PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Tuesday 6 March 2012

KRONOLOGI DPLI


Hello gurls and guys...


Wah..rase teruja sungguh nak update blog malam ni..lama tu dah tak update. Ade je citer tapi jari jemari ni tak kesampaian nak menaip. Terlalu bezi. Mana nak taip assigment yang tak pernah putus-putus menerjah + taip status kat fb sampai orang rasa menyampah awat la pompuan ni sorang je dok memenuhkan news feed. ngahaha..rileks2..tenang2 aje. kat fb tak boleh citer banyak-banyak. Tu yang tak sabo sgt nak dok mengadap lappy sambil berblogging.

Tajuk atas memang klise but so signifikan kat saya ( kata ganti diri aku mungkin akan digunakan juga kadang-kadang bergantung pada emosi diri). Ni nak citer dari mana ni. Dah tamak sangat pulak. Aiyak!

Lets start reading (maknanye korangla yang bace)..


24 Jun 2011
Ntah macamne gatai nak cek status DPLI dapat ke tak..tetibe cek... "TAHNIAH" adalah benda pertama yang aku nampak selain tarikh dan tempat dan lain2. Peh. Nangis wa cakap lu. Akhirnya ape yang aku nak tercapai gak. Dapat gak nak tebus rasa bersalah kat ayah aku
sebab gagal masuk polis tu. huhu.



25 Jun 2011
Kepala dah serabut macamne nak berenti keja ni. ADUSSS... dalam perjanjian kata mesti 1 month resign letter atau bayar..mane 1 idaman kalbu.sah-sah bayar bukan pilihan terbaik sebab duit sangat diperlukan untuk pegi tanjung malim tu+ sewa umah+ buku2+ minyak keta + makan. Lantas dengan menggunakan kebijaksanaan untuk berbicara, berjaya jugak lepaskan diri dari perjanjian tu. Malas citer panjang macamne la. Tapi berjaya la..lalala...


5 Julai 2011
Selamat tinggal Avillion Hotel.. Selamat tinggal kawan-kawan.. sedih2 tapi dalam hati sangat suka akhirnye keluar jugak aku dari tempat panas tu.. yahuuuuuuuu...


( ni gambar hari terakhir kat tempat kerja ngan kawan-kawan 1 department)


10 Julai 2011
Mulakan perjalanan dengan rasa tak sabar ( suke nau ko nak pegi kan..nanti ko tau la tinggi rendah langit tu)..mcm biase la..first day ofkos la kena gi daftar bagai semua. Ayat yang paling aku ingat sekali masa mula2 melangkah kat dewan daftar ialah "Selamat Datang CIKGU"..uhuksss..gigil kepala lutut tangan badan semua dengar perkataan tu. Cikgu ke aku? aih..belom lagi..ni apesal dah nebes.rilex sudah. last2 sampai ke sudah aku dok gigil sebab every station nak daftar tu dok panggil cikgu. adoi dik oit.akak ni dahle first time dengar orang panggil cikgu. ko lak makin beria panggil cikgu nye. saya awak sudah..hahaha..lepas register terus larik2 (larik2 sopan) jumpa mak pastu per lagi..repot la.."mak, rase gigil la, nebes la, takot la.." mak aku gelak aje la..wokeh!setel..

petang tu start la orientasi (benda paling* kuase 4000 aku tak suka.last orientasi pon mase diploma tahun 2004 (ke 2003? lupe dahhhhhh) mase degree pon takde bende2 ni..tragis betol..terima jela ngan ati terbuka dan mata pastikan terbuka.

lalu jalani la aku kehidupan dunia orientasi selama seminggu.penat toksah cakap la. tapi nasib baik dapat member group yang sporting. ponteng orientasi pon pernah (wajib dilakukan). sedap je tido last2 malam tak boleh tido.



Ni gambar sebelum persembahan. akak nebes u (diculik daripada hasil kerja tangan cikgu dayah yaacob).Mak ayah hantar gi UPSI soh belajar tapi anak dia bole lak wat fashion show kat atas pentas. siap kena gelek2 M. Daud Kilau lagi. Ingat lagi partner gelek mase tu Cikgu Patli kata "kalau mak aku tau aku buat benda macamni mati aku" hahah..tau takpe.nasib la labu.kita buat je apa orang soh buat. ni pun dah all out sangat dah. ok la dapat nombor 3 persembahan.kenyang makan hamper seminggu.





ni gambar lepas dah gelek2, dah dapat hadiah hamper besauuu giler. kenyang akak makan u. n I LOVE THIS PICTURE SO SO SO SO MUCH...comey kan..hahaha..puji sendiri..





ni pulak masa nak gi angkat sumpah.comel kan kami..haha. terpaksa tu pakai baju sekolah.nak tergelak guling-guling masa mula2 tengok. rase diriku muda pulak..



18 Julai 2011
KULIAH, ASSIGNMENT
Bermulalah kembali aktiviti student yang dah lama aku tinggalkan. Ada la dalam 2 tahun. pehhh. bayangkan
otak dah tepu. dapat pulak endless assignment. tak pernah stop assignment pagi ke petang malam ke siang dok mengadap assigment sampai terpikir dek kepala ni aku tengah amik diploma ke master ni. ish. Nextweek nak exam pon boleh lagi dok mengadap assignment. bayangkan mana biler nak stadi. jawabnye memang takde. cuti stadi week? maap la.ni DPLI takde stadi week.ko redah je exam tu macam naik motor bot kuase halilintar.

Citer pasal assignment. kot-kot ada budak-budak UPSI ke DPLI UPSI yang ngah baca blog ni sambil2 nak usha assignment, korang boleh dapatkan kat link aku bagi sat lagi. semua assignment akak ko ni dah upload. korang boleh amik je kat situ. tapi kejam sikit.boleh tengok tapi tak boleh download eh.akak ko ni pun buat ngan begitu payahnye takkan mudah2 nak bagi kat korang kan. Proses upload akan dilakukan peringkat demi peringkat ek. sila klik kat SINI



apebenda atas tu? nak jadi cikgu sangat kan. hambek ko. buat le benda 3D tu .konon2 boleh dipraktik time mengajar nanti. tajuk 3D patut siratan makanan tapi pegi letak rantai makanan. selambe sudah. 


ni masa present 3D atas tu ha. ni ala-ala ngajar la. ketaq memang wajib la menghantui diriku. gigil 1 badan. macamne nak hilangkan gigil2 nebes2 ni ek? any suggestion or tip or ubat?



ni pulak masa pertandingan pingpong. ofkos aku KALAH. tumpuan gua takde beb. melilau-lilau pukul angin. main badminton pun gua fail apetah lagi pingpong yang ringan tu.


ni pulak masa jadi juri untuk pertandingan masak dapur tak berasap. ni main2 masak takde guna kayu api ke dapor gas ek. ni semua instant je. besh ooo..kenyang dapat makan free. nasib tak cirit birit je.



  gambar di atas pulak lastday masa semester 1 tak silap aku la kan. aku pon mane nak ingat sebijik2 benda ni. pastu nextweek start la exam start la cuti seminggu startlah sem 2. takde rehat panjang.terus menerus je. (sile cari saya..lalalala....)


BIG ( PROGRAM BINA INSAN GURU)
Selain dari orientasi, benda lain yang aku tak suka adalah aktiviti perkhemahan ngan program ceramah2 yang makan masa yang lama. Kali ni penat toksah cakap. Marathon akak ko ni. Pas dengar ceramah 3 hari, masuk lak hutan 3 hari. Adus. Penat sangat2 penat. Tido tak cukup oit. Malam pertama kat hutan mana ade tido. Sibok dok main burung hantu sampai ke pagi ( aktiviti burung hantu ni memang acara wajb ke?) rase macam banyak bintang bulan ikot pastu. bengong sebentar kepala.


masa ni belom masok hutan. ni namanye jalan2 makan debu tanjung malim sambil minom kopi tepi jalan sambil beli stokin banyak2 sebab sebelum tu hujan kaw2 punya sampai basah lencun kasut siap stokin boleh perah air dapat la semangkuk besar. hahaha

 "bagus" atau thumbs up bukan bermakna besh.. hahah..baru pas tubing tu..sedap mandi sungai.


lawa dok picture atas nuh? kan..seni bangat..tenkiu kepada yang amikkan gambau tu. tapi kenapa air sungai macam milo cair je tu.


ni sebelum nak gi tubing. semua tak mandi lagi tu. rilex je ngaku. ade ape hal kan. baguih lagi...

 hambek ko! jangan ko dok gelak tengok muka aku buruk mcm nak berak tu. aku pun taktau biler gambau ni di amik. yang aku pikir time tu jangan la pelampung ni terbalik. kalo tak mati lemas aku. dahle air deras, batu banyak, dengan aku tak pandai berenangnye..memang terbaik.cukup perisa. so far selamat.hihih

 ni nak berlagak sikit. nampak khemah comey kat belakang tu? eh2..bukan.kami tak tido kat khemah comey tu. jangan salah anggap. kami ada la juara khemah terbaik masa tu.hahaha..celah mana terbaik pon aku tak paham. 



(woit kimi, biler ko nak langsai hutang)



EXAM
Salah satu masalah atau benda yang buat kepala aku serabut amik DPLI kat UPSI je ni ialah exam dia memang takde gap. ade 10 papers pon aku rase 10 hari berderet la papernye. peh..jiwa kaco beb. ngan stadi week pon takde.cer korang bayangkan..tapi so far, resultnye okeh walaupun bace buku pon tak menyempat weh. kite tunggu je result part 2 ni nanti okeh.


KISAH DISEBALIK TABIR
Alkisahnya masa nak tamat je semester 1 ni, aku dapat pulak offer jadi lecturer kat Politeknik JB. pehhhhh..time ni lak ko nak sampai kan. masa aku dok terkial-kial nak keja masa tu takde lak. tapi nak buat macamne. aku tabahkan hati je tolak offer tu memandangkan aku dah jatuh cinta nak gi sekolah plus ada agreement 80k ngan KPM. huhu.

Citer semester 2 sama je gamaknye cuma takde la BIG tu lagi. tapi semester 2 ni buat aku rasa nak give up sangat2. penat aku tabahkan hati aku lagi. masa sem 2 ni la aku rasa menyesal tak terima je offer SPP as a lecturer tu. kalau tak dah selamat makan gaji dah aku daripada dok terkial-kial belajar ni kan. takpe la. jangan tamak pengajarannye. nanti 1 benda pon tak dapat. dan akhirnya dapat gak aku tamatkan sesi pengeraman aku kat UPSI tu. pasni dah boleh gi prektikel dan selami jiwa-jiwa budak sekolah. wahhh..dapat lak budak nakal macam cikgu ko ni mati la aku nak handle.

Aku rase sudah2 la aku dok citer ni kan. nanti orang kata macam kau sorang je nak jadi cikgu. macam kau sorang je amik DPLI. macam kau sorang je masuk UPSI tu. kan?

nanti kite update citer lain pulak eh..goodnite oulsss


"endless story"



lots of love, 
-suzzanne-

6 comments:

  1. semoga jadi cikgu berjaya. :)

    ReplyDelete
  2. best... tapi lagi best kalau ada aku...kikikiki (nasuha)

    ReplyDelete
  3. NIZAMSANI:: tenkiu beri much :)

    KAK SU:: kak su mane hilang la time ni..asik amik gambo je kot

    ReplyDelete
  4. wahhhh..tk sgke gmbau i pon ader..glamer jap..hehehe
    sume citer di atas adelah benar, dan sume rase di atas adelah benar juge..sekian..

    love-k.ira

    ReplyDelete
  5. haha...dari awal sampai ke abis ade je muka kak ira..saja je letak.kata muka cun kan. hehehe

    ReplyDelete
  6. wah bestnya..kami big 2hari je kot..hukhuk

    ReplyDelete

Kalau rasa nak komen sila komen.
Kalau rasa taknak komen tak payah komen.
Yang pasti aku tapis komen kau.
Boleh?