PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Friday 8 January 2010

POST PERTAMA 2010

halo....
lame sungguh aku tak mem"blog"kan diri aku.huh.malas sebenarnya nak taip2.kalo bole cakap2 je dah lama aku cakap daripada taip ni.

first at all, aku nak wish happy new year (2010) walaupun dah terlambat sangat.hopefully tahun ni bertambah2 shining untuk aku dan semua.azam?tiap2 tahun sebenarnya takde azam sebab dulu masa sekolah biler cikgu tanya apa azam aku,aku akan cakap " saya nak belajar bersungguh2 cikgu" tapi pada akhirnya aku belajar ala kadar je.takde istilah stadi hard dalam kamus hidop aku sampailah sekarang ni.nasib sekarang ni dah habis belajar.

sebenarnya banyak aku nak kongsi dalam blog ni tapi tak mampu dek aku nak citer semuanya.cukuplah yang penting2 je.

last entri masa tu aku ada janji nak citer ape aku wat sekarang kan.tak silap aku masa tu bulan september beberapa hari lepas besday aku.tu pon curi2 guna internet kat opis sebab bos aku ni suke skodeng guna cctv.

aku sekarang jadi penganggur balik.sebenarnya(
korang akan jumpe banyak ayat "sebenarnya" dalam post ni nanti) aku tak gemar sangat nak bagitau yang aku jadi penganggur balik tapi sebab aku dah malas nak jawab bile orang tanya apa aku wat sekarang aku pon jawab le dalam blog aku ni.sekarang ni aku balik semula pada asal iaitu aktif mencari keja.intebiu takyah cakap le.banyak kali dah pegi sampai kan aku dah tak takut dan aku dah tau sangat soalan2 yang wajib and trick .tapi kan,walaupun aku dah banyak ikut intebiu tapi kan company2 tersebut tetap tidak mengambil aku keja.susah kan nak keja.ada degree pon bukan tiket kita nak senang lenang dapat keja.


KFC...
aku tau ramai ingat aku keja kat KFC as restaurant manager.tapi sebenarnya aku tolak tawaran tu.tu la antara perkara bodo yang aku buat.aku tak keja kat KFC kerana beberapa sebab antara takde gaji tapi cuma ada elaun iaitu rm3 perhour.training pulak 6 bulan.korang bayangkan le apa yang aku bole buat ngan gaji secipot tu.banyak gak sumber2 macam lecturer aku tanya samada aku patut tolak or terima keja tu n almost kata aku patut terima.

nak dijadikan cerita pada hari yang patut aku gi lapor diri kat kfc tu aku diterima keja kat petronas damansara damai pulak as management trainee ngan gaji yang agak lumayan gak la.oleh itu,aku amik keputusan tolak kfc and terima petronas.

tapi......

PETRONAS DAMANSARA DAMAI...
ye,aku tau keja aku takle glamor sangat.keja pam minyak je.tapi kat situ aku keja lebih kurang 4 bulan je.kejap je kan.nama je damansara damai tapi aku tak pernah damai pon keja kat situ.mula2 memang ok.keja normal time 8 hours tapi lama2 keja dah macam bangla.penat weh.dok opis pon penat.berlambak2 keja nak buat.mana lagi nak layan customer, nak deal ngan bank,supplier and staf yang macam2 ragam.dahla keja pertama pastu kena pikul tanggungjawab besar pulak tu.fuhh...pastu 1 persatu terbongkar pasal perangai bos aku(takyah le aku nyatakan kat sini) yang buat aku rase nak berenti cepat2.gaji ok pon tapi kalo keja segantang, rehat tak menyempat, balik sampai pagi, ot lebih 12 jam wat aku sangat2 tak tahan.ngade2 gak kan tapi bukan aku je, partner aku pon sama gak and dia lagi awal cabot dari aku.

tapi takpe.sekarang aku dah selamat dari neraka(
walaupun ada sorang customer tu kata tak baik cakap tempat kita cari rezeki neraka aku tetap nak kata neraka gak). walaupun bos dan environment keja tu tak besh tapi kawan2 (satf) kat situ semua besh2.tak kira la bangla ke local ke tapi diorang memang kawan sekeja yang paling sporting.

benefit yang aku dapat keja kat situ = aku dah tau jenis2 minyak petrol.huhu.selama ni aku taktau ape tu ron95 or ron97.tapi bagi aku baik korang isi minyak kat shell je.paling aku tak gemar biler kerajaan turun naik harga petrol.aku rase nak je gi mebebel2 kat kementerian.bukan ape,tiap kali harga petrol turun or naik, aku n mgt team lain2 termasukle staff lain kena keja lebih masa plus tenaga.paling sengal masa time mengundi hari tu.ingat senang ke sistem nak tukar2 harga.siap tak boleh jual petrol lagi sebab nak update harga.

tapi yang aku tak pandai2 sampai sekarang ialah nak isi minyak.serius aku tak tau nak isi minyak dalam tangki keta or moto.masa keja dulu tak penah dok depan tolong isi2 minyak ni.pernah sekali aku isi minyak keta sekali terpelating hos2 tu yang minyak2 sekali.lagi 1 aku tak pandai bukak tombol tangki minyak keta.pam tayar pon tak reti.huarh....aku kena belajar semua tu

kat bawah ni gamba2 aku kat petronas.pictures ihsan dari fatin(
yang tak pakai uniform tu). penat cari view yang takde cctv takot bos nampak kami bersuka ria.tapi last2 bos datang senyap2.teros lintang pukang lari and dan2 rajin memasing.hahahah




dari kiri korang : aku, fatin, aziyan



dari kiri korang: kak fadzhliah, wahida, aziyan, fatin, aku






dari kiri: fatin, aku, sukkur, aziyan



dari kiri : fatin, aku, aziyan, wahida

so,terjawab sudah kan soalan2 anda kemana saya selama ni kan.hehe.ok la.sok2 ade masa aku taip2 lagi kat sini.banyak benda nak citer sebenarnya.


tatatata...



No comments:

Post a Comment

Kalau rasa nak komen sila komen.
Kalau rasa taknak komen tak payah komen.
Yang pasti aku tapis komen kau.
Boleh?