk ke? 




ni pulak sarung lappy aku. selama ni bogel je lappy aku tu..ni baru nak belikan dia baju. sementara ada duit free ni kan..kalau pakai duit sendiri memang sampai bile2 la lappy tu bogel..



beli buku-buku rujukan ngan buku teks. senang ngajar nanti takyah kecoh2 beli. semua dah prepare awal2..tu pon kalau ajar subjek tu. kalau tak mana nak letak daa buku2 ni...


ni citer buku rujukan jugak.. senang beli macam kat atas ni.. ni siap sisipkan note. takyahla aku susah2 buat note untuk budak2 tu nanti. semua dah ada dalam tu siap latihan lagi. 





dah alang-alang tu, aku pegi la rembat 2 buku ni..haha..baru nak layan MAID tu sedangkan orang lain dah 2 3 kali baca kan.. pastu beli la nobel akak fauziah ashari tu. taktaula besh ke tak citer tu. beli sebab pengarang dia kan glamer ombak rindu tu...bile ntah nak baca. takde masa sebenarnya nak baca. tunggu masa menganggur nanti la kan baru ngadap nobel2 ni...




ahahahah..jangan tak caya okeh.. memang ada dalam senarai bajet aku buku nak belajar jahit ni. aku ni nama je cikgu ert tapi nak jahit habuk pon tak reti..nak belajar malas. aku mengantok tengok jarum2, kain2, mesin jahit semua tu..bukan jiwa aku la jahit2 ni kesimpulannya... tapi buku ni besh pulak aku tengok..murah je RM 17.. siap warna warni tau..tertarik terus aku nak..ada je buku2 lain tapi banyak tulis2 je.. aku nak gambar2 banyak..hehehe...ni last tu... takde lagi kat kedai tu..


buku ni ajar step by step cara nak buat baju kurung..okeh..baju kurung aje..memang aku fokus kat baju kurung je. sebab2 lain beli buku ni kan sebab nanti bole la prektis jahit baju kurung sendiri. takyah tempah2 kat tailor lagi. mahal nau. selai je dah RM40. mahaiiiiiiii mak ai.... baik aku bertatih2 belajar jahit kan. so, nanti sapa2 nak tempah baju sila la..hahahah.. (risiko baju tak jadi tanggong sendiri)




hahaha..aku nak gelak biler tengok tack it ni.. saja je amik gambar asing sebab dia ade citer tersendiri..huhu..masa mula2 pakai ni tercenggang budak2 kelas aku tengok. dorang ingat aku pakai chew gum tampal kertas mahjung tu... huhu..biasala.sekolah luar bandar kan. kalau kat tengah bandar tu selalu le dia tangok benda ni...







ni nak guna time kelas relief. tu yang beli tu. cari yang kata silang kata tapi tak jumpa. word  search je banyak. so amik jela kan. dah buat teka teki kat kelas relief tapi bising weh..tak bole diprektikkan sangat kecuali kelas tu semua budaknya bisu. so, aku beli jela buku word search ni, biar dia buat dok senyap2..senang citer.. beli 1 je..pastu potostet je banyak2..senang kan.






botol air ngan komik tu aku beli untuk adik aku yang last. tanya adik2 lain dia kata takmo apa2 sebab dorang pon dah joli sakan ngan RM200 dia tu.. buku komik tu bukan komik doraemon pikacu tu eh..ni buku komik ilmiah..dalam dia citer2 pasal sains tapi versi komik bagi menarik budak2 nak baca. kalau bagi dia buku cerita biasa2 tu, takde nya dia nak layan. nak beli buku origami ke silap mata dia sendiri dah ada..


okehla..cukup sudah ba..esok sekolah. (malassssssssssssssssssss......)...

BYE2...


"BB1M"


Lots of Love,
-Suzzanne-





Monday, 16 April 2012

CERITA SEBULAN MENGAJAR KAT SEKOLAH...




Hail Oulssss...

Rasa macam lama je tak update kan.huhhh..bezi kau.sibok ngajar padahal 10 waktu je. lebih2 sebab kelas relief ngan aktiviti sekolah yang tak habis-habis tu. baru minggu ni rasa aman damai sikit.

actually dah masuk minggu ke 5 dah praktikal.yuhuuuuuuuuuuu!!!.. ada lagi 11 ke 12 minggu lagi abes. gembira hati ni.

ni citer kronologi jela ap aku buat kat sekolah ye. ngajar macam biasa la. minggu pertama je jadi cikgu senyum budiman pastu dah jadi macam harimau belang tambah harimau kumbang dah. no more main-main, kurang ajar, malas-malas dan ngantok-ngantok. habis semua aku marahkan..senang betol pulak tu temperature jadi hot walaupon dah minom air 1.5 liter...


kite layan gambar kat bawah sambil citer-citer sikit ye. mostly gambar-gambar ni dah upload kat facebook. sama je citernya macam kat fb tu



MAJLIS BERSARA CIKGU SEKOLAH TU...


  
rasa dah citer kot citer ni.saja je nak combinekan citer sebulan kat sekolah ni. ni masa hari bersara cikgu sekolah ni. tak kenal sangat. lagipon baru je berapa hari kat sekolah ni masa tu. keja aku tolong-tolong masak untuk jamuan je.

pastu ada jugak jamuan bersara cikgu ni kat hotel. asalnya takmo ikot. bukan kenal pon kan. plus nak kena bayar rm30. ish. tak kuasa mak. tapi rejeki kan, pagi sebelom pegi (jamuan tu petang) ada cikgu tu paksa suruh pegi gantikan cikgu yang tak dapat pegi. takyah bayau kau..ngeheee..pegi jela walaupon malas. gambo kat sana takde sebab unplanning, so kamera lupa bawak (henpon macik tak canggih nak snap2 picture)



HARI PIBG SEKOLAH....



dari gambar diatas korang tau la apa tugas aku kan. memang cikgu2 muda cikgu2 bujang je dia suroh naik pentas tu. pandai betol dorang nak ngelat. owhoooo..bukan ni je keja aku, masak untuk jamuan pon kena tolong-tolong tau...multipepes gitu. 

kelakar ke bagi hadiah air kordial ke dynamo ke serbuk cuci tu? aku pon first time tengok ada hadiah2 gitu kat sekolah. tapi kan..tu semua untuk cabotan bertuah untuk makpak budak2.. kalau kat bandar mesti bajet bagi henpon iphone tu ke ipad ke laptop seketoi kan..ni sekolah luar bandar kampong lagitu, so, dapat benda2 tu pon dah cukup mewah kat makpak budak2 yang majoriti keja biasa2 je.



nampak beras tu? aku dapat masa cabotan bertuah hari PIBG tu jugak. bawak balik rumah je kena marah ngan makpak aku. kata dorang, saya ni tak perlu la amik beras ni. bagi je kat makpak budak2 tu. sian mereka.kata makpak saya. hadoiii..teros rase bersalah je bawak beras ni balik.heheh..tapi beras ni dah selamt dimasak pon. kalau ada orang datang umah mak saya masak guna beras ni je..makan ramai2 katanya..okeh la tu..takle terkilan sangat...



MENANDA BUKU PELAJAR



banyak ke buku kat atas tu? sikit je tu. berpuluh lagi tak hantar. puas jerit2 marah2 suruh budak2 siapkan nota, nota je pon. tapi nak siapkan bukan main macam-macam alasannya. sakit jiwa aku. nota pon aku dah bagi tinggal nak tampal tapi nak tampalnya bukan main susah. macam-macam alasan beb. gam abes la, baru jumpa nota ni la, tak datang sekolah la. tak ke nak marah kau kalau dengar alasan tak munasabah langsung tu.

pastu aku buat lantak la. sapa nak hantar, hantar. taknak dah. aku dah penat membebel tiap kali kelas. lama2 aku pulak darah tinggi mati cepat kalau dilayan perangai malas budak2 ni. majoriti pompuan ye. pelajar laki aku ade 3 je. kau bayangkanla pemalasnya pompuan2 tu macamana. buat apa la kau datang sekolah kalau malas nau. dok umah main pondok2 jela weh..geram2!



BERGAMBAR BERSAMA GURU ERT, MPV KATERING DAN GURU PEMBIMBING....


hamper-hamper tu sebenarnya dapat masa hari PIBG tu jugak. ni hamper sempena matapelajaran terbaik SPM dan PMR untuk subjek ERT dan Katering. yang kat tengah semua cikgu2 tetap situ..yang tepi2 tu hehehehehe..cikgu prektikel je :)



THE MAKING OF FONDANT RABBIT...





aku ngan partner aku diminta oleh cikgu pembimbing buat kek rabbit tu. nak digunakan untuk masa hari pertandingan masak (citer lebih lanjut kat bawah tu)..first time bergelumbang ngan fondant ni. so, hasilnya pon ok la. masih boleh dianggap sudah profesional. hahaha..puji diri sendiri tu.. ada kata rabbit, ada kata kucing..lantak korang la nak kata apa kan..janji siap..hahaha



PERTANDINGAN UKIRAN BUAH-BUAHAN...




sekolah kami dapat no 2 okeh negeri melaka..ingat tak hebat ke sekolah kampong. jangan nak pandang rendah okeh. kalah dengan SMK Rahmat. jiran sekolah je tu.takpe2..kira berbaloi gak dapat no 2..kalau dapat kat tangan aku buah-buah tu ntah2 jadi pengat buah pulak..haha..mak tak seni dik oi. mak pompom girl je datang masa tu sambil kumpul goodie beg banyak2..hahaha



PERTANDINGAN MASAK ANJURAN MAGGI DAN NESTLE...




ni masa dah umum pemenang. pegi jumpa juri. soal selidik apa kriteria dia amik kira masa pertandingan tu.nampak cam nak gadoh kan? huhu




ni citer 1 hari lepas pertandingan ukir buah. pertandingan masak dapat no 3. kalah ngan SMK Rahmat gak weh..yang color pink tu smk rahmat punya. maveles kan? tetiba suka tengok pulak color pink hitam tu..heheh..yang yellow2 tu semua sekolah aku punya. sebenarnya aku tak berapa gemar color tema sekolah kami buat tu. tapi nak mengutarakan pandangan tu tak berani. yela. kami kan budak prektikal je. dok diam2 je jangan menyibok kan..takpe2.nanti dah jadi cikgu betol2 boleh jadi pengarah.hehehe



MASAK UNTUK LUNCH...





yang aku suka kat katering penyajian ni sebab boleh makan2  gitu..nak makan kat kantin dah muak weh.dahle kotor.tiap2 hari lauk tu je. nyampah lak aku. ni nak makan kena sendiri masak la macam kat umah tu. bazirkan gas sekolah ke? rileks le..kerajaan tanggong kot. kita kena pandai gunakan faedah yang diberi...ahaksss...




BILA CIKGU KEMBALI MALAS...




aktiviti kertas mahjong adalah salah satu aktiviti yang paling-paling teramat aku tak suka sejak dari azali..hahaha..tapi aku terpaksa juga guna kaedah ni untuk pelajar aku sebab on that day aku rasa malas nak bebel-bebel ngajar. so, biarkan je dorang buat aktiviti dorang. kata nak berpusatkan pelajar kan. kalau tak sikit-sikit berpusatkan guru je.

aktiviti kertas mahjung ni bagi aku ok jugak. biar semua pelajar contribute. kalau tak bila aku ngajar ada je dok tunjuk muka ngantok dan bosan tu. so, biar mereka cergas sikit. aku pulak dok tepi tahan menguap..hahaha..




okeh. sampai sini jela citer sebulan mengajar na.. esok lusa kalau cheq rajin cheq update lagi na..
bye-bye...


"mulakan sekolah dengan senyuman"



Lots of Love,
-Suzzanne-