PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Wednesday 2 January 2013

DULU LAIN...SEKARANG LAGI LAIN

Uit...

Wahhh.. Seronok la korang eh celebrate new year tengah malam semalam. Mesti ada yang countdown kat dataran ke KLCC ke kat uptown ke kan..(ada kena mengena ke? )


Ingat dulu aku pernah sekali lah pergi celebrate new year ni kat KLCC dengan bekas kekasih pada masa itu.   Elok-elok je kami sampai, duduk bertenggek kat jambatan depan KLCC tu (sebab penuh manusia so takde port boleh melabuhkan bontot) tetiba datang sorang minah ni bagi kertas. Aku ingat orang yang bagi kertas nak jual barang ke apa. Sekali kertas " HENTIKAN ZINA"... peh! Sadis siot. Aku mampu wish terima kasih so much je kat minah tu. Pastu aku tanya bekas kekasih pada masa itu "Kita duduk bertenggek macam pengemis ni nampak macam sedang berzina ke?" Gila. Terus hilang selera aku nak celebrate. Jadinya itulah kali pertama dan terakhir aku celebrate new year. Baik aku duduk rumah je sambil layan cerita lagi bagus. Bukan aku pegang tangan pun masa tu. Apatah lagi berpeluk. Lagi lah aku ni bukan stok seksi dedah dada ke peha ke.Mungkin minah tu tengok aku potensi besar untuk zina kot. Peh! Menitis air mata aku...


Jadi, malam tadi aku takde pun pergi KLCC ke dataran ke mana-mana tempat public. Baik aku tengok Twilight. Puas hati aku dapat bercinta dengan Jacob.



Tapi, dan-dan je aku nak cuci mata tengok aksi-aksi romen antara Bella dengan Edward boleh pulak adik aku suruh aku tulis nama dia kat buku. Hadoi. Time-time ni la kan. Akibat aku kurang daya fokus nak menghadap tugas adik aku bagi tu, berlakulah sedikit kemalangan semasa menulis nama dia...



Nampak akibatnya tulis nama time tengok cerita romen-romen? Aku tersalah tulis nama aku. Bukan 1 oke tapi 3. Selamba kena marah dengan mak aku je lepas tu.


Nuuuu banyak dia.  Nasib adik aku yang sekolah ni sorang. Kalau 10 orang? Mau patah tangan aku tulis. Weh, aku dulu tulis sesendiri oke. Jangan harap boleh manja-manja nak suruh makpak tulis. Silap hari bulan tangan aku kena libas sebab mengada-mengada kan. Eh, adik bole je manja-manja. Apesal aku dulu tak boleh eh? *Menitis air mata*


Esok dah sekolah kan? Kalau yang utara dengan pantai timur harini dah sekolah kan? Bezi la makpak eh. 

Aku esok dah start bezi. Jadi supir. Pergi balik lagi tu. Pastu esok nak usung budak tu pergi masuk kelas siap dah simpan tenaga sebab nak berebut tempat duduk paling depan untuk budak tu. Eh, aku dulu takde pun mak aku nak hantar pergi sekolah. Bapak aku lagi la. Jalan dia pergi kerja sama je dengan jalan aku pergi sekolah tapi takde pun bapak aku nak hantar. Takde oke. Kau jalan le kaki pergi sekolah tu. Jangan nak manja-manja. Silap-silap kena libas. Kalau sekarang makpak siap ambil cuti nak teman anak-anak kat sekolah. Aku dulu mana ada macam tu. Beli buku ke bayar yuran ke sendiri urus eh. Mak aku bagi duit beli buku bayar yuran cukup-cukup je takde balance. Urus la diri sendiri. Pagi-pagi datang sekolah mengagau cari kelas, mengagau berebut tempat duduk lagi. *Menitis air mata


Walaupun aku belum ada anak tapi aku ada SEORANG JE ( seorang ibarat jaga 10 orang) adik yang masih sekolah. A to Z aku uruskan kecuali kejut dia bangun pagi dan buat sarapan. Seronok kan kau ada kakak yang mengambil berat hal-hal sekolah kau.


Mentang-mentang bapak aku sakit kan, aku lah yang shopping barang sekolah dia. Beli kasut, bag, baju sekolah, belt, pencil box semua cecah RM300 oke. Nak membuntang je bijik mata aku total up bill semua. Gila ah. Kau sorang je dah RM300. Belum buku dengan yuran kau.


Aku report kat bapak aku."Apesal orang dulu nak spend RM10 beli barang sekolah pun siap kena libas dengan tali pinggang?"
Bapak aku kata "Biasalah. Adik kau sorang je yang sekolah. Masa kau dulu 3 orang sekali nak sekolah. Kena jimat"


BAJU SEKOLAH
Aku dulu, nak dapat baju baru pun susah. Selagi tak terkoyak pinafore aku, selagi tula aku tak boleh berangan dapat baju sekolah baru. Color pudar macam kain buruk pun pakai je. Bahagia je pun pergi sekolah. Takde rasa gundah gulana pun pakai baju lusuh.

Tapi adik aku (maybe budak-budak zaman sekarang pun macamni), baju nak kain licin tu. Taknak yang cotton2. Helo dik, akak kau ni dulu pakai baju kain licin pun masa Form 3. Pastu pakai kain cotton balik sebab mak aku kata kain licin mahal. Sedih. Kau baru darjah 5 dah pandai pakai kain licin. 

Waktu aku sekolah dulu, setahun paling untung aku ada 2 persalinan je baju sekolah. 1 persalinan pakai 2 hari, Isnin-Selasa sebab waktu persekolahan panjang. Lagi 1 persalinan Rabu- Jumaat. Takde cuci hari-hari oke. Takut baju yang lusuh tu bila sental terkoyak pulak. Sayang weh. Kalau koyak jangan berangan nak dapat baju baru mudah-mudah gitu. Dah darurat sangat baru boleh dapat baju baru.


Tapi adik aku ada 5 persalinan oke. Hari-hari pergi sekolah pakai baju bersih lagi wangi bau sabun attack. Yang cinanbengnya, setiap hari aku yang dipertanggungjawabkan basuh baju dia. Cilak kan. Aku dulu kasut sekolah pun sendiri basuh. Siap basuh kasut 2 orang adik aku lagi tu. Mak aku nak basuh? Jangan berangan. Silap-silap aku yang kena libas dengan dia sebab pemalas nak basuh.


Paling sadis bila teman adik aku beli barang sekolah. Dulu-dulu kan aku nak pilih brand baju apa, brand kasut apa pun takde makna. Jangan harap dapat pilih ikut citarasa. Apatah lagi nak ikut makpak aku pergi beli baju sekolah. Takde ok. Alasan motor tak muat (masa tu kami takde kereta lagi). Nak beli kasut mak aku ukur kaki aku pakai lidi. So, dia bawak je lidi tu pergi kedai dari bawak aku dan kakiku. Ringan motor kan? 

Tapi adik aku, siap 1 badan dia kami bawak pergi kedai. 



BAG
Bag nak brand SAG (budak-budak sekarang memang suka brand ni ke?). Macam nak gaduh oke kat kedai sebab kes bag ni. 1 bag pun tak berkenan kat mata dia. Memang jadi hantu sekejap aku masa tu.Padahal bag tahun lepas elok smart kiut lagi. Membazir nau.
Aku dulu sekolah rendah pakai beg kotak-kotak tu je. Selalu berangan nak pakai beg swan yang roda siap boleh tarik tu. Tak dapat eh. Meleleh je air liur bila tengok kawan-kawan peraga beg swan tu. Pastu koyak-koyak beg pun pakai lagi. Selagi tali tak putus. Dah putus pun mak aku rela jahit dari beli baru. *Menitis air mata*

Masa sekolah menengah kan orang dah pandai pakai beg sandang. Aku dah nak habis belajar baru dapat beg sandang tu. Tu pun puas aku merayu-rayu nak beg macam tu. 



Tu nampak beg sandang aku pakai. RM10 je. (Kenal tak aku mana satu?) Tapi nak dapat siap boleh buat telenovela. Form 5 baru dapat. Eh? Buruk eh muka aku masa tu? Biasa la. Senior. Rambut pun stailo. Ni kalau ada nak ngorat terus hilang selera kalau tengok muka aku dulu-dulu. Kah kah kah... Takpe. Sekarang dah cun. Sila ngorat.




KASUT
Waktu aku dulu-dulu brand kasut yang glamer kasut twinkle. Sapa pakai kasut twinkle zaman tu memang dah kira paling mewah lagi bergaya la. Nak Bata? Siap kena libas dengan batu bata pun jangan harap dapat. 
Tapi adik aku ada 3 kasut oke. Siap dia sendiri yang pilih.Bata tu.! Takde pun kena libas dengan batu bata. Siap request nak ada tali. Aku dulu nak pakai kasut ada tali pun menangis air mata darah nak dapat. Dulu aku pakai kasut zap zap tu je. Siap kena perli dengan kawan-kawan lagi sebab dah form 3 pun pakai kasut zap-zap. Kalau pergi bilik komputer aku suka jadi yang terakhir masuk sebab malu nak bukak zap-zap tu depan kawan-kawan. Pastu sorok kasut jauh-jauh.Tapi ada pulak sekor makhluk ni kurang ajar gi sorok kasut aku. Buduh. Kasut aku bukan smart pun kau nak sorok kan. Kerja nak mendengki je. 

Kasut tali lagi mahal dari kasut zap-zap padahal kasut tali lagi leceh nak pakai. Apehal eh? 

Paling sedih walaupun kasut terngaga macam lidah buaya, siap nampak jari jemari kaki tapi aku masih tabah hati pakai kasut tu. Nak dapat kasut baru kan susah. Kalau hujan lagi syahdu. Sejuk je tapak kaki sebab basah kan. Banjir kasut oke. Kalau bukak nak keringkan takut bau macam bangkai tikus. So, relakan je kaki bergenang2 dengan air hujan. Sedih gila zaman tu.


(Sumber: Google)


Sapa pernah pakai kasut terkoyak sampai macam tu? Aku pernah eh. Tapi bukan koyak tepi. Koyak kat depan. Tapi takde malu pun. Cuma sengsara la. Masuk toilet pun berjengket-jengket. Kalau time pendidikan jasmani kalau boleh taknak pakai kasut. Takut tapak tertanggal. Hahaha. Nak selamat ikat dengan getah. Tapi jalan kena sopan. Kalau jalan macam style oppa gangnam memang terbang la kasut.


Kalau hari Isnin je kan kasut mesti putih melepak sebab dah kapur kan? Tapi aku dulu, kalau kasut kau putih mesti ada je dengki "Eh, sori aku terpijak kasut kau" Cilaka betul. Hari Isnin je kasut dah macam kain buruk. Balik rumah sorok kasut. Nampak dek mak aku memang pasti la kena libas. Dulu-dulu nak kapur kasut seminggu sekali je. Tak boleh hari-hari. Jimat kata mak aku. Oke mak. Oleh sebab tu, pagi-pagi datang awal pergi sekolah kapur kasut pakai kapur papan hijau tu. Bolehlah tahan sejam dua. Hilang putih pastu kapur balik. Heeee...


( Sumber: Google)

Hari jumaat je semua kasut jadi color macamni kan? Hahahaha


STOKIN
Budak sekarang majoriti pakai stokin yang tapak hitam tu kan. Senang. Takyah nak sental kaw-kaw. 
Kalau zaman aku dulu pakai stokin yang all white tu. Hari pertama je dah hitam tapak stokin tu. Lagi-lagi kalau masuk library sebab kena bukak kasut kan. Seminggu 3 kali basuh stokin. Sampai longgar. Baru 2 3 langkah dah melondeh stokin tu. Last-last stokin melondeh masuk ke kasut. Sampai dah tak nampak pakai stokin ke tak. Pastu start le pengawas nak saman-saman sebab kata tak pakai stokin. Hohoho.  

Selalu kalau stokin dah longgar mesti tahan pakai getah sebab taknak bagi dia londeh kan. Nampak la dia normal sikit. Takde lah melondeh sangat kan. Biasa kan buat? Eleh macam aku taktau. Hakhakhak...
Kalau dah masuk Ogos tu stokin masing-masing berlubang-lubang macam kena gigit tikus. Pastu malu je nak bukak kasut sebab malu nak tayang stokin berlubang-lubang. Dahla kasut berlubang. Stokin pun berlubang. Sedih gila zaman dulu.



DUIT BELANJA
Tahukah anda bahawa dari darjah 1 hingga darjah 3 saya tak pernah bawak duit belanja? Kenyataan eh. Mak aku suruh aku bawak bekal makanan dengan air teh je pergi sekolah. Darjah 4 baru la aku selang seli dengan duit belanja- bekal- duit belanja- bekal. Duit belanja aku dulu masa sekolah rendah 50sen paling MAX, 20sen paling MIN. Takkan lebih dah kurang dari nilai tu. Bayangkan dengan 50sen tu aku mampu beli nasi lemak dan gula-gula yang dapat free gift cincin permata tu kat rumah Zeti (sebab mak Zeti jual gula-gula dengan keropok).. 50sen mak aku bagi, 50sen la aku langsaikan. Takde balance. So, jangan harap aku menabung dulu. Tabung ada tapi isi takde. Selalu kena bebel dengan mak aku kalau dia bagi 50sen, 1 sen pun aku tak bawak balik. Macamana mak weh.. 50sen je apa jela balance yang ada. 

Masuk sekolah menengah up jadi RM2. RM1 buat tambang bas pergi balik. Balance RM1 buat belanja makan. Tu pun mana cukup weh. Lagi kalau ada kelas tambahan, kokurikulum, persatuan semua tu. Sampai ke form 5 pun nilai duit belanja aku macam tu. Bonus ke tak bonus ke itu jugaklah nilai dia. Sadis kan?

Adik aku pergi sekolah bawak RM2 oke. Sekolah rendah lagi tu. Tu kalau untung bawak RM5. Langsai. Takde balance. Kalau ada dia siap tapau air teh o ais kat warung tepi jalan sementara tunggu aku datang ambil dia. Bila aku saiko " Eeee... air tu ntah-ntah macik tu pakai air longkang. Geli. Macam kat rumah tak boleh buat teh o ais je kan" ... Dia siap sembur aku dengan air. Kurang ajar tak budak ni? 

Kalau aku dulu nak melawan makpak pun tak berani. Mati kena libas. Kalau zaman aku ada talian Nur, maybe aku salah seorang pemanggil setia dia.Setiap hari kena libas. Sampai rasa aku ni anak kandung ke anak angkat. Belum lagi kena libas dengan getah paip. Berbirat badan. Seminggu bernanah. Gila arh...


Tapi apesal dulu badan lebam-lebam kena libas dengan makpak tapi takde tinggal kesan eh? Takde parut pun. Apesal eh?





Nota kaki busuk:
Aku: Kenapa mak dah tak libas-libas adik macam mak buat kat saya dulu?
Mak: Sebab dulu mak berdarah panas sekarang mak berdarah sejuk
- Alasan kurang munasabah -








2 comments:

  1. weyh zuzang, aku rasa ko kena beli cop nama adik kau lah..senang sikit..tak payah susah3 nak tulis satu3..sebab skrg semua org buat cmtu maaa! :P

    ReplyDelete
  2. hahah..sebijik macam saya. cerita dalam ni.. amboih... budak2 sekarang,mewah... jeles nengok adik saya. adik saya macam adik awak.

    ReplyDelete

Kalau rasa nak komen sila komen.
Kalau rasa taknak komen tak payah komen.
Yang pasti aku tapis komen kau.
Boleh?