PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Wednesday 5 December 2012

DILEMA BAKAL GURU-POSTING



(Ihsan: Google *Ehh..ada Adam Adli)


Haaa.. post kali ni atas permintaan eh. Bukan saja-saja nak reka. ( Permintaan anda termakbul) hahaha. 

For info, aku adalah salah seorang mahasiswa yang masih belum posting atau dapat penempatan untuk mengajar. Tapi aku bukan keluaran ISMP atau IPG. Aku adalah salah seorang bekas DPLI yang ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dijadikan cikgu bagi subjek-subjek tertentu. Post sebelum ni aku dah bagitau yang aku dah hampir 5 bulan menganggur dan menunggu posting. Dilema memang dilema. Kepala ni 24jam terbayang bila nak posting, hati ni pun dah puas aku tenangkan suruh bersabar. Tapi manusia kan. Sabar sabar pun ada had. Tapi terpaksa muhasabah diri bila dengar ex ISMP dan IPG yang lain pun masih x posting. Lagi lama dari aku ni pun ada. Ada tu dah setahun. Bayangkan lah.


Kadang-kadang aku pelik jugak kenapa kerajaan masih tawarkan tawaran menjadi cikgu ni sedangkan pengeluaran melebihi permintaan.

[ PENGELUARAN > PERMINTAAN ]

Dah macam belajar ekonomi ke marketing dah ni kan. Ni macam kes orang jual pisang goreng berlambak-lambak tapi yang beli tu 3 orang je. Paham kan maksud aku?


Yang pelik lagi kenapa jawatan awam lain macam polis ke askar xde pulak masalah macam ni. Dorang sedap je habis training 6 bulan- 1tahun pastu terus posting on the dot. Xde nya dorang sempat nak makan-makan angin macam aku ni. Seronok kan macam tu? Pelik lah kenapa bab pengambilan cikgu ni amik sampai berpuluh-puluh ribu tapi pastu biarkan tersadai macam tu. Kalau dah rasa cukup lah cikgu-cikgu sedia ada ni kenapa mesti nak offer Ijazah or diploma pendidikan ni. Kan? Ni kepelikan yang aku rasa. Tengok macam polis or askar. Dorang cuma amik untuk kuota yang sepatutnya je. Xde tamak amik ramai-ramai pastu biarkan jadi penganggur. Xde kan?


Ye. Memang orang kata nak jadi cikgu standardlah tunggu. Paling cepat pun 3 bulan. Paling cepat ok. Tu pun masalah besar jugak. Lagi-lagi kalau keluarga nya yang kurang berada, mana nak tanggung adik-adik sekolah lagi, belum lagi kes yang dah kawin nak tanggung anak bini. Kesian kan. 


Orang selalu benci tengok DPLI ni. Padahal dorang tak tau susah payah kami yang DPLI ni. Kami pun dulu belajar 4-5 tahun sebelum amik DPLI. Bukan shortcut gitu-gitu je kami ni. Xde beza pun dengan student ISMP atau IPG. Bezanya kami memegang ijazah dari course yang lain. Macam aku sendiri. 5 tahun kumpul diploma dan ijazah dari course lain, aku sanggup pertaruhkan kerja aku sebelum ni hanya nak dapatkan DPLI tu. Kedudukan aku before DPLI tu dah stabil tapi bila dapat DPLI ni aku anggap tu kepuasan dan kemuncak dalam kerjaya aku. Sapa xnak jadi cikgu atau dengan kata lain kerja kerajaan kan. Dengan benefit yang kerajaan bagi ni aku rasa xde sapa pun nak menolak. Kadang-kadang cita-cita pun orang tolak tepi sebab benefit macamni. 


Tu belum lagi kau tengok perit jerih kawan-kawan aku yang dah kawin kena tinggalkan laki bini anak-anak semua. Boleh tenang ke hati ibu-ibu nak belajar? Tak weh. Walaupun aku xde laki dan anak-anak tapi kita paham perasaan orang-orang gini. Sampai ada yang hampir give up nak keluar DPLI. See? Tu pengorbanan kami. Kalau yang ISMP ni jarang-jarang ada yang dah kawin kan. Ada pun 1 nisbah 20. Tapi DPLI ni dah kawin almost 60% dalam 1 kelas. Bayangkan? Ibu-ibu dan ayah-ayah menuntut ilmu untuk kesenangan dan kesempurnaan keluarga.Tapi... macamni pulak jadinya


Ni kat bawah gambar kes student mogok kat depan UPSI. Mogok pasal posting. Betapa ktitikalnya masalah nak posting or jadi cikgu ni. Tengoklah apa jadi. Ada nampak polis ke askar mogok gini? Xde weh. Cikgu-cikgu yang nak mengajar anak bangsa yang sanggup buat macamni. Sebab? Darurat. Memang cara dorang ni nampak kurang waras tapi disebaliknya tu ada sebab kenapa dorang buat macamni. Kadang-kadang please la kerajaan, kaji masalah ni. Aku x paham kenapa sampai sekarang pun still lagi ada intake untuk bahagian pendidikan ni. 


 ( Ihsan: Google * Eh, Adam Adli lagi ke? )


Bukan aku kata x boleh Ijazah dan Diploma Pendidikan ni diteruskan but risikonya kat pelajar tu jugak nanti. Ok. Fine kalau xde penempatan tapi kerajaan perlu kaji jugak, sektor-sektor pekerjaan kalau dia nampak je sijil "PENDIDIKAN" ni pasti dia susah nak terima kita kerja terutamanya sektor swasta. 15 kali orang pikir nak amik or tak student berkelayakan sijil pendidikan ni. Sebab? Sebab dia tau student ni akan chalo bete dari company dia jugak lambat laun lagi-lagi bila dah dapat posting atau dia tau student dengan sijil pendidikan ni hanya nak kerja sementara tunggu posting. So, dalam pikiran sektor-sektor pekerjaan ni, dia dah set... ~ budak ni akan kerja kejap je, pastu akan kerja atas angin ( kurang bagi komitmen), dan paling besar tenaga nak train pekerja tu.~ bukan senang nak train orang baru. Tenaga, masa, duit semua kena labur. Paham semua? Ok good! 


Oleh itu (macam karangan SPM betul dah ni), bakal-bakal guru janganlah nak tuding jari pada mana-mana pihak. Kita x posting bukan sebab KPM dahulukan anak emas dia macam DPLI ni. Takde pun. Kami pun merasa benda-benda ni. Bahkan makin perit dari ISMP dan IPG. Berkorban segala bagai. 


Sekarang ni isu posting bukan salah sapa-sapa. Lambat memang lambat tapi aku pasti lambat laun pasti ada rezeki masing-masing. Walaupun ni bukan rezeki kita maybe rezeki kita kat tempat lain kan. Sapa tau. So,  marilah bersabar wahai hatiku dan hati bakal-bakal guru sekalian. Think positif je. Ni Year End Sales nak mula. Apalagi, yang pompuan-pompuan sekalian boleh tenangkan hati anda yang gundah gulana ngan window shopping JE tau. Sebab poket habuk pun tarak. Hahaha. Window shopping pun 1 terapi jugak tau. Jangan x tau. Hahah. 



(Ihsan: Google)


Rasa macam matang pulak post kali ni. Boleh jadi rujukan menulis esei untuk pelajar-pelajar SPM ni.


CHALO BETE :) 



Lots of Love,
~ Suzzanne ~





1 comment:

Kalau rasa nak komen sila komen.
Kalau rasa taknak komen tak payah komen.
Yang pasti aku tapis komen kau.
Boleh?