PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Showing posts with label geram. Show all posts
Showing posts with label geram. Show all posts

Friday, 28 December 2012

BUNTING...



Lama giler tak mengadap blog. Serius bezi teramat sangat.

Cerita ringkas jela eh. Sekarang kan musim bunting. Tahniah kepada kawan-kawan yang bunting. Seronok la saya dapat jadi makcik. Nak jadi mak lambat lagi kan. So, jadi makcik je mampu.

Ni cerita perbualan aku dengan adik-adik aku pada satu hari

Rujukan: 
Adik 1: Umur 19 tahun
Adik 2: Umur 10 tahun

Aku: Eh, si O (bukan nama sebenar) dah tak kerja kat ..... lagi ke?

Adik 1: Tak. Dia dah berhenti kerja.

Aku: Erkk?? Kenapa pulak? Bukan ke dia elok je kerja kat situ?

Adik 1: Dia mengandung.

Aku: Owhhh.. Bila kahwin? Aku tak tau pun dia kahwin?

Adik 1: Dia tak kahwin lagi.

Adik 2: Kenapa dia boleh mengandung kalau tak kahwin lagi?

Aku & Adik 1: **tercenggang


Kesimpulan: Jangan assume semua budak-budak sekolah rendah dah tercemar kepala otak dia.. please take note ye makpak sekalian



Oke. Setel cerita pasal bunting. Ni nak cerita pasal mereka yang komen menggunakan nama samaran atau anonymous je. Sebelum ni aku publickan komen. Maknanya kau komen la sesuka hati kau sebab aku rasa kau memang layak komen tapi aku rasa pasni aku kena moderate semua komen2 sebelum dilepaskan kat tatapan umum. Bukan aku nak sorok kebenaran. Aha la. Aku kan bodoh (seperti kata anonymous sekor ni).. so, disebabkan aku bodoh jadinya aku kena baca dan kaji komen-komen anonymous yang bijaksana ni. Takot nanti orang lain kata si anonymous ni pulak yang bodoh. Guna pulak nick anonymous. Hok aloh. Kutuk orang tapi kau sorok identiti. Tak ke ko lagi bodoh plus pengecut. Orang-orang macam ni cakap belakang je terror tapi cuba suruh cakap depan-depan, buat blog macam aku ni pastu tak payah nak sorok-sorok identiti kau tu, sure kecut kemaluan kau kan.


Dah-dah. Aku yang bodoh ni (seperti kata anoymous) nak sambung stadi balik. Anonymous kata aku bodoh. Maknanya haruslah aku stadi kan. Hilang ilmu kat kepala otak aku kalau dilayan anonymous yang bijaksana lagi pandai segalanya ni.





Nota kaki busuk: 
Aku tau si anonymous yang bijaksana tu tunggu entri baru aku. Bodoh-bodoh aku ni pun kau suka baca  blog aku jugak kan






Chalo betey...




Thursday, 6 December 2012

ALAHAI ASTRO oOo ASTRO


AMARAN KERAS:: Cerita-cerita kat dalam ni mungkin menggunakan ayat-ayat kesat. So, kalau rasa anda sangat sensitif dengan ayat atau perkataan kesat amat digalakkan anda klik pangkah kat atas tu. 



Aku sebenarnya geram dengan Astro sekarang. Yang dah tau kisah sedih aku dengan Astro ni tau lah kan macamana azabnya aku x dapat tengok segala mak nenek sinetron yang x pernah sehari pun aku miss tengok. Tiba-tiba si banggang decoder ni boleh pulak buat hal. 

Alkisah, gamaknya rumah ada 1 tv 1 decoder Astro. Dalam rumah  ni ada 6 anak tekak yang seleranya semua x sama. Sorang nak layan bola, sorang nak layan Astro Ceria, sorang nak layan opera cina, sorang nak layan citer Indon (aku le tu), sorang nak layan food channel. Haaa. Pulak. Haru biru nak tengok tv sampai boleh buat gadoh. Nasib x putus pertalian persaudaraan je. Nampak x betapa jahatnye Astro ke Tv ni punya pengaruh. 

Jadi, konon-konon nak ada solution la kan. Jadi bapak aku ni install la PVR. Haaa.. merecord jela cerita kan. Mana yang x sempat tu record, karang orang dah xnak tengok tv masa tu boleh layan. Pastu record cerita ombak rindu seminggu layan. Naik muntah aku tengok. Dapat pulak aku alergik betul dengan Aaron Aziz. Aku pun xtau celah mana kehenseman Aaron Aziz tu sampai jadi kegilaan semua pompuan termasuk mak aku. Keji. Cuba kalau Aaron Aziz tu perut buncit macam aku pastu xde 6pax pastu hitam macam ex  laki Heidi Klum yang nama Seal tu aku rasa xde sapa pun nak layan ombak rindu. Bagi aku cerita tu x besh langsung. Redha itu pasrah oke... oke oke fine.

Jadi sebab tabiat merecord tu macam besh, so ketaksuban ahli kerabat aku pun macam orang x pernah makan seminggu. Iklan colgate pun nak rakam. Apekejadah la kan. Aku pun salah sorang yang taksub jugak. 

Alkisahnya, satu petang tu aku cek la benda-benda yang kerabat aku record ni. Huk makkkk oiiiii.... berlambak-lambak. Lagi la cerita yang aku record. Cerita aku tengok pulak semua berangkai. Contoh kan Aku record sinetron pukul 3pm episod 3, esok otomatik dia akan record episod 4..5..6 dan seterusnya. Penuh terus wall tv tu. Pastu aku delete la benda tu sebijik bijik. Time record dia bagi 300 hours. Ni dah guna dekat separuh. Bayangkan lah. Dengan iklan colgate lagi. Mau semput aku tengok.


Lepas dah clearkan semua tu aku pun record balik mana cerita yang aku follow. Kira macam kita dah format pendrive pastu kita simpan folder balik la tu. Nak dijadikan kisah tengah syok-syok aku menonton tetiba cerita jadi hang. Xbergerak si hero tu duduk comolot dengan heroin. Tersekat sampai situ. Haaa. Dah. Aku dah gelabah dah. Dahlah part comolot jugak nak hang kang. Mau 15 minit aku tengok aksi menyayatkan hati tu. Peh! Ni kalau betul boleh masuk Guiness Book of Record tu. Comolot paling lama. Hahaha.


Dah segala button aku tekan x gerak-gerak jugak aku pun tutup terus plak utama Astro tu. Pastu restart balik pun x boleh. Aku dah gelabah. Ni ada aku kena. Nasib semua dah tidur so xde sapa dapat syaki sapa punya angkara ni kan. Selamat. Esok pagi bangun (sebenarnya tengahari jugak aku bangun) aku pun buat-buat macam xtau apa-apa. Tengok mak aku dok dapor dengar radio, adik aku main laptop. Arhhh...mati aku ni nanti. So nak elak kena bunuh aku pun bukak la tv " Eh, mak x tengok Wanita Hari Ini ke? Dah pukul 12.30 ni (kantoi bangun pukol 12.30...hahaha)... Adik aku jawab "TV rosak". Gulp...! Aku pun kata "Ish, kenapa rosak pulak. Orang nak tengok sinetron jap lagi ni" .. cakap kuat-kuat pastu lari masuk bilik mandi. Hahah. Jangan kantoi sudah. Mati aku.

Ringkaskan jela eh. Pastu kantoi sebab tiba-tiba aku terkata kat bapak aku " Orang tengah tengok tiba-tiba tv ni macam cd rosak. Dia jadi hang. Orang pun tutup jela tv. Takde buat apa-apa pun" Sekian, kantoi sudah. Kena marah? Of course lah. Banyak benda kat rumah ni aku dah musnahkan senyap-senyap. Ikan bapak aku pun aku boleh bunuh tanpa sedar. Rilex je aku tutup suis oksigen dia tu. Pastu berduyun-duyun ikan mati. Aku buat rilex je. Pastu bila bapak aku tanya sapa bunuh ikan tu aku kata "Takdir menentukan segalanya" sambil berlakon sedih mengadap akuarium tu. Last-last kantoi sebab aku sendiri jugak gatal bukak mulut. Ish. Aku x pandai nak rahsia-rahsia ni la. Lepas tu habis satu Sungai Udang bapak aku canang cerita kata aku pembunuh ikan dia. Celah!


Ni apa cerita ikan pulak ni. Hadoi. Serius aku nak ringkas je cerita tapi sampai sekarang point aku x sampai lagi. Hadoi. Kemaruk dah menaip ni kan.


Yang atas tu belum lagi sampai tahap bengang. Ni tahap bengang bila telepon customer service dia. Macam cilaka pun ada aku rasa. Bapak aku telepon dari hari pertama decoder sengal buat hal. Orang astro kata bagi dorang masa 3 hari nanti dorang hantar technician check apa yang rosak. Ok fine. Tabah lah hati kami sekerabat ni tengok tv gelap tu kan. Maaflah kalau hal dunia kami lambat sikit update plus internet lembab macam kura-kura. Tapi aku agak kura-kura lagi laju dalam kes ni.  


Selepas 3 hari... tetap xde sebatang hidung technician pun datang. Fine fine. Sabar semua.

Aku pun mengambil alih posisi bapak aku menelefon astro. Tau la laki kan. Dorang bukan suka sangat kecoh-kecoh benda macamni. Begitulah bapak aku. Siap boleh kata "Ni datang jap lagi. Takyah la tepon. Nanti customer service marah" WTH kan. Dah kerja kau customer service haruslah kau melayan aku. Customer always rite what.

Oke. Aku call. Tiba-tiba nombor akaun Astro pulak xde. Hulamak. Bapak aku punya xnak aku call astro sampai semua bill astro dia bawak pegi opis. Kau tengok betapa sayangnya bapak aku dengan astro. Aku pun apa lagi. Jadi derhaka kejap la kan. Masa tu pagi. Belum mandi. Taik mata pun belum clear lagi. Dengan baju tidur koyak tu aku gi meroyan sampai keluar rumah cari bill astro tu. Nasib aku x pergi opis bapak aku je. Bukan aku xtau pun opis dia kat mana kan. Last-last bapak aku terpaksa mengalah. Takut aku jadi Princess Fiona bini Shrek tu. Oke. Aku call ni

Lepas dah bla bla bla ngan operator komputer dia... (PERBUALAN ANDA DIRAKAM)

Aku: Helo astro, ni nombor akaun. 890..... blablabla... (xde salam xde mukadimah)

Orang astro: Erk? Baik cik. Saya cek kejap. (Uuuiiii....kejap dia aku kentut 50 kali pun x siap-siap jugak dia punya cek)

Orang astro: Ye cik, apa masalah ye?
Pehh...aku masa ni nak ribut dah. Boleh tanya masalah.

Aku: Hei, cuba U baca report sebelum ni. Kan dah buat. Baca lah. Berapa kali lagi nak cerita. 
Hambik kau. Dengan bapak aku kau boleh gedik-gedik manja. Dengan aku jangan harap

Orang astro: Menurut report sebelum bla bla bla bla....... 

Aku: Aaha. So, bila boleh setel? I dah tunggu 3 hari ni.

Orang astro: Kami akan hantar technician dalam masa 4 jam.... bla bla....

Oke. Habis cerita pertama. Baru pertama oke. Cerita ni panjang lagi. Kalau x larat kau terus baca ending jela eh.

Lepas 4 jam, tetap batang hidung technician x de. Apa kejadah dah ni kan. Xpe. Nasib hari tu aku bezi gi kenduri kawan aku kan. Aku tabahkan je hati.

Hari Isnin

Aku: Ni nombor akaun.890....... Tolong cepat!

Customer service (lain): Ye, apa masalah ye cik?

Aku: Masalah??? U ni x baca ke report kawan-kawan U buat before ni ke kawan-kawan U x buat report?
 ~ agak hangin gak aku~

Aku lagi (memang pompuan customer service tu xde peluang cakap):...ni janji 4 jam nak sampai rumah tapi sampai sekarang x jugak datang ape kes ni? Mula-mula kata 3 hari pastu kata 4 jam.. Penipu betul. Masa mula-mula nak install benda ni laju je orang U (aku terpaksa jadi jahat dah masa tu) datang rumah kan. Siap orang U goda bapak I suruh pakai PVR la superpack la. Harini apply, 5 minit U dah terpacak depan rumah. Pehh..! Bila dah rosak banyak pulak alasan U. Kata xde stok la. Technician cuti beranak la. Ni pulak apa alasan U haa?!

~ Masa tu aku rasa aku berjaya membarakan kesabaran customer service tu. Huahua. Tapi profesional beb dorang ni. Nada keras tapi masih behave~ 

Customer service: Maaf cik. Menurut report bla bla bla... (dia boleh ulang report aku buat sebelum ni lagi sekali)... Kami akan cuba hantar technician kami dalam masa 48jam. (48JAM OKE!!!)

Aku: Eh, I dah malas nak dengar janji palsu Astro ni. Please lah. Lepas ni berapa jam lagi U nak tambah? Kenapa U x kata 48 bulan terus? Senang sikit I nak potong astro ni...bla...bla..bla... (sampai bernanah telinga orang tu)

After 48 jam on the dot... tetap x datang. Jangan kata korang kalau kat situasi aku ni korang mampu sabar senyum-senyum. Penipu lah tu. Bil jalan, astro xde. Tak ke hangin ribut taufan. Makan duit haram je astro ni. Nasib la. Sapa-sapa orang astro baca ni aku mintak maap le. Tapi tula kenyataan. Nak suruh pakai package kau offer laju je kan. 5 minit dah terpacak depan rumah. Peh! Kagum dengan service kau. Tapi bila rosak je kau punya lembab nak buat kerja macam lembu seret kandang. Lembab! Boleh pulak bagi alasan decoder PVR tu xde stok. Padahal kat pasar malam tu ramai je orang astro dok promosi siap kata stok ada dalam tangan. WTH???! 

So, after 48 hours pun depa x mai aku macam biasa, serang customer service lagi. 

Aku: 89000......... (terus bagi nombor akaun..langsung xde mukadimah)

Customer service: Apa masalah ye cik? (tetap soalan yang sama..aku x larat nak marah lagi)

Aku: U baca report. I bagi 3 minit. Jangan lama. Bill telepon I berjalan ni 

After 3 minutes...

Customer service: Cik, kami dah cuba sediakan stok PVR ni tapi masih xde. Dalam masa seminggu baru ada.

Aku: I nak tanya U personal la kan, kalau U dalam situasi I,  dari Selasa lepas (tarikh menaip blog ni adalah khamis) until now U call berpuluh kali, tunggu dan tunggu, mengadap tv gelap siang malam tu lagi , U masih lagi mampu sabar ke? Jujur la

Customer service: Tak. (Hahah.. Sepatah je dia jawab)

Aku: So, U tolong bagi nama U. Anything kalau benda ni xde progress I terpaksa mention nama U. 

(Aku tau bukan patut dia ni je aku hentak tapi kawan-kawan yang sebelum ni jugak tapi aku rasa ni je cara aku nak gertak dorang buat kerja)

Pompuan tu takut-takut jugak nak bagi nama. Yela. Kang aku report kat atasan sia-sia dia kena buang kerja padahal baru 1st time kot dia cakap dengan aku. (Aku boleh ingat suara pompuan-pompuan astro). Last-last dia bagi



~ SHIFA ~ je oke. Dia xnak bagi nama penuh. Oke. Fine Shifa.

Aku: Oke Shifa. Kalau benda ni xde progress within 24 hours I terpaksa ambil tindakan samada I report pada atasan atau I publishkan problem I kat surat khabar. Since I dah tau nama U so mudah sikit kerja I. So, nama U I akan pamerkan sekali dalam report. (Oke tak cara ugutan aku? )


PAP...! Aku terus off call tanpa adab dan say bye2... kurang ajar jugak aku masa tu.

4 jam lepas tu...

Rumusan: Bosh depa call aku. Aku rasa Indian dari cara dan slang-slang dia. Ni mesti si Shifa takut pastu terus report kat bosh. Kata bosh dia (lupa pulak aku nak tanya nama mamat tu apa) dia dah hantar decoder baru kat melaka so esok (harini la tu) paling lewat pukul 11 technician akan datang untuk install decoder baru.~ Maaf atas segala kesulitan dari pihak kami.~ 


So, tunggu jela bulan jatoh ke riba. Dari selasa lepas sampai ke sekarang ni x jugak setel kan. Kalau ada, ada. Kalau xde pasni aku beli parabola je. Siap channel Singapore, Indon, Thailand boleh masuk nanti. Lagi senang. Piring astro tu boleh jadi kuali x pun sarang burung je. Paling indah dapat jadi sampan. 



Apa-apa pun aku dan keluarga menunggu dengan sabar astro datang rumah kejap lagi pukul 11 ni. Kalau xde kau beli lah utusan ke metro ke sebab pasni aku nak buat report kat surat khabar. Tengoklah macamana aku mengarang report tu nanti. Bernanah x bernanah hati orang astro. 




Tengah menaip geram-geram ni boleh pulak layan lagu Wonderful Tonight kan. Hilang terus marah. Romantika jap.



Lots of Hate,
~Suzzanne~



Saturday, 2 May 2009

baik ke gula-gula getah?


CHICAGO - Satu kajian oleh para penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa mengunyah gula-gula getah mungkin dapat meningkatkan pencapaian akademik golongan remaja.
Ketika ini kebanyakan sekolah di AS mengharamkan perbuatan mengunyah gula getah kerana para pelajar didapati suka membuang sisa gula getah yang melekit di bawah meja atau kerusi.
Bagaimanapun satu pasukan penyelidik diketuai oleh Craig Johnston dari Baylor College of Medicine di Houston, mendapati bahawa pelajar yang mengunyah gula getah ketika kelas matematik memperoleh markah lebih tinggi dalam ujian dan gred mereka bertambah baik menjelang akhir penggal berbanding dengan pelajar yang tidak mengunyah gula getah.
Kajian dibiayai oleh pembuat gula getah terkenal,Wrigley.
Pengarah Eksekutif Institut Sains Wrigley, Gil Leveille, berkata, Wrigley mendapat maklum balas daripada ramai pelanggan yang menyatakan mengunyah gula getah menjadikan mereka lebih fokus.
fakta baru neh.selame ni kalo makan chewgum pon kunyah2 kejap pastu wat belon pastu buang je.kalo adik aku pulak selagi ade sup(manis2) selagi tu la die tak buang.kalo aku tau bole cerdikkan aku,tiap2 ari la aku dok kunyah chewgum. :)
bagi aku chewgum ni ade gak tak faedah gak.contohnye:
1)baju aku pernah kene tepek ngan chewgum mase aku dok besandar kat kerusi kat melaka sentral.cilako betol sape yang dengki tu.dahle aku nak balek shalam mase tu.and naseb baek gak la aku ade baju lebey.gilo tol.dapat pulak kalo orang tu saket sifilis ke hiv ke.abes sume kuman2 melekat kat baju aku.eyek...
2)yang ni aku tau ramai yang pernah kene.ngah korang menapak tetibe rase macam berat je langakah tibe2.huh!aku byk kali dah kene.tak terkire.n setiap kali tu la aku dok sumpah2 orang yang buat tu.nak je aku lekatkan chewgum tu kat mulot diorang (marah neh)
patot le singapore haramkan chewgum kat negare die.ni sebab manusie ni tak kesedaran sivik.penat je kerajaan gi antau i pkn,wujudkan kelas moral.tapi hasilnye hampeh.oley itu kepade pengemar chewum: korang telan je chewgum tu dari tepek kat kerusi ke meje ke ape ke.tak mati pon kalo telan.paleng2 pon hampir mati sebab sesak napas..mase kecik2 mesti korang pernah tetelan tapi idop gak kan.(temasuk aku gak)saiko je mitos tu.