PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Saturday 19 May 2012

TIPS MENGELAK PELAJAR MENIRU SEMASA EXAM...

** Peringatan: Kepada sesiapa yang sensitif tentang post ini anda boleh tinggalkan komen di bawah atau tekan tanda X di atas. Segala isi di dalam adalah ikhlas dari saya tanpa bertujuan menyakiti mana-mana pihak. Sekian. -Admin-


Hai Ouls...

Selamat bermalam minggu. Banyak benda betol kan aktiviti malam ni. Huargh.. so concern I tau.
Wokeh. Ni biasa la. Cerita sekolah lagi okeh. Nak cerita benda lain tapi macam kurang idea je.

Sekarang ni kan musim periksa pertengahan tahun kan. Dan mungkin ada separuh sekolah tu dah habis exam. Cabaran jugak kan nak jaga exam. Aku dah macam singa betina nak telan buaya je bila jaga exam ni. Kalau dapat kelas yang first tu untunglah. sunyi sepi macam takde orang dalam kelas. Last-last aku lak mengantuk sorang2 kat meja sebab dekat 40 minit tak bercakap kan. ahaha.. tapi kalau rezeki tak kemana, dapat la jaga kelas hujong2 tu, lagi kalau menengah atas form 3, 4 dan 5 tu. dia punya tebiat nak meniru memang melampaui batas-batas kehidopan aku. aku pun meniru gak time belajar dulu. dari sekolah sampaila ke universitas aku meniru je kalau time ujian jela. kalau exam besar tu aku jadi baik. heeeeeeee.. ni pengakuan exclusive ni. hamponnnnnnnn cikgu-cikgu saya dan pensyarah-pensyarah saya sekalian. hahahampon...

tapi

tapi

nak meniru tu beradab gakla. jangan la sampai ketara sangat nampaknya. ni tak, segala mak bapak bunyik budak-budak dok keluarkan. bunyi burung la cicak la ayam la..macam aku taktau bunyi2 tu stand for apa kan. bunyi ayam tu kan A, burung (B), cicak (C).. hek eleh..student2 sekalian simpan je taktik2 meniru.

meniru dah satu bab, ni yang jenis tak boleh duduk diam. pandang sana, pandang sini, goyang sana, goyang sini, mengeliat macam baby.. kinestetik betol kan kau budak.

Oleh sebab aku rasa bukan aku je ada masalah nak handle budak2 meniru + budak tak boleh senyap + budak2 kacau time exam ni, aku pun pegi la korek rahsia cikgu pembimbing aku camne nak handle kan. sebab aku tengok budak2 takot je ngan dia kalau dia jaga exam. ni kira share petua la ni. ahaks!



PETUANYA...

contoh la kan,  budak empunya kertas ni aku reka je (tengok gambo kat bawah ni). kata contoh. cer teka nama sapa tu? huahuahua..kompem scha alyahya marah.

Okeh, contoh la budak nama dibawah ni tak habis2 buat hal time exam sampaikan suara kita nak tegor pon hilang. daya tahan kesabaran pun habis dah. so, kita guna je cara psikologi. takde buang masa, buang tenaga dan sakit hati.






CARANYA

caranya, before exam kan kita dah terang segala mak nenek peraturan jangan meniru, jangan cuba meniru, jangan buat kacau dan jangan kacau orang lain kan. tu wajibla masa kita dah edar kertas before dorang start menjawab tu.

tapi si budak ni tetap jugak ikut kepala dia takmo dengar cakap kan. dia tetap  nak langgar peraturan. so, kita yang cikgu ni jangan la buang masa nak marah2 jerit2 naikkan darah tinggi. kita pergi je kat meja dia bawak pen merah pastu kau tulis la tolak (-) 10 % kat kertas dia. jangan lupa initial pastu letak tarikh. kasi cam real la kau nak tolak markah dia. so, ni namanya ugot secara halus. tengok le contoh kat bawah tu



pastu dia bising ke buat hal lagi. kau pegi lagi kat meja dia pastu kau letak lagi tolak 10% tu..so total dah jadi -20% kan..masa ni mesti budak tu pun kata " apa ni cikgu, nanti saya dapat berapa je nanti"... kau pon remind dia balik "kan cikgu pesan tadi jangan bising, jangan meniru, jangan kacau kawan".. pastu, kau akan nampak la muka tak puas hati dia. takpe2. memang dia akan melawan cakap kau. so, kau biarkan je dia ngan emosi tak stabil dia tu lalu kau tinggalkan dia melayan emosi emo tu dan kau akan tengok kawan-kawan dia yang lain dah mula cuak nak buat bising takot dapat nasib malang macam si budak ni.





dan kalau dia bising lagi buat hal lagi, kau pon kasi markup le tolak2 kau tu..paling maximum pon budak tu kompem bising sampai tolak 40% je sebab dia dah takut dia tak dapat ape2 markah nanti. budak2 ni kan nak dapatkan 100% pon bukan main susah apetah lagi 40%.. so, kalau dah asyik kena tolak je berapa je la tinggal kan. saiko dorang sikit.




Cikgu2 sekalian, lakonan kita tak terhenti sampai situ eh. bila nak dekat abes masa tu kau pon pegi balik kat meja budak2 yang kau tolak markah tadi berserta kertas kosong dan pen.


kau buat macam kat bawah ni. ni kira kau punya simpanan nak bagi kat cikgu dia..konon2 je ni tau tapi kau mesti buat macam real depan budak2 ni. kalau kau takat letak kat kertas dia je memang dia takot tapi takla 100% punya takot sebab dia boleh padam je markah yang kau tolak tu. tula sebabnya kau bawak kertas dan salin nama dia berserta berapa markah budak tu kena tolak. kau konon2 cakapla kat budak tu "cikgu nak bagi kat cikgu kamu"..dorang wat muka kan? kau abaikan je. biarkan dia ngan labunya. tapi kan kau boleh tengok hasil kerja kau untuk sorang budak ni boleh membuatkan seisi kelas jadi taat kat arahan kau sebab budak2 lain dah mula takot tengok kau tolak markah kawan dia.








okeh, ni satu je aku nak share. banyak lagi cara lain kan. marilah share kalau ada. kalau boleh takmo la yang buat kita sakit hati or jerit2..cukop 2 tahun ngajar ada kang suara pon hilang. takmo aku.


owh lupa pulak nak bagitau. kau mesti takot kan nak tulis pakai pen merah tu.nevermind2, kau buat je. nanti kau jumpa cikgu empunya kertas tu dan kau bagitau la reason kau buat benda tu. cikgu tu tak marah punya sebab benda tu untuk kebaikan dan tak datangkan kemudaratan yang negatif pon kan.

p/s: Cara ni bagi aku sesuai dipratikkan kat budak2 form 3, 4 dan 5 je. Form 1 dan 2 ni kita just ugot rampas kertas ke marah2 sikit dia dah takot.  ok?



Okeh la..sampai sini jela eh. nanti kita cerita-cerita lagi.



( kepada student yang baca blog cikgu ni, cikgu tau kamu baik dan takkan meniru kan. so, mintak kerjasama jangan bocorkan rahsia cikgu ni kat kawan-kawan kamu tu lagi2 masa cikgu yang jaga exam kelas kamu ok? Good gurls and boys!)



" Seronok jumpa kawan sekolah rendah tau"




Hak Cipta Terpelihara,
-Suzzanne-







4 comments:

  1. Terbaikkkk la sis!!!

    ReplyDelete
  2. ko ade dimane2 aje bai...cis!

    ReplyDelete
  3. ko ni takpe je kalu nak bagi budak tiru .. lumrah la tuh ..ko x meniru ke dulu ? hahahaha .. sbb meniru ni pun salah satu teknik .. memanipulasi peluang adalah satu perkara biase.. die akan nyesal nanti..

    ReplyDelete

Kalau rasa nak komen sila komen.
Kalau rasa taknak komen tak payah komen.
Yang pasti aku tapis komen kau.
Boleh?