PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Friday 25 January 2013

MAKAN BERSUAP ITU SWEET



Bersiaran langsung dari lapangan kerja. Kerja berlambak macam 20 tahun  tak pernah sentuh. Kencing pun tahan je sebab masa itu emas sekarang ni. Makan pun mengadap laptop. Makin rabun aku macamni.
Oke. Dah habis cerita banyak nau kerja.
* Tapi main fesbuk, mengadap blog banyak je masa. Siap shopping online lagi*


Tajuk macam cikalakmaelambong... taktau nak letak tajuk apa. Kira ok la tu dari takde langsung.







Aku rasa dah macam part time pengulas majalah Wanita ni je. 

Ada sapa-sapa ada beli majalah keluaran Diana ngan Farid ni? Tak beli pun takpe. Tak cerita sehangat asmara sangat. cerita biasa yang dia tokok tambah dan edit mengikut semasa lagi-lagi la kalau petua nak kempiskan perut. Sama je macam keluaran 3 tahun lepas. 


Sapa yang ada sila ke page yang ada gambar akak imigresen kat bawah ni..



"TOLAK RASUAH KERANA PESANAN IBU"


Sekali imbas macam takde apa-apa pun kat tajuk dia kan. Tapi bila 2 3 kali aku belek page ni aku rasa macam ada something tak kena. Ke aku sorang je rasa?

Dia kan tolak rasuah kerana pesanan ibu. Jadinya, kalau ibu dia tak pesan adakah potensi akak ni mengambil rasuah tu ada?

Taktau la nak salahkan akak ni ke salahkan pengarang tajuk ni. Kalau salah akak ni aku rasa macam kalau kau takde mak la mesti kau ambil rasuah kan. Atau kalau mak kau tak pesan mesti kau ambil rasuah kan. Jadinya kalau taknak orang bersangka buruk aku rasa tajuk tu bukan tajuk yang sesuai.

Atau pengarang cerita ni kehabisan idea nak menarik pembaca kat segmen dia so dia pun buat lah tajuk sebegitu tanpa tau keburukkan di sebalik abjad2 tu. 

Ingat senang ke jadi pengarang. Aku pun minat mengarang. Tapi masa sekolah dulu malas la. Sekarang ni je. Tapi jap lagi malas balik. Sure sampai berhabuk blog ni. 

Sebagai pengarang yang tak bertauliah, aku memang sentiasa mencari tajuk-tajuk yang menarik untuk setiap entri aku tu. Orang akan mudah tertarik kalau tajuk kita mampu merangsang pembaca. Tapi tidaklah aku kata tajuk aku ni baik sangat. Tak eh. 

Setiap tajuk tu akan memberi perspektif (pehhhh..ayat berbunga-bunga) yang berlainan kepada pembacanya. Macam tajuk entri ni. Dengar macam harmonis dan romantis tapi bila baca entri ni apehal lain dengan tajuk. Kan?

So, malas nak cerita banyak. Kerja pun banyak. Ni saja nak menghilangkan sengal-sengal kat otak je.



Chalo Betey...




Lots of Love
-Suzzanne-







No comments:

Post a Comment

Kalau rasa nak komen sila komen.
Kalau rasa taknak komen tak payah komen.
Yang pasti aku tapis komen kau.
Boleh?