PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Tuesday 13 March 2012

HUBUNGAN ITU MENJADI RETAK


** Peringatan: Kepada sesiapa yang sensitif tentang post ini anda boleh tinggalkan komen di bawah atau tekan tanda X di atas. Segala isi di dalam adalah ikhlas dari saya tanpa bertujuan menyakiti mana-mana pihak. Sekian. 

-Admin-


HAI OULSSS...


harini kita jadi serius sikit eh.selalu macam suka-suka riang-riang ribena je. ngeeeeeee..okeh!

kita tak pernah mengharapkan setiap hubungan itu akan berakhir dengan begitu saja bermaksud putus di tengah jalan. Kadang-kadang pelbagai usaha kita dah buat untuk selamatkan hubungan itu tapi benar seperti dikata, jodoh pertemuan, perpisahahan di tangan takdir. sekuat mana kita cuba melawan takdir itu tapi kalau tetap bukan milik kita, maka bukan milik kita la ye.



Menipu adalah pembunuh utama dalam perhubungan. ye! sangat betul. tetapi pernah tak kita selidik kenapa pasangan kita tu menipu. kadang-kadang si dia menipu kerana taknak pasangan dia terlalu memikirkan hal yang bukan-bukan mahupun perkara yang kecil menjadi besar. dengan maksud kata lain menipu adalah untuk menyelamatkan hubungan itu kerana tidak mahu pasangan itu terasa hati atau terluka. tapi ya memang sesetengah orang tak mampu menerima penipuan daripada pasangan.

Inginkan kebebasan juga salah satu mengapa hubungan itu menjadi retak. memang semua orang mahukan kebebasan. sedangkan dalam nilai-nilai moral sendiri ada mengatakan salah satu nilainya adalah kebebasan. tapi sekiranya kebebasan yang kita cipta hanya untuk menyakitkan hati pasangan kita, kenapa perlu diwujudkan lagi hubungan itu. putus lalu bebasla sebebas-bebasnya agar semua impian dan cita-cita itu tercapai.

Taksub dengan duit dan kerjaya. Ni juga salah satu pembunuh hebat dalam hubungan. sedar tak sedar bahawa duit bukan jaminan sesuatu hubungan itu akan kekal. kenapa perlu mengumpul harta yang banyak sedangkan ada hati yang terluka di sana. kerana terlalu taksub untuk mengejar kekayaan, sedarkah kamu yang si dia terabai dan ditinggalkan begitu sahaja. ya. tiada duit juga masalah besar dalam hubungan tapi cukuplah sekadar mampu menampung keperluan hidup bukannya kehendak hidup. (boleh rujuk teori maslow term2 ni eh)

Hormat menghormati. Tidak perlu kamu menjadi hebat, menjadi orang kaya, menjadi orang pandai, tua dari si dia semata-mata hendakkan penghormatan daripada si dia. si dia sedia menghormati kamu sekiranya kamu juga mampu menghormati si dia. tapi kerana sikap dan keegoaan yang memang tercipta dalam hidup kamu, kamu ingin setiap orang di sekeliling menghormati kamu sedangkan kamu tidak tahu bahawa si dia sangat terluka dan berkecil hati sehingga sampai satu saat terpikir oleh si dia " benarkah aku ni terlalu bodoh sehingga tiada sekelumit rasa hormat dia padaku?" . sedarkah kamu bahawa si dia juga sedaya upaya mengharapkan penghormatan dari kamu. dia menjadi kekasih yang terbaik, orang yang terpuji, belajar dan mencari kerja yang dipandang mulia agar dia mampu berdiri sama tinggi supaya kamu tidak berasa malu untuk mengakuinya " ya! dia kekasihku" di khalayak ramai termasuk rakan-rakan kamu.

Egoistik. Tidak salah egoistik itu menjadi sebatian dalam diri kita tapi berpada-padalah tahap ego kamu itu supaya si dia tidak berasa kecil hati dengan cara egoistik kamu itu. mengalahlah kamu sekali sekala supaya hubungan yang sedia ada itu bahagia selamanya. sebesar-besar tahap ego kamu sebenarnya hanya kan memakan diri.

Bosan. emm. benar seperti dikata. habis madu sepah dibuang. biler sudah puas bermadu kasih (jangan bersalah sangka ye) lalu ditinggalkan si dia yang masih terlalu cintakan kamu. kenapa istilah kebosanan itu perlu wujud sekiranya kamu menjalinkan hubungan itu atas nama cinta. ingatkah kamu moment-moment indah dulu yang membuatkan kamu sedikitpun tidak berasa bosan bersama si dia. ingatkah kamu hampir setiap hari setiap masa kamu bersama si dia. ingatkah kamu hampir 24jam kamu bersamanya walaupun tidak ada perkara yang ingin dikatakan. tidak bosan! itulah ertinya pada masa dulu. tapi sekarang, kenapa begitu pantas kamu mengelakkan diri daripadanya? pernahkah kamu terpikir bahawa si dia tidak pernah sedikit pun berasa bosan bersama kamu dan buktinya sehingga kini si dia masih di setia menanti kamu meskipun si dia tahu kamu cuba menjauhi diri daripadanya. masih setia menanti panggilan dan pesanan dari kamu yang mengukir segala kata-kata cinta, sayang dan rindu itu. ye2! si dia tahu bahawa si dia hanya bermimpi untuk menjejaki moment, panggilan dan mesej itu.

Perlukah kamu mengungkit hal lalu tentang si dia? sedarkah kamu kehidupan lalu kamu juga tidak begitu sempurna tapi si dia tetap menerima kamu seadanya kamu tanpa mengungkit sisi-sisi hitam kamu kerana si dia pasti kamu telah berubah menjadi yang terbaik untuk dirinya sekarang. tidak perlulah kamu mengungkit segala hal-hal si dia yang bukan milik kamu hanya sekadar menjadi punca pergaduhan yang tiada kesudahan itu.

Menjaga tutur bahasa kamu supaya kamu disayangi dan dihormati. tetapi mengapa biler si dia dari hari ke hari menjaga tutur bahasanya tidak pulak bagi kamu menyedarinya. "otak kau!", "bengong!", " bodoh" mengapa itu menjadi ayat rutin kamu sekiranya berselisihan faham dengan si dia. bodoh sangatkah si dia sehingga setiap perlakuannya dilabel sebegitu rupa. kamu tidak pernah sedar dah lihat betapa si dia cuba menjadi si pandai supaya kamu tidak akan menghinanya sebegitu rupa lagi. apa lagi mampu si dia balas sekiranya perkataan itu dilabelkan kepadanya melainkan hanya menelan dengan airmata yang kecewa.

Agama dan keluarga. semua orang tahu jangan ditolak tepi agama itu, jangan dibuang jauh keluarga itu. kerana 2 perkara itu adalah mercu utama yang perlu kita hadapi. halangan agama dan keluarga dalam hubungan kamu dan si dia memungkinkan kamu untuk berpikir banyak kali untuk menerimanya dalam hidup kamu. tapi kamu juga perlu sedar bahawa si dia juga sudah mampu menerima semua itu. mengapa perlu menjadi pengecut dan penakut untuk menyimpan hubungan itu. adakah kerana kamu malu dan takut diketawakan oleh orang sekeliling kamu jika kamu memiliki dia. bukalah mata kamu. intan dan berlian mungkin bukan pada si dia tapi hati yang tulus murni mencintai kamu itu yang perlu kamu lihat. bersedialah menghadapi kemungkinan dan jadilah orang yang sekuat-kuatnya untuk berada di sisi si dia kerana si dia sangat memerlukan kamu saat agama dan keluarga menjadi persoalan besar dalam hidupnya.


Sekian saja. tak boleh taip banyak-banyak lagi.  sebak -sebak. okeh. harap menjadi teladan dan sempadan kepada hubungan yang hampir retak itu.


" si dia rindukan cinta yang dulu"


Lots of Love,
-Suzzanne-





No comments:

Post a Comment

Kalau rasa nak komen sila komen.
Kalau rasa taknak komen tak payah komen.
Yang pasti aku tapis komen kau.
Boleh?