PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Saturday 29 December 2012

TIPS-TIPS SEBELUM TEMUDUGA



Ni tengah pulun stadi untuk intebiu Isnin ni. Eh? Bukan-bukan. Ni bukan intebiu posting cikgu. Sabar eh kepada mereka yang tak sabar nak tengok aku jadi cikgu. Kot-kot dah lemau nak belanja aku coolblog pun sabar-sabar la eh. Hohoho..Ni intebiu nak menamatkan sesi tanam lemak je.


Jadahnya aku kena prepare slide powerpoint untuk intebiu ni. First time present macam nak present produk jualan MLM. Selalu kalau dia nak uji cara mengajar dia bagi marker and white board je kat aku. Tapi ni suruh prepare slide. Menggelupur kejap aku oke. Dah lama aku aku tinggalkan arena hospitality, foodservice, hotel dan tourism ni. Apa lagi. Habis aku selongkar kotak-kotak yang dah berhabuk lunyai tu. Nasib aku tak jumpa tikus je.


Oke-oke.. tips kan?


Simpan nota-nota dan buku-buku lama
Adalah lebih baik kalau sesiapa tengah belajar sekarang jangan jual buku-buku kau tu kat junior. Konon-konon nak cari duit bayar rumah sewa kan. Toksahlah aku kata. 
Sebabnya, kalau kau intebiu nanti mesti ada paling cikai pun 1 soalan relate dengan apa kau stadi dulu. Ni macam kes aku sekarang. Menyesal tak sudah aku pergi buang note-note yang lecturer bagi dulu. Dulu kan duduk kolej. Habis sem je taktau mana nak angkut buku-buku dan note-note yang banyak tu. Takkan nak bawak naik bas dari Penang ke Melaka. Owh. Tidak-tidak. Kalau boleh beg baju yang berlambak-lambak tu pun aku tak nak angkut. Leceh naik bas ni. Lainlah bawak kereta kan. Boleh angkut dengan katil almari sekali. Kalau tak, takdelah aku susah payah nak prepare powerpoint ni. Tensi oke. Tensi. Sebab aku kena mula balik dari awal. Dulu masa muda-muda langsung tak terpikir keburukkan kalau buang note-note. Sekarang ni baru tau akibatnya. Menyesal habis.
Biarlah sampai kuning ke reput kertas kau tu. Takpe. Simpan je. Ada gunanya nanti.


Aku ni sejak dari 2009 dah berpuluh-puluh intebiu aku pergi. Baik dengan kerajaan, swasta mahupun kedai runcit. Dan beratus-ratus macam soalan aku pernah terima masa intebiu. Logik pun ada. Tak logik pun ada.


Kalau yang nak pergi intebiu polis tu korang boleh refer kat sini ( SILA KLIK ). Kesimpulan, intebiu polis ni lah paling susah pernah aku rasa. Ke aku je rasa susah eh? Tapi nak pergi intebiu kerajaan ni, silalah penuhkan ilmu kerajaan dan negara kat dada. Kalau rasa ada kekurangan jangan harap mudah-mudah orang nak terima kau.


Kalau yang kerajaan ni aku dah pernah pergi intebiu untuk SPA, SPP, KPM, Universiti Malaya, Uitm, Polis... tapi lulus SPP dengan KPM je. 


Kalau kat kerajaan ni potensi nak dapat jangan mimpi sangat ok. Paham-paham jela eh. Nisbah yang apply dengan yang nak tu 1:10000. 1 jawatan kosong tapi 10k orang yang apply. Ingat orang yang intebiu tu nak sangat ke intebiu 9999 orang yang lain. Tak eh. Dia terpaksa je intebiu kau. Tu kan kerja dia.


Ni pengalaman aku la. Cara-cara kalau orang dah ada calon tapi terpaksa jugak intebiu kau sebab memang tugas dia padahal orang taknak pun. Selalu kes ni berlaku masa intebiu government je. Sebab yang swasta aku belum lagi terima soalan mengarut macam ni. 
Beria-ria oke aku stadi. Nak pergi exam pun takde macam ni punya stadi. Last-last kau tau apa dia tanya masa kat dalam tu. Ni namanya dari jauh kau datang nak intebiu sekali soalan santai atau borak-borak ala kedai kopi yang kau dapat. Kenyataan eh. Try la. 

  1. Cerita pasal awak sikit ( Ni memang soalan wajib tapi...Sikit je oke. Jangan banyak-banyak. Bila cerita aku baru nak sampai klimaks dia dah stopkan. Tanda dia taknak dengar kau merapu-rapu last-last pun bukan kau diterima pun)
  2. Apa hobi awak?( Aku macam nak tergelak la masa tu. Apa kena mengena hobi dengan kerja aku apply ni. Masa tu aku jawab tak silap la kan "SHOPPING"... ke aku sebenarnya kena jawab reading ilmiah book? Celah! )
  3. Kenapa awak tinggal kat Melaka sedangkan awak lahir kat Sarawak? (Ni aku rasa pun soalan bodoh. Kalau aku lahir kat Istanbul maknanya aku kena tinggal kat Istanbul ke sedangkan makpak aku semua kat Malaysia. Hadoi la)
  4. Awak ada boyfriend (ni lepas tengok resume aku tulis SINGLE. Nak berkenalan ke abang ooi?)
  5. Ayah awak army kan tapi kenapa tak minta army je? ( Aku sangat benci soalan ni. Serupa banggang. Kalau bapak awak doktor kenapa awak mintak jadi tukang masak? Eh?? Suka hati lah. )
Tu antara soalan-soalan tak logik bila orang dah jumpa calon tapi kena intebiu kau sebab atasan dah suruh buat. Tak buat kang kau punya KPI ranap kan. 


Tapi aku pernah juga dapat soalan mengarut tapi lulus tu. Contoh masa aku intebiu dengan KPM. Dia tanya aku:

Soalan:
Apakah 3 benda alam semulajadi yang awak suka? Dan sebab?

Aku dah gabra dah soalan ni. Ringkas tapi kalau tengah neves aku macam tak boleh pikir logik. Last-last aku pulak merapu meraban jawab soalan tu.


Aku jawab:
1. Bunga teluki sebab bunga tu lah saya gaduh besar dengan ex boyfriend saya masa dia konvo. 
(Haha..Salahkan bunga kan.Nangis-nangis oke balik bawak bunga tu sebab gaduh punya pasal. Penat je aku panjat bukit tonggek kat Uitm tu semata-mata nak pergi konvo dia last-last kau buat aku macam sampah kan? Fine! Cerita lama)

2. Pokok depan rumah saya sebab bila saya buka mata je saya terus bukak tingkap dan tengok pokok depan rumah saya dulu.


3. Sungai. Sebab saya suka mandi sungai. (Logik?? Pastu dia tanya awak reti berenang?) Tak reti. 
( Ahaks! )


Masa tu aku dah pikir sure dan pasti aku tak lulus intebiu ni. Aku jawab macam bodoh ( kan anonymous kata aku bodoh kan. Hahaha)

tapi


LULUS wehhhhh!



Okelah. Malas nak taip lagi. Tapi aku rasa macam bukan tips je aku taip ni. Macam patut letak tajuk " Inilah Pengalaman Hidupku".. Peduli. Blog aku kan. Tak suka baca jangan baca. Awal-awal lagi aku dah kata kalau rasa tergugat kat blog aku boleh tekan pangkah kat atas tu. Jangan semak-semak kat sini. Terasa? Kaulah anonymous tu. Chalo...








2 comments:

  1. yelah, aku la anon tu! hahahahaha! apa-apa pun all the besst! ;)

    ReplyDelete
  2. Hai cik anon..haha. tenkiu roros

    ReplyDelete

Kalau rasa nak komen sila komen.
Kalau rasa taknak komen tak payah komen.
Yang pasti aku tapis komen kau.
Boleh?