PERINGATAN

PERINGATAN

Kepada sesiapa yang kurang selesa, teraniaya, terancam, atau sensitif terhadap penulisan blog ini anda boleh tinggalkan komen kepada zuzanmichael@gmail.com atau tekan tanda X di atas kanan anda. Segala isi kandungan di dalam blog adalah nukilan dari saya tanpa bertujuan mengancam mana-mana pihak. Sebarang cetak rompak, copy paste, penyalahgunaan serta print out apa-apa isi kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Sekian.

-Tuan Tanah-

Saturday 2 May 2009

baik ke gula-gula getah?


CHICAGO - Satu kajian oleh para penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa mengunyah gula-gula getah mungkin dapat meningkatkan pencapaian akademik golongan remaja.
Ketika ini kebanyakan sekolah di AS mengharamkan perbuatan mengunyah gula getah kerana para pelajar didapati suka membuang sisa gula getah yang melekit di bawah meja atau kerusi.
Bagaimanapun satu pasukan penyelidik diketuai oleh Craig Johnston dari Baylor College of Medicine di Houston, mendapati bahawa pelajar yang mengunyah gula getah ketika kelas matematik memperoleh markah lebih tinggi dalam ujian dan gred mereka bertambah baik menjelang akhir penggal berbanding dengan pelajar yang tidak mengunyah gula getah.
Kajian dibiayai oleh pembuat gula getah terkenal,Wrigley.
Pengarah Eksekutif Institut Sains Wrigley, Gil Leveille, berkata, Wrigley mendapat maklum balas daripada ramai pelanggan yang menyatakan mengunyah gula getah menjadikan mereka lebih fokus.
fakta baru neh.selame ni kalo makan chewgum pon kunyah2 kejap pastu wat belon pastu buang je.kalo adik aku pulak selagi ade sup(manis2) selagi tu la die tak buang.kalo aku tau bole cerdikkan aku,tiap2 ari la aku dok kunyah chewgum. :)
bagi aku chewgum ni ade gak tak faedah gak.contohnye:
1)baju aku pernah kene tepek ngan chewgum mase aku dok besandar kat kerusi kat melaka sentral.cilako betol sape yang dengki tu.dahle aku nak balek shalam mase tu.and naseb baek gak la aku ade baju lebey.gilo tol.dapat pulak kalo orang tu saket sifilis ke hiv ke.abes sume kuman2 melekat kat baju aku.eyek...
2)yang ni aku tau ramai yang pernah kene.ngah korang menapak tetibe rase macam berat je langakah tibe2.huh!aku byk kali dah kene.tak terkire.n setiap kali tu la aku dok sumpah2 orang yang buat tu.nak je aku lekatkan chewgum tu kat mulot diorang (marah neh)
patot le singapore haramkan chewgum kat negare die.ni sebab manusie ni tak kesedaran sivik.penat je kerajaan gi antau i pkn,wujudkan kelas moral.tapi hasilnye hampeh.oley itu kepade pengemar chewum: korang telan je chewgum tu dari tepek kat kerusi ke meje ke ape ke.tak mati pon kalo telan.paleng2 pon hampir mati sebab sesak napas..mase kecik2 mesti korang pernah tetelan tapi idop gak kan.(temasuk aku gak)saiko je mitos tu.

No comments:

Post a Comment

Kalau rasa nak komen sila komen.
Kalau rasa taknak komen tak payah komen.
Yang pasti aku tapis komen kau.
Boleh?