PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Thursday 22 March 2012

BUDAK SEKOLAH MISTERI TUMPANG KERETA KU...


** Peringatan: Kepada sesiapa yang sensitif tentang post ini anda boleh tinggalkan komen di bawah atau tekan tanda X di atas. Segala isi di dalam adalah ikhlas dari saya tanpa bertujuan menyakiti mana-mana pihak. Sekian. 

-Admin-


Hai Oulsss..

Macik ni lagi kan.huhuhu. ni kompem citer sekolah lagi kan.huhuh..sori la ye. lately ni semua citer-citer sekolah je. nak buat macamne. tiap hari ada je pengalaman baru aku rasa. Ingatkan harini takmo la post apa-apa sebab harini aku free. takde kelas. cuma ada 1 kelas relief je. pastu aku tolong-tolong cikgu penyelia aku set up untuk jamuan perpisahan esok. so, citer biasa-biasa la kan TAPI....

masa nak balik tadi...(harini saja balik lambat sebab sibok buat rancangan pengajaran plus nak tengok my prektikel partner ngajar tadi) masa tu around 3.30pm. kebanyakkan budak-budak dah balik. berapa kerat je tinggal sebab tunggu bas kot.heeeee..taktaula. aku pon bersaing sama-sama ngan my prektikel partner pegi kat car park. masa turun tangga tu ada perasan sorang budak pompuan tu tengah dudok kat depan tangga tu. tapi idakla kami tanya sebab kami dah tak sabar nak balik. huhu.kat belakang ada sorang cikgu sekolah tu sendiri. dengar-dengar macam ada gak cikgu tu tanya budak tu nama sapa and napa tak balik tapi tak pulak dengar budak tu punya suara. okeh..masuklah kami dalam kereta masing-masing. TETIBE aku nampak dari my car punya side mirror budak tu tadi laju-laju datang kat my car. GULPS!!...apakah? cepat-cepat aku lock keta aku.  tetibe budak tu ketuk tingkap keta aku, aku ni was-was nak bukak. berat hati bukak takot punya pasal kan. mana ada orang kat sekeliling. ada my partner kat dalam keretanya je kan. last-last lepas think positif aku pon bukak. dia kata nak tumpang keta aku. GULPS!!...apakah? aku pon tanya rumah dia kat mana. dia kata tanjung bidara (okeh, memang laluan aku balik tu). pelik sebenarnya. camne budak tu boleh ke keta aku dan macam tau je aku nak balik ikut laluan tu dan bukan pegi ketuk dan tumpang keta my partner. GULPS!!...apakah?

aku pon kata ok..naik la sambil rasa takot. yela.budak-budak sekarang ni menakutkan. dahlah suka main gunting. mana tau budak ni pon suka main gunting gak. nanti tetibe dia tikam aku sia-sia je mati katak. huh! lalu bergerak la kami sambil pesan kat my partner kot-kot apa-apa berlaku kat aku nanti dia tau puncanya. emmm..

dalam kereta budak tu senyap je. dia tak pandang aku.pandang tingkap sebelah dia je. ok. aku yang cuak ni pon mulakan langkah bertanya..

aku: Kenapa balik lambat?
budak tu: Mak saya tak datang ambik
aku: Ayah awak?
budak tu: Ayah saya keja
aku: Keja apa?
budak itu: Nelayan
aku: Tanjung Bidara kat mana rumah awak tu?
budak tu: kat tepi laut (sepanjang tanjung bidara tu semua rumah tepi laut la adik oi) 
aku: nama awak apa?
budak tu: Noramira
aku: Tingkatan berapa?
budak tu: 2E (kelas hujong)
aku: anak ke berapa?
budak tu: ke-2
aku: berapa orang adik beradik?
budak tu: 5
aku: kenapa tak naik bas?
budak tu: takde bas lalu

pastu senyap sampai la nak sampai kawasan rumah dia.
berpatah-patah aku tanya sepatah dua je dia jawab. langsung tak pandang aku. suara pon slow sangat. muka dia macam budak yang takot sangat.

akhirnya sampai gak kat kawasan rumah dia. memang jauh weh. tapi kan, dia suruh aku dropkan dia kat tepi jalan je, maknanya tak sampai rumah dia. biler aku tanya mana rumah, dia kata rumah dia dalam sana. tunjuk merapu-rapu.aku tak nampak apa-apa melainkan ada 1 rumah tu je. tapi dia tak tunjuk rumah tu. okeh. aku pon drop dia. cepat-cepat dia keluar from my car tanpa pandang muka aku dan say "terima kasih cikgu" tanpa pandang my muka jugak dan cepat-cepat jalan macam taknak aku tengok mana arah dia. ok fine.

aku pon balik ngan penuh misteri dan tanda tanya kenapa dia nak tumpang aku dan bukan cikgu yang tanya dia tadi dan kenapa taknak tumpang my partner dan kenapa dia macam takot-takot macam aku gak (tapi aku cover takot) dan kenapa dia berani je nak tumpang cikgu sekolah sebab aku dulu takot je nak tumpang cikgu.kalo cikgu offer pon aku taknak.huh. dan kenapa dia macam taknak aku hantar dia depan rumah dan nak taknak tunjuk arah rumah dia yang betul.

emmm..pastu kan, taktau la nak kata keta aku rosak tu memang rosak. tapi tak sekerap tadi. tadi lepas hantar je budak tu 4 kali aku berenti tepi jalan sebab keta aku sempot tak boleh gerak. memang selama ni selalu gak sempot2 tapi tak sekerap tadi dan dah lama tak sempot pon. okeh2..jangan pikir negatif kan..emm

CITER LAIN
takde kena mengena ngan tajuk diatas pon. ni kisah masa relief tadi. aku jaga kelas tingkatan 3 tadi.kelas sederhana. bukan kelas hujong. masok-masok je aku tengok dorang tengah bezi buat kerja sekolah barangkali. heheh. aku pon tak prektikkan lagi apa-apa games yang aku suggest tu sebab dorang nampak macam bezi ngan keja masing-masing. senang nak handle. warning jangan bising sekali dua je. lega tekak dari menjadi tarzan arini.

biler budak tak nakai aku ni start la jadi bosan pulak. pulak dah kau ni suzan. macam-macam. nakai kau mengomel, bising pon kau mengomel. hadoiiii. penat aku tahan menguap supaya budak-budak tu tak nampak. malu weh menguap budak nampak. ntah apa-apa je cikgu ni kalo menguap depan student kan.

tetiba, datanglah sorang budak pompuan tu ngan kertas dia.aku dah cuak dah. ni mesti nak tanya. jangan soalan aku taktau jawab sudah. mati aku...cakap dalam hati je masa tu sambil buat muka sangat berwibawa (konon).

budak tu: cikgu, ni macamane?
soalannya, 
apakah proses yang berlaku di a) ovari ...b) uterus...c) tiub fallapio...
GULPS!!!.... soklan sains. serius aku tak ingat weh. aku bukan ajar sains pon. mana ada ERT ke KH tu keluar citer sistem pembiakan ni..heeee.. aku tetap buat muka macam hebat dan berwibawa walaupon tak ingat. lama dah tinggalkan alam sekolah dan sains ni.amik degree dulu pon bukan belajar benda-benda ni lagi.

aku yang masih menunjukan muka berwibawa dan serba tahu tu mintak dia amik buku teks dia. aku pon stadi kejap benda tu. takkan aku nak kata cikgu taktau. malu weh. bagi dorang, sorang cikgu tu tahu segala benda. kau ajar salah pon aku rasa dia anggap betul. so, berhati-hati ajela kan. kalau mengaku tak reti tak tau sure student pandang rendah. dan bila dia pandang rendah, dia susah nak hormat kita. maka mulalah kes anak murid perlekehkan cikgu nanti. kan..

okeh..tu je. nak rumus macamne ni? hahaha..aku dah blur. okeh2. cukop la tu kan. asyik aku je nak bercerita hal sekolah ni. macam aku je cikgu yang ada kat dunia ni. heeeeeeee...aku peduli hape kan.

okbai!



"Misteri Nusantara"


Lots of Love,
-Suzzanne-






2 comments:

  1. -Uish, seramnya! Pastikan akak dapat jawapan untuk setiap persoalan tu ya... Haha. Saya tunggu! ;)

    ReplyDelete
  2. haha..bole2..sambil mengajar jadi penyiasat. kata cikgu multipepes kan..

    ReplyDelete

Kalau rasa nak komen sila komen.
Kalau rasa taknak komen tak payah komen.
Yang pasti aku tapis komen kau.
Boleh?