PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Monday 10 December 2012

MY "SMARTPHONE"

( Ihsan: Google. Maaf. Sekadar gambar hiasan. Pemblog x mampu lagi)

Haaa... mesti bajet salah satu of telepon pintar kat atas tu aku punya kan? hahaha. Celah! Jangan harap aku dapat berangan-berangan menjulang telepon pintar tu. Tapi bohong lah dalam hati ni x terdetik nak smartphone tu kan. Siap ikut giveaway kat fb lagi tu. Gigih betul meng"like", meng"share" sampai penuh newsfeed kawan-kawan dengan share link bongok aku ni. Sampai aku perasan ada 2 3 orang kawan dalam fb tu delete aku sebab rasa aku menyemak je. Hahaha. Ada apa hal. X suka boleh delete aku. Block pun no problemo. Aku pun nak teruskan usaha aku meng"unfriend" sesetengah kawan tu. Yang pakai gambar kaki macam aku, gambar kucing, rabbit, Aaron Aziz ke memang aku kick je. (Padahal aku pun pakai gambar kaki). Ahaks! 

Sementara cerita pasal FB ni aku rasa ada satu benda je aku rasa menyemak je kalau spesis ni ada dalam FB. Aku x kisah kalau yang memenuhkan newsfeed aku ni dengan muka duckface kau tu, dengan komen menjiwang meromatik bagai, nak marah orang sana orang sini, nak kutuk jiran tetangga, nak berbisnes, yang x habis-habis update status single-engaged-married-pastu tetiba its complicated. Hok aloh. Padahal kau boyfriend pun xde, tunang pun x, kawin apa lagi. Oke-oke. Fine.Aku x kisah sangat yang ni. Suka je baca gelagat orang. X sangka muka nampak brutal, selebet tapi dalam hati ada taman buaya. Geli pun geli baca tapi layankan aje la. TAPI aku benci betul orang yang post status macam karangan PMR (Aku mampu tahan lagi karangan UPSR 80 patah perkataan). Peh...berjela-jela. Aku jumpa je status berjela-jela ni memang xde pikir panjang dia kawan aku ke x. Pasti aku unfriend. Ni aku suggest orang suka buat karangan ni better kau bukak blog macam aku. Suka hati kau nak mengarang berapa juta patah perkataan. Xde orang nak marah. Bukan susah nau nak bukak blog ni pun. Aku rasa orang ni guna FB untuk purpose macam buat karangan tapi ayat kau tunggang langgang. Belum stok yang tulis macamni "AkU BeRaSa nAk BunOh Ex BoYpReN aKu" Gile! Kau bajet kau tulis huruf kecik huruf besar ramai lah nak baca. Konon2 seni lah sangat. Please lah. Sakit mata aku. Ni belum stok yang APA- APEW, AQ-AKU... hadoi. So far yang lahir tahun 1980an ke bawah xde la buat ni. Ni mostly yang 1990an keatas. Adik-adik, x seni pun dik oi. Serabut lagi adalah.

Arhhhh! Mengarut sampai ke FB cerita aku ni padahal nak cerita pasal hp je kot. Apa kebenda la.

Smartphone kan? Kiri kanan atas bawah tepi sana sini semua orang sekeliling aku bersmartphone. X payah la aku nak listdown brand-brand smartphone yang ada kat dunia ni. Korang lagi advance dan hebat dari aku dalam bab-bab menglistdown benda-benda ni. Kalau orang lain pun ada smartphone, pasti tempiasnya terkena dekat orang sekeliling. Tapi aku... tengok bawah tu. Tu la smartphone aku. Serius. Aku x tipu. Bukan aku nak menolak kehadiran smartphone. Tapi aku rasa aku belum teringin nak beli even duit aku beriban-riban sebab:

Telefon sekarang macam cendawan goreng tepung. Laju je keluar model baru. X sempat nak bersamsung S2, esok lusa dah keluar S3. X sempat berI-phone 3 esok lusa dah I-phone 4. Kan? Cepat betul syarikat-syarikat telefon ni mengupdate dan mengupgrade telefon dorang. Percayala. Esok lusa telefon jenis apa lagi yang orang-orang ni nak cipta. Dulu-dulu telefon macam botol air besar gabaknya. Pastu muncul la kegemilangan nokia 3310. Peh. Masa tu siapa-siapa dah pakai 3310 dah dianggap orang kaya weh.

Smart memang smart tapi kalau bab bateri memang punah la. Kan? Aku xtau la tapi orang yang pakai smartphone selalu je merungut benda ni. Mau sehari 5-6 kali cas hp. Peh! Aku nak cas hp 3 hari sekali pun lemau apatah lagi 5-6 kali sehari.

Tadaaaaaa......

Ni lah smartphone kawe. Semat dop? Hahaha. Ni smartphone dah masuk 4 tahun bernyawa dengan aku. Sikit kerosakan pun xde. Langsung xde. Semua masih berfunction. Padahal masa dulu gaduh je dengan exbf mesti baling-baling smartphone ni sampai terbarai tapi boleh sambung-sambung lagi pastu xde apa2 sakit. Jatuh terjatuh pun berpuluh kali tapi kau tengok lah. Masih utuh dan teguh. 



Hp ni sebenarnya bapak aku beli. Beli sebab hp nokia aku hilang masa nak pergi intebiu. Harga RM90 je. Murah giler. Bapak aku siap double confirm dengan aku masa tu. "Pasti nak hp murah ni dengan xtau asal usul hp ni?" BETUL dan PASTI. Padahal masa tu bapak aku offer hp mahal (mahal sikit je kot) dari hp ni tapi aku xtau kenapa aku boleh jatuh cinta sampai sekarang kat hp ni.

Hp aku sebelum ni pun cikai je. Nokia apa ntah. Aku tengok xde kedai jual lagi hp ni mahupun yang 2nd hand. Betapa x meriah sangat hp aku beli kan. Hp LG ni pun aku x jumpa kat mana-mana kedai lagi. See. Rare oke. Ni ada orang nak buat masuk dalam muzium pun aku xkan bagi.

Bercerita pasal hp, aku adalah spesis manusia yang x suka nak mengupgrade hp aku mengikut perkembangan terkini. Paham maksud aku? Maksud aku, orang pakai hp express music, kau pun nak pakai. Orang pakai 3310, kau pun nak pakai. Orang nak pakai smarphone, kau pun nak pakai. Alahai. Bagi aku hp ni satu kehendak. Bukan keperluan. Kalau kita belajar teori Maslow tu pun dia xde listkan hp ni 1 0f keperluan. Oke2. Ye. Nowaday memang hp dah macam keperluan. Kat aku pun macam tu. Aku sanggup tinggal beg duit daripada hp capcai ni sebab dah macam nyawa aku. Hilang je terus rasa macam hilang kawan sebab semua nombor kawan-kawan dalam hp je. 1 bijik nombor pun aku x boleh nak hafal. Nombor aku pun kadang aku x hafal.

Waktu kekawan dah pakai hp ada kamera, aku masih lagi bersuka ria pakai nokia butterfly tu. Tu hasil duit PTPTN pertama aku. Terima kasih PTPTN sebab bagi saya duit nak beli hp. Hahaha. Bayangkan baru beli seminggu dah masuk lubang jamban kat Mahkota Parade tempat bowling tu. Peh. Bila ingat balik ketekunan aku korek balik hp tu dengan tangan tercelup kat lubang jamban tu sekarang ni aku rasa macam keji gila la kau ni suzan. Kalau jamban duduk boleh tahan lagi tapi ni jamban cangkung tu. Buruk pulak tu. Ada taik orang tertinggal pulak tu. Yuck! Tangan aku dah x suci. Mesti korang kata aku banggang kan. Memang pun. Tapi weh, nokia butterfly tu aku beli dengan harga RM350. Dengan status aku yang masih student masa tu RM10 pun dah besar nilainya apatah lagi RM350. Kalau guna buat dating kat Pulau Pinang tu boleh 3 kali dating tau. 

Pastu nak dijadikan cerita, almost 3 years jugak aku pakai. Pastu aku terdetik nak pakai hp baru. Dan-dan je nokia butterfly celup taik ni rosak. Dan-dan oke. Masa tu aku dah stadi kat Shah Alam. Rosak je haritu, weekend terus aku balik Melaka paw bapak aku. Masa tu zaman hp express music. Jeles weh kawan-kawan ada. Tapi kan awak, bapak saya beli hp nokia ringing polytone je. Sedih :( Kawan-kawan aku semua dah bertruetone aku berpolytone lagi. Bapak aku kata kalau belajar tu buat cara belajar. Jangan nak mengada pakai hp macam orang dah kerja. Fine bapak. Saya yang menurut perintah. Maka pakai lah aku hp tu sampai lah dia hilang masa aku nak pegi intebiu. Giler x suka aku hp hilang. Suka weh. Sure dapat hp baru. Last-last hp kat bawah ni je aku dapat. Tapi aku suka. Hp ni tuff. Kuat. Lasak. Cuba hp smartphone tu kau baling kat boyfriend kau masa kau gaduh-gaduh, aku rasa kau x sanggup. Kan? Walaupun orang kata Samsung tu lagi kuat lasak dari I-Phone tapi aku tengok xdenya orang yang pakai samsung tu sanggup buat macamtu hp dia. Giler? Melabur sampai beriban sebab hp pastu pijak2 pulak kan.



Keypad LG ni pun dah berkudis. Tapi masih berfungsi oke. Aku boleh lagi taip mesej sambil drive dari Tanjung Malim-Melaka tanpa ada typing error. X caya kau tanya kawan aku yang pernah aku mesej dari Tanjung Malim-Melaka non stop. Aku kalau x menaip je mata aku melayang-layang masa drive. Pikiran aku di awang-awangan. Pernah mata terbuka tapi kereta aku termasuk kat lane laju tu. Peh. Nasib xde kereta. Kalau x sekarang korang melawat aku kat kubur je. Sebab tu aku mesti kena ada orang dengan aku. Dapat pulak drive sorang. Tengahari buta. Peh, syahdu mata. Nak call banyak la pulak kredit kau kan. So, mesej je mampu. Ahaks! 

Lagi 1 hp LG aku ni bateri dia sangat-sangat tahan lama. Nokia pun x macam ni. Hp ni kalau sekali aku cas bateri sampai full, aku boleh pakai sampai 3 hari tanpa cas lagi. 3 hari tu kalau ada call and mesej tp kadang-kadang sampai seminggu tahan bateri dia kalau aku x mesej and call. Peh! Sangat berbaloi. Nokia aku dulu pun x macam ni. Kalau gayut dengan boyfriend tu mau 2 kali jugak cas padahal sejam je bergayut. 

Tengok gambar bawah tu. Macam kelakar je bulatan tu aku buat mark. Buruk! Betapa lamanya aku pakai baru tu je rosak. Tu pun bukan rosak. Tempat bukak tutup nak cas bateri tu tercabut. Tapi xde apa-apa effect pun kat hp tu. Still sihat walafiat. 



Paling aku rimas bila dah zaman smartphone ni 1 je. "WHATSAPP". Bila kawan-kawan yang bersmartphone ni kata "apa-apa hal kau whatsapp aku je" Cilak kau! Aku rasa kadang-kadang macam nak bagi penyepak je. Tau aku pakai hp RM90 ni lagi kau nak suruh aku whatsapp kan. Kalau ada spesis gini memang sedap je aku balas " Aku kredit banyak. Orang miskin je pakai whatsapp"

Pastu kedai-kedai online sekarang stail gini

Untuk pertanyaan atau order:
012-3456789
(Whatsapp only)

Memang sumpah aku xkan beli terus barang dari orang macamni. Aku rasa peniaga ni macam x alert langsung. Mentang-mentang kau kaya, mampu pulak pakai smartphone janganlah kau assume semua pembeli kau ada smartphone. Hadoi lah. Nampak sangat meniaga nak sangat tapi x alert dengan customer. Cuba kau kebuk wasap je hp kau tu. 

Dulu-dulu masa zaman belajar, kan masa tu semua hp pakai keypad. Mana ada touch-touch macam sekarang. Masa lecturer mengajar kat depan, elok je aku dan seangkatan aku melayan hp. Boyfriend sms ajak lunch sama kan. Xkan nak reply lambat. Mesti time tu jugak nak balas. Mata mengadap lecturer  tapi tangan bawah meja duduk ketakketuk tekan keypad hp. Bunyi pulak sampai 1 kelas boleh dengar. Memang sorok bawah meja pun x boleh sorok yang kau sedang bersms. Dapat pulak yang ketak ketuk keypad laju2 tu. Irama dia sampai satu kelas boleh dengar. Pastu lecturer pun selamba sound " Dalam kelas saya jangan nak main sms/hp" Hahaha. Padan muka. Tapi selalu bunyi je lebih tapi siapa yang main hp tu susah nak kesan. Wahh...! Rindu moment itu.

Bukan aku nak mengutuk kehadiran smartphone ni. Aku sendiri pun ada terniat dalam hati nak pakai siap join giveaway kan tapi sebab faktor kepesatan teknologi hp ni sampai aku rasa aku x mampu kejar. Terlalu pantas. Karang dan2 aku dah pakai tetiba keluar model yang lagi canggih. Nak aku beli memang x la. Aku kan lambat sikit bab-bab mengejar arus kemodenan ni. Dahla mahal-mahal beli. Pastu nak beli lagi yang latest? Memang x. Sure x. Harap aku dapat tabahkan hati aku melihat smartphone korang ni. 




HP sampingan hanya Nokia C3. Total x sampai lagi harga Samsung Galaxy Tab 2



Lots of Love,
~ Suzzanne~




4 comments:

  1. meh aku sponsor semakpong satu nak?

    ReplyDelete
  2. uuuuu.. nak satu bleh tak aunty zan... nak ler.. nak ler..

    ReplyDelete
  3. amboi ko dan2 cte pasal hp ek aku nya hp pun ada gak LG mcm ko

    ReplyDelete

Kalau rasa nak komen sila komen.
Kalau rasa taknak komen tak payah komen.
Yang pasti aku tapis komen kau.
Boleh?