PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Tuesday 20 March 2012

TIPS MENGENALI PELAJAR ANDA


** Peringatan: Kepada sesiapa yang sensitif tentang post ini anda boleh tinggalkan komen di bawah atau tekan tanda X di atas. Segala isi di dalam adalah ikhlas dari saya tanpa bertujuan menyakiti mana-mana pihak. Sekian. 

-Admin-



huhhhh..citer cikgu lagi ke? aha la. dah ni je keja aku sekarang. balik rumah pun tak ke mana tak buat ape2 yang besh nak citer.

harini my second day dah sekolah kan. good2. datang lewat lagi :( . dah hampir seiring ngan budak datang lewat. nasib tak kena rotan ngan cikgu disiplin je tadi.huhuhu


harini jugak I dah dapat timetable. selasa bezi nauuuu..aha la. today la selasa tu. khamis ngan jumaat je free tapi idakle boleh goyang kaki. ada gak masuk kelas relief.

harini jugak aku berkenalan ngan anak murid aku. ajar tingkatan 2 ngan 4. total ada 3 kelas under saya ye.so far, mereka ni tak macam budak tingkatan 1 semalam. ni kira ok dah.aku takde jerit2 terlolong. semua under control. hehe. cuma my student sangat aktif bertanya. ada je nak tanya. 3-3 kelas aku masuk 3-3 kelas la request nak masak. minat nau ko masak kan. nanti la weh.kite belajar elektronik dulu. huarhhhh... aku dulu pon fail nak pasang benda2 elektronik ni apetah lagi nak ajar. nak belajar balik katod anod perintang led suis pateri semua tu. nasib la. jadila cikgu multipepes kan.

harini gak hari pertama anak murid aku buat hal. daripada 13 orang 5 je masuk kelas. cam nak nangis je aku. lain semua ponteng. takpe2. Sabar Suzan sabar.....

harini jugak aku rasa bersyukur ngan kehidupan dan keluarga aku. biarpun kami tak kaya tapi mak pak aku tetap sayang kami semua dan keluarga kami bahagia walaupun mak saya kuat merajuk. hahaha..

harini jugak aku berkenalan dan memahami student aku. aku tau famili dorang ni kebanyakkan orang susah. aku nak jugak tau latar belakang keluarga dorang. so, untuk tak buat dorang segan, rendah diri dan malu nak citer aku pon amik alternatif ngan berkenalan pakai kertas. so, aku mintakla dorang tulis kat kertas biasa2 je nama penuh dorang, nama makpak dia, keja makpak dia, anak keberapa dan kawasan tempat tinggal. bagi aku tu je cara aku nak kenal pelajar aku secara dekat.

( ni biodata student-student aku)

kesimpulannya, hampir keseluruhan pelajar aku dari golongan makpak berpendapatan rendah. ada keja kilang, ada buruh. ada petani, ada mak pak dah meninggal, ada mak pak tak keja sebab dah tua. pastu majoriti adik beradik ramai dan kecik-kecik lagi. ada sorang tu baru je dapat adik 3 hari lepas. how sweet kan...

dan bukan niat aku nak mempersendakan anak murid aku tapi aku rasa better aku share apa yang aku rasa dan alami ni. tak semua lahir kat dunia ni perfect kehidupannya kan. emm. masa aku mintak semua pulangkan kertas biodata dorang tu (dorang kata tulis biodata) , ada sorang budak tu dok belakang aku. lama.... pas semua kawan dia dah setel pass kertas kat aku, dia pon slow-slow cakap.. 
"cikgu, saya punya lain" sambil was-was nak bagi kertas. aku pon ingat budak ni main2 ke hape kan.nak hangin sebentar dah tadi. pastu dia kata 
"ayah saya yang jaga saya sekarang tak sama ngan yang binti tu cikgu".aku pon cakap kenapa dan dalam pikiran aku aku assume mak dia kawin lain je. still lagi dia berdolak dalih nak bagi kertas tu.
" ayah ngan mak saya buang saya cikgu..." aku terus terkedu..
"mak ayah saya buang saya 2 tahun lepas cikgu.dorang kata taknak bela saya lagi.dia buang saya dan tak suruh saya cari dorang" serius aku nak nangis. tapi aku tahan weh. dalam hati terpikir sampainya hati makpak dia ni. sekarang dia tinggal ngan orang yang sudi nak jaga dia. takde talian darah pon ngan dia. see..how kejam makpak dia. aku tengok budak tu taklah nakal sangat pon.dan aku taknak runsingkan dia ngan soalan2 aku. jadi aku takde la tanya kenapa dia dibuang. maybe one day aku akan tau puncanya sendiri tanpa perlu tanya dia kan. emmm.still lagi terngiang2 suara budak tu cakap saya anak terbuang cikgu...

ada sorang anak murid ni jugak, aku taktau la kan sebab aku taknak pakse dia or tanya dia soalan2 sensitif ni. kisahnya, namanya contohnya je tau SITI BINTI ABDULLAH. ok fine. NAMA AYAH : SULAIMAN BIN ABU. erk???nama ayah dia tak sama tapi if penjaga dorang akan letak NAMA PENJAGA BUKAN NAMA AYAH. emm... aku nak tanya tapi aku rasa korang tau kenapa aku tak tanya kan..emmm..aku taknak assume benda yang buruk-buruk tapi aku takut kalo aku judge dia ngan benda yang tak sepatutnya, aku kejam sangat kan. emmm. budak ni tingkatan 2 semuanya. tingkatan 4 tak sempat nak berkenalan sebab 5 orang je masuk kelas aku tadi.

emmm..satu hari cukup membuatkan aku bukak mata besar-besar bahawa tak semua sempurna kehidupannya dan buatkan aku bersyukur ngan apa aku ada. hope aku ikhlas to be a teacher.

p/s: takde niat nak memperkotak katik kan sape-sape.. just nak share saja....



" I LOVE TO BE A TEACHER"



Lots of Love,
-Suzzanne-

2 comments:

  1. -Kak, seronok baca kisah akak. Nanti tulis lagi banyak2 pengalaman tu ya. Serius, snagat berharga! ;)

    ReplyDelete
  2. hai amir, tenkiu ye..hope enjoy reading my journal ni.hehe..saje nak share pengalaman je

    ReplyDelete

Kalau rasa nak komen sila komen.
Kalau rasa taknak komen tak payah komen.
Yang pasti aku tapis komen kau.
Boleh?