PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Saturday 1 December 2012

SAYA SEORANG PENGANGGUR


Hai awak...

Amacam? Klise tak tajuk kita tu? Tapi kan awak, tu lah kenyataannya. Kita seorang penganggur.
*Gaya macam nak buat karangan bahasa melayu UPSR tajuk SAYA SEORANG PENGANGGUR pulak kan...



Ramai sangat dah salah faham ingat aku (aku?? bukan saya ke? ) seorang cikgu yang sedang bekerja tapi sekarang tengah cuti-cuti. Owh no no. Aku penganggur weh. Masih menunggu KPM panggil kerja. Kalau xde jugak sampai bulan 1 nanti aku akan menamatkan zaman menganggur aku oke. Don wori. Ramai jugak ni risau aku x kerja. Apehal nak susah-susah kan. Makpak aku x bising pun. Heee... Dah 5 bulan ( betul ke tak aku kira ni) aku hanya makan tidur makan tidur tengok sinetron ulangan karot komedia kat rumah. Jeles? Teruja? Hohoho... 5 bulan..

Ramai jugak yang tanya:
 " Eh, u ni x bosan ke duduk rumah je goyang-goyang kaki?"
 " U xde rasa nak cari keja ke sementara tunggu posting? "
 " U ni memang stok pemalas ke?"
 " U x malu ke makan minum makpak belanja?"

Terima kasih lah pada yang concern pasal aku eh. Sangat menghargai. Actually aku suka je menganggur. Mula-mula tu tertekan jugak sebab kau tau la kan kalau dah menganggur tu maknanya xde fulus masuk dalam wallet ke poket apetah lagi dalam akaun bank yang berlambak-lambak kau apply tu kan. Tiap-tiap hari aku usha kerja kat Mudah.com, Jobstreet, surat khabar, iklan-iklan tepi jalan ok. Tu usaha aku xnak jadi penganggur. Nampak?

Part yang besh bila menganggur ni sebenarnya kita dapat layan segala bagai cerita kat tv tu. Untung-untung kalau rumah ada pasang Astro tu. Peh..! Heaven... Tapi kalau yang takat TV1 pastu TV2 tu aku rasa better kau berhenti jadi penganggur. Oke-oke.. berbalik pada cerita tv. Untungnya aku jadi penganggur sebab start je aku nak masuk ke alam ni, bapak aku install Astro PVR. Tu dia. Kerja merecord jela. Tak cukup channel Astro yang bersepah-sepah tu tambah lagi dengan yang rakam. Pastu ambik kau. Hang terus Astro. Ni dah masuk 5 hari x tengok tv apetah lagi Astro. Segala sinetron Aliya ke, Budoy, Destined Heart, ninja warrior, bla...bla... bla... terhenti seketika sekarang *Nangis. (Kecuali Adam Hawa- x minat Aaron Aziz. Yucks! )

Babe, bukan aku x cari kerja. Ada. Siap suruh datang kerja lagi tapi aku reject. Kerani gaji RM500 minus minus (sebab tolak EPF/ Socso). Tu kerja pertama aku dapat lepas aku diiktiraf jadi penganggur. Kenapa reject? Sebab gaji kecik. Jangan bohong lah kau nak ikhlas terima gaji kecik macam tu. Berapa lama je kau tahan? Kalau kau dapat offer riban-riban takkan kau nak tutup mata kan. So, sebabkan aku jujur dengan perasaan aku, aku reject buta-buta. Lagipun x setimpal dengan kepenatan kau keja. Kerja 6 hari seminggu dari pukul 8.30 pagi sampai 6 petang. Eh, aku dulu keja 9am-5pm pun merungut-rungut kat bosh suruh kasi pendekkan waktu kerja lagi nak panjang2 macam tu. Eh eh.. jangan cakap kau x macam aku. Penipu. Xde manusia yang tak timbang betul-betul benda macam ni. Kan? Aku boleh terima gaji tu kalau bosh tu nak pendekkan waktu keja atau x keja sabtu. Heee. Pastu kau bayangkan lah dengan RM500 minus-minus tu macamana kau nak beli minyak kereta, lunch, topup, kotex, compact powder, minum coolblog, tengok Twilight, bayar parking... X cukup weh... serius. Tapi ada je kawan aku enjoy dengan kerja dia yang gaji macamtu. Kan? Masing-masing tepuk dada sendiri la kan. Heee.. Lain orang lain cara. Aku lain.Tu belum tanggungan bulanan aku. Sebulan wajib spend RM250 nak bayar bil tu bil ni. Tu nasib baik x amik loan kereta ke rumah. So, kau kira la berapa hingget je aku dapat. Sedih... :(

Selain offer kerja tu ada gak aku mintak kerja yang hebat-hebat dengan gaji yang hebat-hebat. Tapi sebab aku tau aku kerja x lama sementara tunggu posting ni, aku jadi macam serba salah nak terima. Kesian kat company terima kita tapi kita dah plan lepas sebulan dua nak berhenti. Kan? Lainlah kalau kontrak ke. Melaka jangan harap jumpa kerja kontrak-kontrak ni. Semua nak permenant je.

*Pssttt... ada 1 tu aku kerja 1 hari je... sapa-sapa dah tau reason dia tau la. Yang xtau tu xpela. Agak sensitif. Susah nak share kat public. Heee...

Part time? Ada jugak try part time cikgu tusyen tapi macam kes gaji RM500 tu jugak. Tak setimpal. So, abaikan je. Plus jauh sangat nak mengajar. Mak aku pun macam x restu  je aku keja situ. Kata dia "Setakat makan minum mak boleh je tanggung" *yea..yea..! Lompat-lompat

Jadi cikgu sementara? Emmm.. lupakan saja niat tu sebab dah kecewa :( 

Tapi aku xde masalah kesusutan duit walaupun ada hati nak pinjam Along bertauliah. Hahaha. Helo? I x mintak duit makpak oke. Mak aku selalu tanya ada duit ke x ada duit ke x sebab pelik sejak aku dah menganggur ni aku belum lagi merayu domba kat makpak aku mintak duit. Serius. Tabik spring kat diri sendiri. Tapi makpak aku adalah hulur sebulan RM50 ke RM100 ke. Duit tu selalu aku buat bayar bil broadband je. Xpun buat isi minyak kereta. So far aku belum kesesakan duit. Aku mampu lagi minum coolblog seminggu 3 kali walaupun aku tak bergaji RM500.

Rahsianya?

Hahaha... dah macam agen MLM dah ni. Hahaha. Rahsianya, dulu masa kerja aku ada buat simpanan sendiri. Konon-konon nak simpan duit nak buat kawin. Ahaks! Pastu masa amik DPLI ni kan dapat elaun RM1300. So sikit-sikit tu aku simpan lah. Sebab dah tau hal macamni mesti berlaku. Persediaan kan. Lagi aku ada lah buat bisnes sikit-sikit. Dapat duit tu aku simpan adalah dah bersamaan dengan gaji RM500. Jangan kau pikir orang duduk rumah hanya duduk semata-mata oke. Makin ligat pulak kepala otak aku cari duit tapi dengan cara kerja sambil duduk rumah sambil bersinetron. Hahaha. Nak tau macamna aku dapat duit tu silalah pm aku. Nanti aku cerita apa aku buat. Aha. Jangan kau pikir aku nak buat MLM ngan kau pulak.

Faedahnya jadi penganggur sebab aku dapat tolong makpak aku. Dapat jadi driver mak aku pegi shopping (mak aku belanja makan steak lagi oke), untung-untung dapat selai dua baju ke kan. Hahaha. Teman mak aku beli sayur. Tak ke tu lebih mulia? Hahaha. Berbakti kepada ibu bapa. Lagi boleh ringgankan beban bapak aku setiap hari nak pick up adik aku pergi balik sekolah. Haa kan. Mulia tu. Amik dan hantar orang pergi menuntut ilmu. Walaupun ntah apa-apa budak ni buat kat sekolah sebab tiap kali balik mesti bawak segantang pemadam getah pelbagai warna dan rupa tu. Apa kejadah lah kan.

Untungnya lagi sebab bila kawan call je " Hoi, jom jimba-jimba." Aku x ada hal. Baik weekdays mahupun weekends aku sentiasa free (melainkan aku dah dibooking la). Tapi masuk bulan 12 ni aku agak full. Fully booked. Sampai la hujung tahun ni. Maaf lah ye sapa-sapa yang tempah saya ajak jimba-jimba tu. Tapi boleh je sapa-sapa nak jumpa tu. Nanti aku cek jadual eh. (Gaya korporat). Hahaha.

Nanti dah kerja mau-mau umur 55 tahun baru pencen. So, bila lagi dapat merasa moment-moment indah x kerja ni kan. Tambah-tambah kalau posting nanti dicampaknya kat Sabah sana. X ke kesian kita x dapat bersama famili selalu macam sekarang ni. Jadi, kesimpulannya, sapa-sapa yang pandang rendah kat orang tak kerja macam saya ni silalah buang tanggapan negatif anda tu. Tapi kalau yang saja nak menganggur pastu pemalas sangat sampai makan pun orang suap berak pun orang cebok tu memang patut la kena rejam zionis kan. Tu mengada sangat.



Oke. Nak pergi kenduri orang kawin ( See..! Aku bebas ke mana-mana dan buat apa-apa saja)




Lots of Love,
-Suzzanne-




No comments:

Post a Comment

Kalau rasa nak komen sila komen.
Kalau rasa taknak komen tak payah komen.
Yang pasti aku tapis komen kau.
Boleh?