PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Friday 28 December 2012

SOMBONG BIAR BERTEMPAT


Ramai yang tanya aku siapa makhluk yang pakai nick anonymous tu. Hohoho. Aku sendiri pun tak tau. Tapi aku suspek (saspek je bukan tuduh oke) adalah 2 ke 3 orang yang memang suka buat taik. Blog aku ni pun walaupun tak glamor tapi ada jugak orang sudi benci. Tergugat dengan entri-entri aku sebenarnya tu. Terasa? Maknanya kau la anonymous tu. Settle..~


Semenjak dua menjak ni aku memang tahap gaban punya bezi. Sampai speechless tak tau nak huraikan lagi kebezian aku tu. Bukan aku sombong ye. Aku terpaksa menyombong saja. Sebab kalau aku jadi peramah, nanti sampai ke sudah aku meramah mesra. Lupa tidur, lupa makan, lupa mandi. Hehehe. Sebab tu aku hold dulu keluarkan entri-entri baru. FB pun aku jarang-jarang on sebab tak ada masa langsung. So kawan-kawan, nanti ada masa banyak kita mesra-mesra balik dalam FB ye. Yang aku dah janji nak memblogwalking kat blog sapa2 tu harap bersabar. Aku nak baca sebaris subtitle kat tv tu pun tak menyempat apatah lagi nak baca benda yang berjela-jela. Tak nak la menyinggah blog orang sekadar baca tajuk je kan.


Kepada kawan-kawan yang ajak jumpa, ajak pergi wedding tu, ampun maaf la sangat ye. Banyak undangan aku kena tolak. Bukan sombong tau. Aku sendiri terkejar-kejar masa. Tu belum kerja. Kalau dah kerja lagi lingkup aku rasa. So, mana-mana undangan yang aku rasa boleh tu, aku terima. Yang tak dapat tu aku harap cuba lagi eh untuk mengajak aku jumpa. Hehehe.


Kisahnya semenjak dua menjak ni aku ulang alik pergi hospital. Bapak aku jatuh tangga. Member-member FB tau le apa berlaku kan sebab aku ada bagitau kat FB. Ni kes sebab bersihkan pokok bunga kat beranda rumah. Pastu jatuh pastu terhempap pasu. Nasib pergelangan tangan je retak. Kalau dapat kat kaki ke pinggang tak ke lagi syahdu. Patah pergelangan tangan pun duduk hospital 8 hari oke. Peh. Bercinta aku kat hospital setiap hari. 




Orang-orang dalam rumah ni yang tau drive aku dengan bapak aku je. Adik aku tau tapi ni stok pemalas nak ambil lesen. Dah tangan bapaknya patah wajiblah aku yang jadi driver kan. 8 hari berturut-turut ulang alik dari Sungai Udang- Hospital Melaka. Sejam oke. Pergi je tu. Belum balik. Dapat pulak time hujan. Lagi la berkicap je dalam kereta. Bangun pagi-pagi, pastu zasss pergi hospital. Pastu duduk kat tempat menunggu sampai kebas bontot sebab waktu melawat pukul 1. Pastu pukul 2 keluar balik tunggu pukul 5 pulak nak melawat. 3 jam tu kalau x kebaskan bontot kat tempat menunggu aku dengan adik mak aku semua pergi melepak kat tesco ke jusco sampai lebam biji mata tengok barang tengok gelagat manusia.



Tapi kan, walaupun penat pergi hospital setiap hari tapi aku suka. Sebab kat hospital tu ada uncle jual kuih wadeh  dengan kacang rebus yang sangat maveles. Setiap hari pukul 12 je aku tunggu uncle tu datang naik motor parking kat bawah wad ortopedik. Mula-mula dulu aku tak pandang pun wadeh ke kacang rebus uncle tu. Lalu tanpa pandang oke. Sombong la konon-konon sebab dah set dalam kepala makanan naik moto mesti kotor tambah lagi jual-jual kat hospital. Kuman oke. Tapi aku perasan ramai kemain orang berlonggok beli wadeh dengan kacang rebus dia. Sampailah 1 hari tu adik aku bawak aku beli kacang rebus dengan wadeh dia. Pehhhhhh... heaven ooo makan. Dahla panas2 lagi. Sedap kau. Semenjak hari tu, tertinggung2 aku tunggu uncle tu datang naik moto kapcai dia. Sanggup bertenggek awal-awal kat hospital semata-mata nak berebut beli kacang rebus dengan wadeh. Masa ni masalah bapak sakit tolak tepi kejap. Hohoh. Sapa-sapa nak rasa sedap ke tak sedap sila lah pergi kat wad lama dekat dengan bangunan ortopedik tu. Uncle tu je satu-satunya naik moto jual wadeh dengan kacang rebus. Mungkinkah lepas ni aku pergi hospital sekadar nak beli wadeh dan kacang rebus? Mungkin.... Emmm


Sambung cerita balik...



Owho. Boleh je kalau tak nak jaga bapak aku kat hospital tapi kan kalau kau bangsa anak lepas tangan memang seronok la kan. Tapi aku tak weh. Jahat-jahat aku pun belum tentu aku skip 1 hari tak melawat bapak aku. Aha la. Patah tangan sikit je. Tapi gaya melawat macam serius tahap gaban. Bapak aku ni pulak satu hal. Dia tak sentuh langsung makanan kat hospital tu. Tu yang bertungkus lumus masak-masak kat rumah pastu hantar makanan kat dia. Tapi kalau aku pun memang aku pun tak kan sentuh lah. Kau paham-paham jela lauk pauk kat hospital lagi-lagi hospital kerajaan ni. Cincai-cincai je masak. Orang tu dah la sakit. Kena ada nutrient banyak dalam badan biar cepat sihat so tak payah lah nurse-nurse ni susah payah jaga orang sakit kan. Ni tak, lauk bagi kucing makan lagi lazat. Patut lah aku tengok kucing jiran aku dulu gemok je. 


Kata mak aku. "Orang duduk hospital ni boleh gemuk obesiti sebab kerja tidur makan tidur makan sampai lebam". Betul jugak kan. " Sebab tu orang bagi pesakit-pesakit ni makan makanan macam *sampah* sebab nak mengelakkan pesakit ni taknak makan lalu dorang pun menjadi kurus semula". Logik mak. Betul betul betul....




Oke. So korang paham la kenapa aku sombong eh. Aku bukan sengaja mengelak x nak jumpa siapa-siapa. Ni aku nak berjoli berjimba pun tak ada masa. Diri sendiri pun selebet je ni.




Nota kaki busuk::
Seronok tengok 3 4 orang kawan yang dah buka blog lepas berjangkit dengan aku. Seronok kan berblogging? Nanti ada masa aku follow blog korang eh. Yang dah pasang niat nak buka blog tu baik cepat-cepat teruskan. Boleh share cerita kan.






Lots of Love,
-Suzzanne-



2 comments:

Kalau rasa nak komen sila komen.
Kalau rasa taknak komen tak payah komen.
Yang pasti aku tapis komen kau.
Boleh?