PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Sunday 20 January 2013

PERUT BUNCIT PART 2


Haiaaaaaa.....

Ye. Hari ni aku rajin sikit. Ada upah??

Sebenarnya ingat cerita perut buncit ni dah habis. Tapi tak sangka cerita perut buncit ni boleh melonjak naik jadi top 5 dalam blog Kekwamerah ni. Peh. Tak caya tengok kat side bar sebelah bahagian TOP 5. Pastu isu buncit ni pun rancak je diperbincangkan. Kan kak Suhana? Kan kak Su? Kan kak Ngku Zainis? Kan kak Zurina? Hangpa memang minat bab-bab muncit ni. Hohohoho..


Cerita perut buncit yang dulu boleh klik kat SINI . Haaa.. bawah ni gambar asal perut buncit macam mengandung 5 bulan tu. Suka tengok? Eleh. Tau la nak kutuk kan. Kutuk kutuk.. Asalkan aku tak dengar je.





Sudah-sudah tatapi perutku...



Dan hingga ke hari ni perut aku masih segar memuncit. Tak kuasa saya nak mengempiskan perut oke. Sekurang-sekurangnya saya boleh tengok hasil makanan saya berjaya diserap dalam perut lalu mengakibatkan buncit. Kalau kempis-kempis kang orang kata "Kau ni tak makan ke apa?". So, bila adanya perut buncit ni orang takkan kata kau diet walaupun kau sebenarnya tengah diet. Tapi aku tak diet la. Makan macam biasa. Melantak selagi boleh. 





Ada sapa-sapa beli majalah Wanita cover Lisa Surihani ni? Kalau ada, mesti jumpa banyak cerita pasal perut buncit kat dalam tu. Aku pun jadi tertanya-tanya apahal pulak banyak nau cerita perut buncit ni. Saja nak perli aku ke apa kan.




Tu dia tajuk 10 SEBAB PERUT JADI BUNCIT. Mengigil perut aku baca. Baru 10 sebab aku dah seram sejuk nak baca. Belum lagi 100 sebab. Mau aku korek perut kasi kempis. 


Mari sini aku check betul ke tak punca aku jadi buncit dengan yang dalam majalah tu:

1- Keturunan
Bapak aku boroi. Mak aku buncit. Mungkin sebab tu aku pun buncit kot. Tapi mak aku kata dia buncit sebab beranakkan aku adik beradik. Boleh terima ke alasan tu? Ziana Zain kempis je. Owh. Slim world. Oke. Sebab yang boleh diterima. NEXT..!


2- Penuaan
Umur 26 tahun 4 bulan dikira dah tua ke? Apasal aku rasa macam remaja je ni. 
Tapi aku buncit sejak remaja kot. So, alasan ni macam salah je. NEXT..!


3- Alkohol
Maaf. Saya tak ambil alkohol. 


4- Tembakau
Tembakau saya tak ambil. Tembikai saya ambil. Sedap ooo makan time-time panas. 
Katakan TIDAK PADA MEROKOK


5- Stress
Wa memang stress. Stress tak posting lagi. Ni kalau nak kata happy sebab tak posting aku rasa maknanya dah gila la tu. Boleh book percutian kat tanjung rambutan nampaknya. 
Stress sebab tak posting boleh buat perot buncit ke? 
Kalau macamtu kenalah cepat-cepat posting.
Kalau tak makin buncitlah aku.


6- Perubahan Hormon
Maksud perubahan hormon dalam magazine ni ialah perubahan hormon yang menopaus tu.
Aku muda lagi oke. Masih produktif, inovatif, kental dan baru akil baligh (gila menipu)...
Alasan buncit yang  tak boleh diterima akal.


7- Makanan cepat saji.
Maksud dia makanan segera, keropok2, jajan2 tu.
**Semasa entri ini ditaip, aku sedang kudap keropok mami. Sekian. (Patut kau buncit)


8- Tidur selepas makan
Dulu-dulu selalu buat macamni. Asal dah kenyang je elok je mata membuai-buai. Tapi sekarang tak kot. Pas makan aku menonton tv sambil baring. Baring bukan tidur kan. Rehat je tu. Santai-santai tengok tv. Heee...


9- Susu
Selain alkohol, susu adalah minuman yang saya paling nak muntah kalau masuk dalam mulut.
Tapi orang minum susu pun perut still kempis? Betul ke tak fakta ni. Macam nak suruh orang boikot susu je. 


10- Gula-gula getah
Ni pun aku tak ambil. Kalau makan chewgum kepala aku mesti sakit. mengunyah getah skrap je aku rasa. Takde hasil langsung pun kalau makan chewgum ni.Gigit-gigit pastu telan air liur sendiri. Apa kejadah la. Kunyah  chewgum nampak stailo? Poyo....!








Lepas dah buncitkan perut dan-dan je ada pulak cara nak kempiskan perut. Sesuai la tu. Korang baca sendiri la cara kempis perut tu eh. 
Aku memang takkan ikut la exercise tu. Mak tak kuasa benda-benda bersenam ni. Seminit pun aku takkan labur kat aktiviti kempis perut ni. Rela lagi aku kembung perut. Cute je kan kalau perut buncit. 
Cuba kau tanya Ann Ngasri tu kenapa dia kawin dengan orang tua yang perut buncit? Jawapan dia orang tua yang perut buncit lagi comel dari Aliff Aziz. Tak caya?? 








Ingatkan cerita perut kempis ke buncit ni dah habis. Sekali kat last page ada pulak iklan losyen kempis perut. Maaflah. Aku tak percaya benda-benda ni. Lagi2 mustajab tu.

Masa tu ada tengok cerita bedah buang lemak. Sanggup bedah semata-mata nak kempis kan. Aku cukuplah sekali pernah kena bedah dulu. Seksa dan sakit ooo. Lagi nak bedah buang lemak. Maaflah. Aku rela membuncit sampai mati.
Dari aku buang duit buang lemak kat perut baik aku buat lasik. Boleh jumpa doktor Muhaya tu. Hohoho. Penat doh pakai contact lens selalu. Dahlah mata kena effection sekarang ni. Dah kena berpantang tak boleh pakai CL. Nak pakai spek macam skema pulak. Rimas lagi. Takpe. Kumpul duit buat lasik. Ke ada sapa2 nak derma 3k kat saya? Ni kalau paw Jozan agak-agak dapat tak?


Oke. Jangan risau. Takde part 3 lagi oke.



Nota kaki busuk:
Biar kencing busuk bau petai asalkan mulut wangi




Lots of Love,
-Suzzanne- 






No comments:

Post a Comment

Kalau rasa nak komen sila komen.
Kalau rasa taknak komen tak payah komen.
Yang pasti aku tapis komen kau.
Boleh?