PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Wednesday 21 March 2012

TIPS HANDLE KELAS RELIEF..


** Peringatan: Kepada sesiapa yang sensitif tentang post ini anda boleh tinggalkan komen di bawah atau tekan tanda X di atas. Segala isi di dalam adalah ikhlas dari saya tanpa bertujuan menyakiti mana-mana pihak. Sekian.

 -Admin-



huhu. saja nak share kan. sekarang ni ngajar 10 waktu je tapi kelas relief lebih dari tu. hampir setiap hari kena. nak elak pon tak boleh. masuk jela kelas tu kan. paling besh asal relief je kelas tu nun di atas sana.lalu melangkahlah kite ni naik tangga tu sambil tercungap-cungap berpeloh-peloh ketiak bagai. start esok no more heels okeh. pakai kasut flat2 je. patah kaki weh nak panjat gunung tiap2 hari.

harini kelas mengajar satu je. kelas tingkatan 4. 50% aktif, 50% senyap menguap2 tido ngan selamber..hadoiiiii...dahlah tengahari. ngan aku sekali pon menguap.tapi tu la suzan..dulu kau kat kelas pon tido suka-suka hati tak pikir hati lecturer/ cikgu kau kan..hambik! so, ni nak buat kajian tindakan macamne nak bagi budak tak ngantuk dalam kelas.

aku rasa aku dah tau minor aku apa. KELAS RELIEF is my minor ye.hahaha...memandangkan hampir setiap hari melayan kelas relief aku pikir ni tak boleh jadi. asal masuk kelas je aku jadi huru hara. budak-budak pulak dari first day sampai la ni aku jaga mesti ada main gunting ngan jangka lukis yang tajam tu. pehhh.ni ada mati kes bunoh anak orang ni abes aku. so, pas pikir-pikir macamne nak solve ni problem aku dapat la idea walaupon belom prektikkan lagi. so baru aku buat. harap menjadi la kan.tapi kalo kelas under control, kelas bijak2 yang suka mengadap buku, buat keja sekolah tu rase biarlah mereka ngan dunia mereka kan. ni untuk kelas-kelas hiperaktif tu.bagi dorang senyap sikit.

cara pertama nak senyapkan budak-budak dalam kelas...


TEKA TEKI




bagi TEKA TEKI..korang search la kat internet ni. banyak teka teki ada. cari yang mudah-mudah. jangan yang susah tu korang tanya kat budak tingkatan 1. lagi haru biru kelas. so, ikut kesesuaian teka teki tu. tak relate ngan P& P pon takpe. janji kelas tu under control kan.
boleh jugak klik kat SINI ada pantun teka teki.

ihsan dari adik aku. untong gak ade adik kecik ni. so, aku angkot je buku-buku die ni gi sekolah.setel!



BUAT ORIGAMI


aha. ni jangan soh budak tingkatan 3-5 buat. dorang kutok kau balik kang. ni bagi kat budak-budak kelas hujong je. bagi kertas sorang satu pastu buat la origami. kalo rasa nak lebih-lebih gunakan je kertas recycle balance2 korang buat assignment dulu tu..tapi make sure jangan sampai kelas bersepah. kang kau kena bertanggungjawab pulak.


MAIN SILAP MATA



hahaha..sekali sekala marilah kite jadi ahli silap mata. panggil budak-budak dok depan. biau je dorang bersila kat bawah tu. ko guna je meja kecik dorang tu lalu buat silap mata. tak reti? aku pon tak reti. tapi kan nak belajar tu semua kat hujong jari. so, search saja la. takpon tengok je fuyoo magic kat astro tu.macam aku ni sebab ada adik kecik so ada la buku tu. jadi, aku try menjadi ahli silap mata pasni..huhuhu


CARI PERBEZAAN ANTARA 2 GAMBAR


ni aku kutip dari surat kabar metro. setiap isnin sampai sabtu ada. nasib seisi umah aku pembaca metro ni. so, banyak la jugak aku dapat. cukup untuk 1 kelas je pon :( nak lebih kena cari sendiri kat tenet ni pastu kena kuar budget sendiri macam print color banyak untuk 4 bulan terus.hehehe..


CARI PERKATAAN TERSEMBUNYI


ni pon dapat kat surat kabar metro tu. ni potostet , 1 muka tu boleh bagi 4. so jimat. pastu guna duit elaun yang ado tu pegi la potostet banyak-banyak.


SILANG KATA

dalam metro pon ade tapi susah nau. aku sendiri pon tak reti nak jawab. kalo nak macam biasa bukak je tenet macam-macam ada. yang mudah-mudah senang-senang tu banyak ade.



ok. ni jela aku bole share kat kawan-kawan seperjuangan ni. ni sekadar idea aku yang aku nak share sebab aku paham masalah korang. susah kan nak control kelas. kalo nak terjerit2 tu bole. tapi 4 bulan mampu ke? hilang suara weh. jadi bisu pulak nanti sebab anak tekak tertanggal.hehe..

UPDATE:
ni pendapat aku je. aku gunakan cara yang mudah dan murah dan free cost je untuk student aku .  yang simple2 je untuk dorang. kalo bagi chess takot dorang buat baling2 je benda tu. korang boleh je buat ape2 games depends on your students. . macam2 games boleh buat. bak kata cikgu zila, buat sudoku. kat surat kabar The Star bahagian karton2 tu ada sudoku. potong je pastu bagi student anda. jimat kan?




"sharing is caring"


Lots of Love,
-Suzzanne-






1 comment:

Kalau rasa nak komen sila komen.
Kalau rasa taknak komen tak payah komen.
Yang pasti aku tapis komen kau.
Boleh?